Pencinta kucing ?

Salam. Maaf ya cuma nak tanya pendapat. Saya seorang yg sangat sukakan kucing. Kalau jumpa kucing tu sampai masuk bawah kereta sebab nak sentuh nak belah kucing. Boleh label saya sbg "crazy cat lady" kot. Hihi

Dekat rumah ada bela 3 ekor kucing. Tapi selalu gak bagi kucing kucig liar, kucing kucing kampung, kadang kadang kucing jiran sendiri makan. Kadang kadang belanja diorang makan makanan mahal yg dalam tin/paket tu.

Saya suka keluar duit beli makanan kucing. Barang barang utk kucing semua tapi mostly banyak keluar duit utk beli makanan sbb saya biasanya simpan 1 paket makanan basah dlm handbag and satu paket lagi dalam kereta. In case terserempak kucing tepi jalan tu saya bagi la dia makan. Saya tak berkira langsung kalau keluar duit banyak kalau untuk kucing and of course dgn my family pun saya tak berkira.

Masalah saya skrg ni, saya sangat berkira kalau nak bagi sedekah. Contoh kalau gi pasarmalam kan biasanya ada org kurang upaya main alat musik dak menyanyi, atau wakil dari madrasah dgn tabung derma diorg, makcik makcik dgn baby kecik tepi jalan yg minta sedekah minta sumbangan tu saya berkira sangat. Sbb saya fikir "dari aku derma kat sini baik aku simpan and beli makanan kicing fancy fancy sedap sedap tu banyak banyak"

So nak tanya, takpa ke mcm tu? Hmm ?

– Ami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Belum crazy cat lady lagi nie. Haha, ade yg crazy cat lady betul. Kucing die lebih 700++. Siap ade sanctuary. Part yg berkira tue, buatlah kebaikkan atas kemampuan kita.

  2. Tak salah pun. Tak bermaksud bg makan kat kucing tu tak sedekah. Kadang org yg tepi jalan tu pun menipu jugak. Kucing nak hidup, org pun nak hidup. Kucing makhluk, manusia makhluk. So sepatut nya tak salah kalau sedekah kt kucing.

  3. Awak sama macam saya, pencinta kucing..memang pantang kalau jumpa kucing, x kira baka biasa atau baka mahal atau yang berkurap..tapi bersedekah untuk manusia juga perlu dilatih..cuma kalau sedekah jalanan ni saya x syorkan sangat sebab kemungkinan orang yang kita sedekahkan tu orang suruhan saja, melainkan kalau mereka betul2 uzur…kalau awak nak latih diri bersedekah, mungkin awak boleh mulakan dengan bersedekah di masjid..tapi ingatlah, bersedekah bukan dalam bentuk wang saja..awak boleh sedekah apa2 yang awak mampu..

  4. If u ask me,nama pun sedekah..its a choice.nak derma or tak,tu atas ihsan kita.bagi,tak salah dan tak bagi pun tak salah.saye pun suka kucing and yes,saye pun lagi suka tolong binatang dari orang.tambah2 pulak bila teringat yang mintak sedekah ni kadang2 menipu ja.but tengok la,kalau ada banyak duit lebih,saye sedekah je.bagi seringgit dua tak ganggu status kewangan saye pun.

  5. Bersedekah bg saya brsifat universal..apa2 bole dkatakan sedekah..bntuk wang, makanan, mahupun senyuman, doa dan sbgainya..bg saya sedekah biarlah atas dasar keikhlasan dan krana Allah..so, kalau g pasar jumpa org oku ke, bdk2 tahfiz ke, pkcik main muzik dan macam2 lagi,, kalau niat nk brsedekah,, sedekah jela..jgn fikir dia org suruhan ke,, bdk tahfiz konon brlakon nk bina masjid laa..niat kerana Allah..sbb niat kita ikhlas nk bantu..kalau dia tipu kita,, itu urusan dia dan Allah..saya juga prnah dgr ceramah ustaz ckp prkara yg sama..so,, saya sarankan bersedekahlaa kerana Allah♡♡

    • Dlu ad bela kucing kat hostel u – 2 ekor. Pastu ad sekali tu, depa tlepas keluar dr bilik sbb pintu bilik x ttp rapat. Ble cari depa, ad org btau depa da kne mkn ngan anjing. U ak mmg byk anjing. Sbb tu ak bila ak nmpk kucing tu, trus bwk msk bilik. Kesian tam & teh. ??

  6. Jangan risau.. Sy pun mcm tu jgk kadang2.. Tapi sy lagi suka bagi duit dekat org yg main muzik(yg buta tu), org yg jual tisu @ pen, dari yg cuma keluarkan cawan mtk duit.. Sebab sekurg2nya yg main muzik ngan jual tisu (kdg tak amik pn tisu tu) ada usaha utk benda yg diorang nak.. Main Muzik tu bakat, bakat ada la harga dia kan.. Tapi memang saya lagi suka bersedekah pada binatang, dan sy mmg pecinta kucing.. Nak tgok kucing2 sy bole tgok kat page ni https://www.facebook.com/syumizsfurrykidz (promote page plak.. Hehe..)

  7. Pahala sedekah pd haiwan sama dengan pahala sedekah pada manusia…sbb tu sy rs bersyukur sgt sbb Allah dtgkn 2 ekor kitten ke rumah sy dulu….sbb Dia tau hambaNya ni kurg bersedekah…

  8. heheh… saya suka kucing jugak.. berguling kekadang saya dgn kucing2… bagi saya buat semua.. sedekah dan bagi kucing makan.. sedekah la walau seringgit.. takpe jer.. Allah tgok effort bukan nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *