Wahai pendakwah,
Saya minta tolong, jangan dikritik atau dicemuh wanita yang bertudung tidak mengikut piawaian Islam. Bimbang jika matlamat dakwah itu tidak sampai pada hati yang nak didakwah. Dakwah itu tujuannya menyampaikan kebaikan, semoga yang didakwah tergolong dalam golongan kebaikan. Bukannya memaksa mereka mengikut apa yang kita ajari. No! Jangan lari, teruskan membaca, minta tolong ya.
Wanita, bila dikritik dia rasa tercabar. Bila dipaksa, dia merajuk. Wanita ni beremosi, berjiwa. Makanan favorite dia kita tak ingat pun dia merajuk 100 tahun, inikan pula nak suruh dia tak pakai tudung pendek/jarang favorite dia yang dia beli mahal2 tu. Hati orang yang nak didakwah, kita tatang bagai minyak yang penuh. Bila mereka rasa dihargai, senang untuk mereka dengar dan ikut nasihat kita.
Wahai pendakwah, minta tolong agar berlembut dalam berdakwah. Kita tak tahu latar belakang golongan yang nak didakwah ni. Mungkin nenek moyang mereka bukan keluarga alim, lahir2 parents hantar sekolah agama, kecil2 dah belajar pakai tudung ikut piawai. Ada juga wanita yang lahir dari keluarga yang mindset nya pakai tudung sebab orang lain pun pakai, tidak tahu pun tutup aurat ni perkara wajib. Banyak lagi latar belakang wanita yang kita tak tahu.
Jadi lagi sekali, tolong berlembut dalam berdakwah. Allah suka kelembutan. Siapa2 pun, bila ditegur dengan lembut, hati mereka selalunya akan cair. (Ambil contoh Ustaz Ebit Lew, berapa ramai dah insan2 yang dia berjaya tarik). Kalau anda kata, “Maaf, aku memang nak dakwah, tapi aku memang kasar orangnya.” Okay, jadi berlembut dalam dakwah menjadi ujian bagi pendakwah yang sifatnya kasar.
Wahai pendakwah, minta maaf jika anda terasa. Saya secara peribadi amat menghargai perjuangan anda. Bukan senang nak berdakwah, bukan senang. Ilmu yang anda ada, sangat2 bertuah ada di dalam hati anda. Ilmu anda dan ilmu saya, ibarat langit dan bumi. Jadi anda yang ada kelebihan ilmu, manfaat kan sebaik mungkin. Sampaikan sebaik mungkin. Berlembut dan jangan berputus asa. Bukan berdakwah hari ini, esok sudah nampak perubahan. Tidak! Dakwah itu mengambil masa. Manusia ni pula pelbagai ragam, peringkat kelembutan dan penerimaan hati masing2 lain. Sangat beruntung jika anda jumpa orang yang hari ni didakwah, esok juga berubah.
Tapi post ni bukan juga mahu defend wanita golongan ini. No! Tudung jarang, tudung atas dari paras dada, tetap salah. Batil tetap batil. Jangan ingat, “Oh post ni nak tegur pendakwah, aku selamat.” Nehi hey!
Muslimat yang saya sayang, anda sangat2 berharga. Anda tak tahu betapa sayangnya Allah pada anda. Bertuah tau tak Pencipta Seluruh Alam sayang kita. Disuruhnya menjaga aurat, tak nak mengundang mata2 liar tengok anda dari atas ke bawah. Suka ke? Geli tau tak?
Muslimat, minta tolong jangan khayal dengan dunia. Lagi kita ke arah akhir zaman, lagi hebat ujian dunia. Ramai penghuni neraka dari golongan wanita. Kita tak nak masuk neraka. Masak ikan terpercik minyak pun kita nangis2 cepat2 lalukan air. (Ada air tak dalam neraka? Tanya manja je, jangan marah ) Para wanita, saya sayang anda. Saya tak mahu anda lalai, saya mahu kita semua jadi baik, saya mahu kita semua Allah redha. Jom berubah?
Hati ini cantik, hati kita bukan milik kita, bukan milik ibu ayah kita, bukan milik pasangan kita, hati kita milik Allah, hatta nyawa pun milik Allah, tiada satu pun milik kita. Jadi nak ubah hati ke arah kebaikan, doa. Doa pada pemilik hati:Allah. Selepas mendakwah, pendakwah ni doa pada Allah agar yang didakwah terbuka hati. Wanita yang didakwah ni pula, walau masa itu hati meronta2 tak nak berubah, tetap perlu doa pada Allah agar hati cenderung ke arah kebaikan, paksa diri anda! Allah sangat sangat baik, hambaNya minta berubah jadi baik untukNya, tahu betapa kasihnya Allah pada pendoa ni?
Nak tulis pendek je sebenarnya, jadi panjang pula. Minta maaf ya?
Sekali lagi, nak highlight:
Para pendakwah,
Minta tolong jangan dicemuh/dikritik wanita bertudung tidak ikut piawai. Berlembut dalam berdakwah. Jangan putus asa. Setelah berdakwah, doa agar hati mereka terbuka untuk terima teguran dan berubah. Perubahan mereka bukan untuk anda, tapi untuk Allah juga.
Para wanita,
Minta tolong jaga hati. Doa agar hati terbuka. Hati tu raja badan kita. Elok hati, elok semua nya. Tudung jarang/pendek, sayang memang sayang, tapi jangan sayangnya lebih dari sayang pada Allah. Sayang pada harta sampai dunia ja, sayang pada Allah sampai akhirat. Kita dah dengar banyak kali, dunia ni kesenangan dan suka2 yang sementara, satu persinggahan, yang kekalnya akhirat. Suka atau tak, itulah kenyataan, itu lah realiti. Kita berkorban benda yang kita sayang demi Allah, betapa sayangnya Allah pada kita bila kita berkorban demiNya. Perlahan lahan, berubah sikit demi sikit. Jangan gopoh, takut istiqamah hilang.
Sekian, semoga kita semua tergolong dalam golongan yang hatinya Allah jaga.
– Ayam goreng
Hantar confession anda di sini -> <a href=”https://iiumc.com/submit” target=”_blank” rel=”noopener” data-saferedirecturl=”https://www.google.com/url?q=https://iiumc.com/submit&source=gmail&ust=1547122996340000&usg=AFQjCNHkqBw2z92DwSa4oL10TS1QtIfKwQ”>https://iiumc.com/submit</a>