Takdir atau Kifarah Kehidupan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/takdir-atau-kifarah-kehidupan/).

Assalamualaikum semua. Saya Aleyna (nama samaran), saya dah baca setiap respons yang diberi, saya ucapkan terima kasih pada semua.

Cerita tu saya terpaksa cepatkan sebab terlalu panjang untuk diceritakan, mana yang bosan dengan kisah saya mungkin hidup awak bahagia dari kecil alhamdulillah.

Ini hanya sedikit sambungan, ada yang tanya tentang adik beradik saya yang lain dan ayah saya.

Mak memang kekuatan saya yang terbesar, dia macam kawan kalau tak ada mak saya mungkin dah bunuh diri dari dulu.

Dari kisah saya itu saya paling benci part kena c4bul dan zaman sekolah saya, dan berkenaan adik beradik saya yang lain, zaman sekolah adik beradik saya, yang mana masuk tahfiz tu alhamdulillah okay, yang masuk sekolah sama dengan saya kena juga.

Waktu saya sambung belajar adik perempuan saya nombor 5 kena rog0l dengan pak sedara juga tapi yang lain bukan yang c4bul saya, dia kena rog0l usia 5 tahun,

Pak sedara ini bantu ayah bina rumah kampung dia tumpang rumah sementara nak siapkan, dia agak gatal, suka usik saya banyak kali tapi saya memang tak layan, dia cuba kacau yang nombor 3 pun tak layan.

Kami sangat tak sangka dia attack adik perempuan paling kecil sebab kami semua memang buat sombong betul.

Dia cuba rapat memang ambil masa yang lama, saya dah pernah tegur mak tentang nie.tapi mak tak percaya sebab dia itu memang mulut manis dan baik pada mak.

Pada suatu hari dia bawa adik pergi kedai, lama sangat bila balik adik dah tidur, saya just letak atas tilam je tak ada check apa,

Tapi malam itu badan dia mendadak panas, mengigil dan menangis, bawa terus ke klinik doktor kata ada kesan koyak dan lebam.

Saya tak ingat detail yang saya ingat dia tak sedarkan diri sebab demam terlalu panas dan ada kuman dalam rahim dia dan doktor kata waktu tu peluang hidup 50/50 sahaja.

Rahim adik kena tebuk untuk keluarkan nanah atau air itu, lama sangat dekat wad waktu ini,

Then saya ingat kes nie mak tak biarkan dah, dia betul-betul marah pada keluarga ayah sebab tak henti aniaya anak perempuan dia, Alhamdulillah dia kena buang daerah dan dipenjara serta sebat.

Dia dilarang jejak kaki ke kampung kami, waktu ini mak memang berjuang habis-habisan, dan saya ada terdetik juga kenapa waktu saya dulu mak tak pertahankan.

Now adik dah besar tapi saya tak berani tanya harap-harap dia lupa dan mak risau ada ke lelaki boleh terima adik dengan keadaan dia.

Mak ayah saya dah bercerai 2 tahun lepas, mak khawin lain alhamdulillah dia bahagia dan ayah sekarang duduk dengan saya serta suami.

Adik beradik lain semua tak nak terima ayah, saya je yang jaga, ayah kadang-kadang masih ambil dadah, saya dah berapa kali g balai jamin, malu dengan suami saya,

Kadang- kadang saya terfikir nak biar je sebab degil sangat, tapi dia tak bagi orang tua duduk penjara atau pusat serenti, dia tak sampai hati katanya.

Mana ayah dapat dia hafal kawasan KL ini, dia tahu naik lrt/mrt semua bas itu so tak pelik.

Saya Bersyukur Allah hadirkan suami yang baik, dia dari keluarga yang berpendidikan dan agama yang baik,

Suami saya berpendidikan tinggi kerja yang bagus, kadang-kadang saya tanya dia, tak menyesal ke kahwin dengan saya?

Dia kata Allah dah amanahkan dia untuk jaga saya dan anak-anak dan cuba bimbing tak akan berulang seperti zaman kecil saya.

Dia menangis waktu saya cerita semua kisah saya, dan dia minta maaf sebab tak datang lebih awal dalam hidup saya, nie kelakar sedangkan saya utara dia pantai timur.

Kesan dari kisah keluarga kami, adik beradik agak dingin. Saya hanya rapat dengan yang nombor 3 je, raya pun tak jumpa.

Rumah mak saya pergi kerap juga, gembira tengok mak bahagia dengan pakcik, dulu emas pun tak ada sekarang penuh leher tangan.

Ada komen kata letak cctv dari tinggal anak rumah orang, kami ini betul-betul orang kampung yang line pun tak ada dekat kampung,

Telefon rumah pun tak ada macamana nak letak cctv walau murah, dan kawasan kampung pendalaman ada keras juga.

Walau kami susah dulu, ujian saya berat ada part saya rindu macam apa mak masak kecil-kecil dulu iaitu,

Makanan yang kami kongsi itu, mandi sungai waktu tak ada air, pergi cari pucuk paku, daun keladi, rebung untuk lauk harian nak main congkak korek tanah buang lubang, saya rindu cuma ada part saya sangat-sangat benci.

Dan last sekali, terima kasih sangat atas kata-kata semangat saya sangat hargai, hanya Allah mampu membalas kata-kata kalian, in Shaa Allah semangat saya masih kuat dengan ada nya suami dan anak.

Jaga diri, keluarga dan bahagiakan keluarga selagi masih boleh.

– Aleyna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit