Penatnya Menjadi Seorang 1steri

Hi semua. Hari ni 24 May, now pukul 11pm, saya baru terjaga dari lelap.

Hari ni selepas subuh saya keluar rumah untuk bekerja and pulang ke rumah sejam sebelum azan maghrib. Sampai rumah, rehat for few minutes then memasak.

Sambil2 memasak, saya basuh perkakas dapur yang digunakan, lap2 dapur sebab dek percikan minyak masak. Siap masak by 8.30pm and habis dinner by 9pm. Habis dinner saya rehat2 and terlelap.

Pukul 10.30pm saya terjaga and husband membebel sebab ada semut dekat lauk dinner tadi & salahkan saya sebab saya tak lap meja.

Saya mamai lagi terjaga dari lena yang penat bekerja, terus kena bebel. Saya bangun terus iron baju kerja & of course saya diam je which husband assume yang saya marah dia.

Saya dah habis energy nak bergaduh pasal benda remeh. Lepas siap iron baju, saya terus masuk bilik while husband keluar rumah maybe jumpa kawan.

Husband ada hobi ride dengan kawan2. Waktu saya tengah memasak, husband pergi rumah kawan sebab nak sembang pasal motor (husband bawak sport rim motor dia of course topik lepak pasal motor).

Saya dekat rumah tungtang tungtang dekat dapur sorang2 memasak without help dari husband. Husband lagi pentingkan motor, yang dia tahu balik rumah makanan dah siap masak. Husband just makan sambil tengok bola.

Rumah sewa kami saya tolong husband bayar RM450 every months. Kami takde choice sebab dua2 kerja KL & menyewa rumah dekat KL.

Kalau ada hari saya malas masak, saya ajak husband makan dekat luar tapi bayar makanan half2.

Saya kena contribute bayar makan even gaji saya hujung bulan while husband dah dapat gaji on 19th hari tu. Saya tak berbunyi pun sebab malas gaduh.

Kalau part barang motor, mahal macam mana pun, husband akan beli asalkan dia happy. Tapi pasal saya, husband sampai berkira macam tu. Sedih saya rasa.

Next year maybe rumah yang husband beli akan siap, monthly bayar bank RM1.3k. Husband minta saya bayar half2 rumah dia, patut ke?

Actually saya penat dalam marriage ni. Seriously saya rasa macam maid. Kami pernah gaduh pasal hal kerja rumah, sampaikan saya keluarkan statement “kalau tahu kahwin penat macam ni, saya rela tak kahwin”.

Saya penat. Bab kerja rumah tak payah cakap lah, kalau saya nak cerita kena ada lagi satu confession.

Saya betul2 penat dengan marriage macam ni. Saya sampai ada thought yang saya nak bercerai je, taknak ada lelaki macam ni. Saya penat.

Lelaki yang tak ready nak kahwin means tak pandai nak tolong isteri buat kerja rumah & still tak boleh tinggalkan hobi time bujang, kenapa korang kahwin ye?

Sebab kawan2 dah kahwin so korang pun nak kahwin jugak? Sorry lah soalan quite rude tapi saya wonder.

Sebab saya isteri yang dapat suami macam tu, seriously penat.

Before kahwin saya bagithu husband yang saya nak both of us contribute buat kerja rumah & of course dia iyaa kan saje sebab nak kahwin kan. Kalau time tu dia cakap no, memang tidaklah kahwin.

Even saya penat macam ni, takde pun husband tanya okay ke tak? Kerja okay ke tak? Takde pun effort nak treat saya pergi spa ke ape.

Yang husband tahu nak beli motor sampai pinjam duit kawan & nak tambah spare part motor yang harga ratus2.

Saya kahwin almost 1 year & belum ada rezeki pregnant lagi & saya rasa saya tak mampu nak ada anak kalau situation macam ni. Macam mana nak ikhlaskan hati & berlapang dada untuk situation macam ni.

Saya tahu kahwin ni ladang pahala kalau kita ikhlas buat untuk suami tapi sekarang pun tak mampu nak ikhlas dah.

Saya just type confession ni sebab nak luahkan apa yang saya rasa je. Saya tak nak ikut kan emosi bergaduh dengan husband before tidur.

Macam mana geram pun, dia still husband saya yang saya kena hormat. Saya physically exhausted so effect sekali emosi.

Kalau ada apa2 suggestions, feel free to share. Thank you everyone sudi baca confession ni.

– Almost give up wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *