pendam – 8:09 PM

pendam

Hai semua.
Harini aku nak cerita sesuatu yg aku pendam terlalu lama. Aku takkan lupakan. Aku berumur 21 tahun,perempuan. Aku ni jenis pendiam mmg tak banyak cakap. Dr aku kecik sampai skrg mmg aku bukan jenis melawan org.Kalau org marah aku ke sound aku ke mmg aku diam je tak berani lawan.Aku juga bukan jenis panas baran tak cepat marah.Tapi makin besar aku dah pandai melawan dan kuat pendam dan dendam. Aku taktahu kenapa makin besar aku makin berani nak lawan even kakak aku pun aku berani lawan. Aku berharap aku seperti diri aku masa aku kecik dulu. Hm ada satu kisah iaitu masa zaman sekolah rendah. Guru kelas aku perempuan dan dia mmg suka penampo murid. Aku taktahu kenapa tapi baru skrg aku terfikir,kenapa cikgu berani dan sanggup menampar anak murid yg masih kecil yg umur lebih kurang 8 9 tahun? Kalau akulah jadi cikgu,aku takkan berani nak tampar anak org yg masih kecil hanyakerana tak siap kerja sekolah? OK cikgu dulu2 mungkin garang sangat kot. Tapi kes aku ni,aku mmg banyak kali gakla kene tampar masa umur 12 tahun sbb tak siap kerja sekolah. Biasalah tu.Tapi ada satu masa ni,kami exam.Tapi masa tu macam tgh rehat dalam kelas.Paper lambat lagi so sementara tu boleh study dulu.Masa tu cikgu tu nak ke tingkat atas so dia pesan jgn berjalan kalau kantoi siap.So masa tu mmg aku duk meja aku,hampir satu kelas berjalan2 pergi lepak meja kawan.Kebetulan masa tu aku nak tanya somethg rasanya kat kawan aku,kawan aku tu mejanya depan aku je.Kebetulan aku berdiri kt meja kawan aku pastu cikgu tu nampak.Terus dia panggil kawan laki aku yg berjalan dgn aku sorang perempuan. Tempat aku exam tu dah jadi dewan sbb cikgu buka pintu yg memisahkan antara kelas.Bayangkan lah sbb tu je kami kene tampar depan org ramai.Dahlah aku je perempuan.Masa tu mmg aku benci gila2 kat cikgu tu dan aku berharap satu hari nanti anak kau akan kene mcm aku.Aku Sgt berharap anak dia rasa apa yg aku rasa.Tapi setiap kali aku kene tampar,aku takpernah bgtau parents bukan sbb takut tp aku taknak mak aku terkilan bila dpt tau anak dia kene tampar.

Cerita kedua mak aku pernah pergi sekolah abg aku utk sign result exam abg aku.Masa mak aku dtg tetiba guru kelas tu tampar abg aku depan mak aku. Mak aku terkejut. Dia tampar hanya sbb abg aku pergi sekolah pakai selipar. Sbb tu je! Dia taktanya pulak kenapa abg aku pakai selipar. Dtg2 terus tampar.Sejak dr haritu mak aku taknak dtg sekolah kalau ada apa2 walaupun utk sign result anak.Selama aku sekolah,sekali je mak aku dtg tu pun sbb abah aku busy. Aku tak fhm knp cikgu suka tampar anak org dgn alasan yg tak seberapa.Tampar tu melibatkan muka kot.Aku rela kene rotan atau cubit dr kene tampar.Aku benci cikgu yg sukati menampar anak org.Rotan lagi better dr main muka. Cerita aku bercampur aduk sikit lantakla asalkan aku dah cerita.Tapi aku tau tak semua cikgu mcm tu.Admin app please.

– stefa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *