pendapat berbeza – 2:10 AM

pendapat berbeza – https://iiumc.com/forumv2/

Kalau admin nak approve boleh, tak nak approve pon boleh…
So, this is my story, lately ni aku slalu baca confession yg storynya berkisah apa yg korg tak suka tu la yg korg dpt…
So, from my view, mmg bende tu betul, tapi depend on korg jugak…
Dlu, masa aku kecik, sekolah rendah, ada sorang budak laki ni, aku tak faham nape ngan dia, apa salah yg aku buat smpai dia suka sgt buli aku… aku tak tahu la buli yg aku maksudkan ni in terms of bully yg korg fikirkan…dia tak buli aku secara fizikal sgt, tapi dia buli aku secara mental… time tu aku slalu sgt sakit hati dgn dia… slalunya klu budak pompuan ni sakit hati mestilah ngan budak pompuan gak kan, tapi wujud la plak budak laki yg suka sakitkan hati aku…
aku kenal dia start darjah 4, tapi x bertegur sapa pon.. masuk darjah 5, kisahnya bermula, mula2 masuk, aku duduk sebelah member pompuan aku, ala susunan tempat duduk tu.. and then, aku ni Jenis bila happy, mula la mulut pot pet pot pet, setiap kelas la aku pot pet pot pet, Sbb aku duk ngan member sekepala kot….
Sampai satu hari tu, cikgu kelas aku tu tak tahan ngan mulut aku yg mmg bising ni, maaf cikgu, saya budak bising…?
Then, cikgu suruh aku duk sebelah budak laki ni, mati2 aku tolak Sbb nak duk sebelah mmber aku ni, siap janji lagi tak buat bising… Tapi malangnya cikgu tak bagi… satu lagi sebb aku tak nak duk sebelah dia Sbb aku x kenal , of course la x btwgur sapa kot… kenal pon gitu2 je.. dia pon cam x berckp sgt dlm kelas…
Aku ngan sedih teramat, maka berpindahlah tempat duduk…?
Tmpt duduk tu mcm pair n betul2 sebelah dinding, depan meja tu terus bertemu ngan cikgu…
Pas2 aku duduk la dulu kat aisle, dia duduk kat tingkap, pas2 suddenly dia mintak tuka tmpt duduk, dia nk duk kat aisle, aku ok la fine, tak nak cari pasal, satgi tak pasal2 aku kene blasah plak…?
Then, belakang aku plak member pompuan aku yg lain, tak rapat sgt, blakang laki tu plak member dia laki yg lain…
Bermula la zaman pembulian terhadap aku…
Meja kitorg ni space antara meja blakang sgt kecik, so, Klu nak lalu tu aku kene mintak dia kedepan sikit, dahtu dia lak jenis mashaAllah, suka duduk mkn space, maybe sbb dia panjang kot,…habit dia lak suka duduk kerusi yg 4 kaki jd dua, kiranya dia suka jengketkan kerusi ke belakang smpai kene meja belakang…
nak dijadikan cerita, satu hari tu, aku nak lalu masuk Sbb bru smpai kelas camtu, then ckp la aku nk masuk, dia mcm pndg mmber dia kat blakang mcm bg isyarat, time aku tgh nak masuk tu, dgn space yg kecik, aku ngan badan gemuk, dia pegi jengketkan kerusi ditambah dgn member dia pegi tolak meja belakang kehadapan, Astagfirullahalazim, perut aku tersepit kat tgh2, sakit doe, nasib baik perut tau, klu dada yg betulang tu aku tak tau la…
Pas2 dia suka sgt2 ejek nama bapak aku, aiseman, aku yg betul2 hangin ni pon pegi la ejek balik, tak suka tau org ejek nama bapak, then dia smpai korek2 nama atok opah aku, aiseman, dasyatnya dia tak suka aku tu… Aku nak ejek dia pon cm nk tak nak, sbb tak baek, tapi ejek gak la Sbb dia suka cr pasal, smpai dh jd habit aku panggil dia ngan nama bpk dia, setiap kali ada pape2 hal, mesti aku sebut nama bpk dia Klu nak pggil dia ke, dhtu dia respond plak plus skli blas ngan panggil aku ngan nama bapak aku plak tu, dlm kelas tu slalu sgt dh bertekak, pas2 heboh la kat cikgu2 yg aku ngan dia kuat gaduh dlm kelas, masuk je mana2 cikgu, boleh nmpak dh aku x suka dia, dia tak suka aku….
Ada skali tu, cikgu marah aku sbb kuku aku panjang, lepas aku kene denda jari kene pukul ngan pembaris, duk balik tmpt duduk, tahan je sakit jari, dia tgk aku ngan muka masyaAllah annoying teramat smbil jari?… sakit jari plus sakit hati, menangis aku dlm diam kat situ… pas2 aku ni jenis kuat tido dlm kelas?.. time tu cikgu tak masuk lagi, tgh syok2 tido kepala atas meja ni, tetibe bunyi kerusi semua tolak belakang n then "Asalamualaikum cikgu", aku tersedar, cepat2 bgun berdiri, n then krik krik krik, semua clssmt pndg aku pas2 tahan gelak, ada la yg gelak kuat gila, korg mesti tahu sape gelak gila kuat tu, si dia yg bijak bestari tak guna pegi tipu aku hidup2 siap buat scene cikgu masuk betul2 lagi… malunya Allah je yg tahu…
Slalu gak la aku main kejar dia dlm kelas Sbb dia kacau aku..
Pas2 setiap cikgu yg sporting masuk kelas, mesti nganjing aku ngan dia, kata "korg ni nnti kawin bila besar nnti baru tahu", aku lepas je dgr ayat camtu terus cam nk ngamuk, tak suka gila, dia buli tahap dewa, cikgu lagi nak ckp camtu, rasa nak mngamuk je k…
Pas UPSR, kitorg trpisah n since that, aku tak penh jmpa dia lagi melainkan contact kat fb je?….
Bila dh besar ni aku igt2 balik, cam kelakar sgt, aku ngan dia pon dh berbaik, tak gaduh dh, tapi kami tidk berjodoh????
Boleh dikatakan aku tak caye sgt ngan kata2 melayu, jgn benci sgt, nnti jd jodoh baru tahu… jgn kecam aku lagi..
Tapi aku caye ngan kata2 Allah yg berbunyi lebih kurang "mungkin apa yg kamu tak suka boleh jd baik utk kamu, dan boleh jadi bende yg kamu suka tak baik utk kamu" lebih krg lah kan, tak selalu bende2 cani brkait ngan jodoh sahaja, boleh jadi benda yg kamu tak suka tu mmberikan pengajaran buat kamu, dan di apply kan dlm hidup kamu, dan boleh jadi bende tersebut adalah selain jodoh, contoh mcm sayur, kamu tak suka sayur, x mkn sayur, tapi sayurlah yg baik utk kamu…
saya tulis ni sekadar utk korg ambik moral ok…
Aha, nk tambah skit, dlu aku slalu ckp yg aku akan benci dia smpai bila2 smpai mati, tu yg x penah jmpe dh, then suddenly lepas aku dgr ceramah n input dia adlh salah satu Sbb Kamu diseksa selepas mati adlh dgn Sbb kamu memutuskan silaturahim dgn saudara seislam kamu, gila la aku x mo la kene seksa smata2 sebb aku ckp x nak jmpe dia dh, tak tego spe dh, tak pasal je… so aku la yg pegi mintak maaf kat dia dlu, siap dia perli aku lagi, "dlu kata kau benci aku selamanya"…ececece, gila ke Sbb hal tak matang aku nk kene benci kau selamanya, tapi berparut hati aku gak la Sbb hang, eh!?..
Yg baik dr kisah iolls ambik, yg buruk, yg jahat, yg kejam, sila tolak tepi, tendang n jgn ambik…
Hangpa suma mesti tak caya aku x penah jmpa dia lagi lepas UPSR kan? Caye jela…
Bila la aku nk jmpa dia? Aku jmpe kat majlis perkahwinan dia jela kot, rumah dia belakang rumah aku jaa?…kekekeh
-kay-

– kay

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *