Pencarian nenek

Salam,
First of all, thank you sangat2 dekat admin tolong approve cerita ni. Cerita ni mungkin nampak macam tak masuk akal sikit tapi saya harap readers semua tak lemparkan kata-kata kesat yang melukakan hati. Tujuan saya post ni semata-mata untuk membantu nenek tercinta saya. Warning (ini love story).

Kalau korang pernah tengok cerita letter's to juliet, cerita tu hampir nak sama dengan cerita yang saya bakal cerita.

Usia nenek saya dah hampir seabad, tapi nenek saya masih sihat dan aktif macam orang muda. nenek tak boleh berehat lama-lama, ada je benda nenek akan buat waktu masa lapang. Kemas rumah, bersihkan laman, tanam pokok. Saya yang muda ni pulak lebih banyak berehat-rehat daripada nenek. Datuk saya meninggal muda jadi nenek yang besarkan anak-anak dia sendiri. Saya pernah tengok gambar nenek saya waktu muda, memang cantik. nenek kata tak lama lepas datuk meninggal ramai jejaka pinang dia termasuk lah anak lelaki daripada kerabat diraja, tapi nenek tolak. alasannya nenek masih sayang kan datuk. Nenek banyak cerita pasal datuk. Nenek kata perkahwinan mereka diaturkan oleh ibu bapa masing-masing tapi nenek sangat gembira jadi isteri datuk. Nenek kata datuk suami yang soleh dan penyayang.

Satu hari waktu saya kemas stor dekat kampung saya terjumpa gambar datuk dalam satu album lama. Datuk saya handsome. Ala-ala muka mustafa maarof waktu muda. Sama padan dengan nenek. Waktu saya tunjukkan gambar tersebut dekat nenek, nenek langsung menangis. Itu pertama kali saya nampak nenek menagis macam tu. Dekat sejam jugak nenek menangis sampai tertidur sekali dengan gambar tu. Saya fikir nenek betul-betul rindukan datuk. saya tangkap gambar tu dan whatsapp mama. Saya bagitahu mama, 'mama,i've found your hero.' Sama macam nenek, mama pun rindukan ayahnya sangat-sangat. Mama anak sulung, jadi
mama banyak memori dengan datuk berbanding dengan adik-adik mama. Tapi reply mama buat saya terkejut. Mama tanya saya siapa tu? saya ingat mungkin mama tak cam muka datuk sebab gambar tu dah lama, dah lusuh sangat. Saya beritahu mama, itu gambar datuk, tapi mama reply,"no lah lia. That's not my father. Lia jumpa gambar tu dekat mana?" Saya tak puas hati dengan jawapan mama, saya tangkap gambar tu dari sudut yang jelas, tapi mama tetap jugak menafikan. " Itu bukan datuk Lia lah. Mama kenal la ayah mama. You're so funny lah Lia. Lia jumpa gambar tu dekat mana?"

kalau itu bukan gambar datuk, kenapa nenek menangis sedih sangat tadi. malam tu saya tak boleh tidur sebab fikirkan benda ni. Lepas nenek terjaga dari tidur, nenek macam tak ingat apa yang jadi. saya pulak takut nak tanya nenek, takut nenek menangis lagi macam tadi. gambar tu ada dekat tangan saya, sepanjang malam saya cuba cari persamaan wajah mama dengan lelaki dalam gambar tu tapi lelaki tu lain langsung daripada muka mama, pakcik dan makcik saya.

_bersambung_

– Adelia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *