Penat Berayahkan Narsistik

Hi semua. Nama aku Hanger Patah berusia 20an, di fasa early adulthood.

Aku terkesan dengan sorang confessor yang ade masalah dengan mentua dia, jadi hadirlah aku si Hanger Patah untuk membuat satu confession (itupun kalau admin approve lahhh kan)

So the answer would yess, my father is a narsistik and everyone in my family is living in hell..

Tak tahu lah bermula dari mana sebenarnya tapi aku confess dekat sini untuk tujuan ambiklah iktibar dari kisah aku yang berayahkan narsistik,

Sebelum tu aku berikan sedikit sedutan/flashback yang aku penah hadap dalam kehidupan nie yang buat aku terkesan until now.

– Tunggakan Elektrik

Rumah aku penah kena potong tau bil elektrik sebab tunggakan elektrik yang mana kami tak mampu nak bayar dan sampai surat merah dari TNB pon,

Time tu aku baru habis spm, keje pon keje kampung pendapatan hanyalah mampu tanggung makan harian je dan mak aku kerja pendapatan hanyalah lepas makan sahaja lagi nak tanggung adik-adik yang sekolah lagi.

Buntu memikirkan masalah elektrik. Aku pon call insan yang bergelar ayah dengan linangan air mata aku call bagitau “bil api nak kena potong nie yahh… ayah ade duit tak?”

Sebab aku tak boleh bayang macam mana kami sekeluarga nak duduk bergelap tanpa elektrik sebab rumah aku guna air pon dari enjin. Dan ayah aku boleh cakap dengan aku “ayah pon memang takde duit sekarang”

Aku pon cakap dengan dia..”Takpelah kalu ayah takde duit”

Tutup telepon sambung nangiss sebab tipulah kalau kata ayah aku takde duit sebab dia kerja kot mesti ade duit tapi dia memilih untuk tidak memberikan duit even his own fresh blood.

For being a father ur suppose to give what ur have but ur just being a selfish person just because u wanna save money for ur own sake (part nie nanti aku cerita kalau ada peluang)

– Duit Nafkah

Pasal duit memang pantang terbesar dia lah.. punyalah kedekut dengan anakbini tak tahulah nak bagitau macam mana cukup untuk semua orang tahu dia abaikan makan minum anak bini dengan sesekali dia pulang ke rumah.

Dia akan hulur RM50/RM100 untuk belanja dapur itupun setelah berbuih mulut kami sebagai peminta sedekah dimatanyaa dan dia sukar mengeluarkan duit untuk barangan dapur terpaksalah mak aku kerja hempas pulas cari rezeki sekolahkan anak-anak.

– Penderaan mental

Nenek aku (sebelah mak) cakap dekat mak aku perangai ayah aku nie akan makan otak (mentally abuse) sebab perangai ayah aku memang tak macam orang, sifat panas baran, silap sikit sumpah seranah makiannyaa.. kami memang terseksa..

Contoh pasal makan kalau mak aku tersilap masin ke ape memang makian dan cacian lah jawabnyaaa dan kalau kau buat something yang dia tak suka bersedialah untuk di herdik, disumpah and be prepared for worse – dipukul.

Adik aku penah tersilap beli makanan di kedai lain, ayah aku boleh buat amuk dalam kereta 1-2 jam dengan makian dan caciannyaa.. Ko rase?

Even ada satu hari tu adik aku dah ready nak terjun dalam gaung dengan ayah aku sebab penat kena mentally abuse dengan dia..

Aku penat berayahkan NARSISTIK..

– Hanger Patah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *