Penat woii

Memandangkan lately ramai share pasal tanggungjawab lelaki perempuan, mai aku share kes aku pula.

Keluarga aku lelaki bagaikan pengarah. Yang lelaki tinggal order je nak apa, tup2 yang perempuan kena buat. Tambah2 time raya. Memang yang perempuan tak kering tangan. Dah masak, hidang, lepastu kena layan nak tambah nasi yang perempuan ni tengah menyuap nasi juga kena bangun ambilkan nasi tambah, lepastu nak itu ini, habistu makan tinggal je pinggan, nak bagus sikit angkat letak je dalam sink. Habis tu nak pula kopi, dah buat minum tinggal juga.

Aku sekali2 meradang juga tarik muka, penat tu ya Allah. Tapi mak aku balas , alaahh sekali sekala je mcm ni. Maka berhuhuhu lah aku dan sepupu2 perempuan. Yang sepupu aku pula sudah la kena iron 1 family punya baju, kena basuh baju, sidai baju, habis tu duduk rehat terus kena marah katanya kerja banyak. Anak lelaki buat apa? Main game. Sampai kadang2 aku cakap tak guba ada anak lelaki kalau nak menyusahkan.

Aku cuma nak cakap, orang perempuan pon bukanlah hamba abdi. Cerita wanita di dapur all the time tu dulu2 je boleh apply, sekarang ni tak laku dah. Aku pernah sampai menggeletar tangab sampai pecah gelas nenek aku sebab aku penat terlampau.

Kadang aku rasa jadi orang laki ni untung, orang perempuan ni kalau duduk rehat kejap dah kena cop malas. Tambah2 dengan orang tua. Yang lelaki main lah game sampai pengsan pon tak pa sebabny mereka lelaki. Tak main game tidur, tak tidur lepak borak2 lepastu order itu ini. Eiiii geramnye.!

Nasihat aku, orang lelaki ubahlah mentaliti yang kerja rumah tu kerja perempuan. Actually kena la buat sama2. Aku respect lelaki2 yang tlg wanita di dapur. Yang mana jenis kuat mengarah je tu ubah2 la perangai tu.

Aku bkan minta banyak pon, atleast korang dah makan dah minum tu basuhlah pinggan cawan tu sama. Bukannya berat pon susah pon kang aku buat tutorial jugak kang basuh pinggan cawan. Hahahahaha

– Heartue

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

237 Comments

  1. Ingat masa duk dgn Tok. Bila buka puasa letih hidang makanan baru nak makan kena suruh amik lauk. Btul2 rasa kuli masa tu letih sgt. Yg lelaki rilek aje duduk makan. Hidang dua tempat atas meja dgn atas lantai. Yg lelaki duduk atas lepas makan belah mcm tu aje. Dah la x puasa tapi bila time bukak puasa mcm org puasa. X paham knp org dulu2 didik anak2 depa sanjung org lelaki sgt.

  2. Betul.. kudrat prempuan x sekuat lelaki.. lebh buat keje dr tenaganya mudah sakit. tp itulah prempuan, x brani nk membantah.. cnfrm2 akn kena tuduh kurang ajar ..

  3. Kawen dgn askar yg rajin.. insyaAllah ada wujud lg lelaki mcm tu.. kalau jumpa yg rajin, jenis biasa buat kerja rumah sendiri(biasa askar memang dididik semua buat sendiri dgn kemas even gosok baju sendiri), basuh baju, sidai baju, jahit baju yg koyak sendiri, ringan tulang, jenis tak duduk diam ada je benda nk buat, nk makan itu ini dia yg pi kedai cari bahan n masak sendiri, kawen lah ngn dia, biarlah tak handsome pon janji kita pompuan tak stress..

    N lagi 1, tugas ibu bapa sekarang kene didik anak kecik even lelaki tolong mak apa yg patut kt dapor, jgn biar dia membesar dgn mentaliti dapor keje pompuan.. didik cara nabi , sunnah nabi, baju koyak pon jahit sendiri..

    Wallahualam..

  4. Lagi bahaya di cerita dlm FB….kalau siapa yg kenal suami kepada penulis di atas maka sila lah minta ampun kepada suaminya kerana membuka aib….bnyak dosa yg berlaku di alam maya ni yg kadang2 suami atau istri telepas pandang…..sy x salahkan siapa2 cuma cara meluahkan di dalam ini x sesuai dlm kehidupan umah tangga….

  5. Alhamdulillah family sy wpun lbh ramai lelaki, tp yg perempuan tak pnh terbeban, sbb mak sy dh didik ank2 lelaki sejak kecik menolong keja perempuan.

  6. Aq plg anti dgn lki mcm ni..sbb adik2 lki aq msti mk aq sruh bsuh pinggn dan cwn sndri lps mkn…mk2 kne didik ank lki buat kerja rumah dr kecik

  7. thn2 sbelum ni mmg penat giler la sbb ak sorg anak pmpuan…yg pergi mmbeli brg pn yg ni lah…yg mnggetel biskut pn yg ni lah…yg brkejaran sedia duit raya,lgsir raya…yg ni lah…kemas rmh pn yg ni lah…tetamu mai pn yg ni lh naik turun mghidang, mngemas..yg laki, tahu mnjemput je kwn2 dye…punye penat lelah kita hari raya…lpas raya nk rehat…eh2…sdp2 dye kluar prkataan pmalas lh ape lh….tp dlm tahun ni ak pn dh sama naik dgn ank laki…hahaha…last2 xada mjls raya lgsung kat rmh…awl2 pg lg kluar solat raye then jalan2…penat xape lg…jenis org xreti nk faham penat org ni, molek ikat2 letak dlm peti…

  8. Smua ni start dgn family..kalau ayah ajaq ank pmpuan buat kja laki duduk sja..smpi mti la gutu… Nak ubah kn start dgn kluarga.. Zmn skng pmpuan pon kje..dh x leyh pkai pmpuan duduk kt dpur..sbb tu aku ni sk agt tgok movie omputih..tgok laki depa..x dak nak buat hamba abdi kat pmpuan..bini msk..laki basuh pinggan

  9. Semua tu bergantung kpd mak ayah. Terutamanya si emak laa. Adakah dia nak lahirkan anak lelaki yg hanya tahu memerintah dan goyang kaki, anak perempuan yg rajin macam kuli. Alhamdulillah, keluarga saya tidak begitu, ipar duai jg tidak. Sape nak masak, masak la korang, tak kira lelaki atau perempuan. Biasanya yg lelski masak lebih sedap ^_^.

    Bab basuh pinggan ni, kebanyakan lelaki tak suka. Tak pe. Biar kitorang yg perempuan basuh pinggan, yg lelaki tolong kerja2 yg byk guna tenaga seperti angkat benda2 berat dsb.

    Kerja2 basuh baju (dlm mesin dan sidai), iron baju dsb nya, adalah kerja2 yg tidak mengikut jender. Kalau rasa masa letak baju tu mesin dah penuh atau rasa nak cepat basuh baju, korang urus la mesin tu sendiri lelaki @ perempuan sampai siap semua.

    Jika siibu dah latih anak lelakinya begini, insya ALLAH, anak lelaki kurang ego dan sentiasa boleh diharap. Hheh… ^_^

  10. Betul. Kadang basuh pinggan pun mls, cawan main tinggal jea. Nk buang smph tu pun kalau boleh nk ppuan yang pegi buat. Tak phm betul. Penat, dh la kita pun keje cr duit juga. Balik bt keje umh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *