Pendiam

Thank you admin.
Aku tak tahu nak start macam mana. Ayat pun tak pandai nak buat, entah orang paham ke idok.Takpelah, asalkan sampai hajat aku. Setakat apa yang aku nampak dan baca kat media sosial termasuklah jugak posts kat sini, kebanyakan dan hampir semua golongan pendiam ni ada kisah silam yang buat diorang jadi pendiam.

Pelik tapi benar (ape yg peliknye?), aku pun termasuk golongan tersebut + pemalu. Full package siap. Tapi aku memang pendiam dari kecik, sebelum masuk tadika lagi haaa. Kiranya aku ni memang sejak azali lagi lah seorang pendiam sebab aku tak ingat dan aku rasa takde memori pahit penah jadi kat aku. Alhamdulillah, keluarga sedara mara, kawan-kawan dan orang sekitar aku memang semua baik-baik belaka dari segi perangai dll (mungkin Tuhan tutup aib diorang).

Aku tak tahu sifat pendiam ni datang dari mana. Nak cakap mewarisi ayah aku, semua orang kenal ayah aku, dengan suara lantang dan super peramah. Pergi mana2 senang je ayah aku dapat kawan, tak kira bangsa mana, datanglah dari negara mana, ayah aku suka tegur. Okay, mak aku pun bukan pendiam. Banyak cakap dan peramah jugak termasuklah adik beradik aku yang lain. Tapi tak boleh kalahkan tahap peramah ayah aku tu. Sedih juga lah aku rasa sebab aku tak macam diorang kann. Aku tak rapat dengan saudara mara, kalau sepupu pun ada yang aku tak cam dan tak ingat nama (sepupu lelaki lah). Kalau ada yang datang rumah, aku ended up sitting at the corner sambil senyum sengih2 dengar perbualan diorang. At least aku jumpa diorang kan daripada terperap dalam bilik.

Masa kecik aku rapat dengan budak2 area rumah aku, aku paling tua dari diorang. Biaselah budak kecik, habis sekolah je tukar pakaian terus pergi keluar main sampailah aku umur 11 tahun, abang aku marah aku dan kurung aku kat rumah. Mak aku selalu nasihat pasal upsr. Mungkin abang aku ingat aku buat taktau, jadi dia larang aku berkawan dan keluar main dengan budak2 area situ. Kadang aku keluar je senyap2 jumpa kawan. Lama2 aku macam dah malas, jadi aku duduk je dalam rumah tak keluar langsung kecuali pergi sekolah. Budak2 main aku perhati je melalui tingkap. Aku nak join, tapi aku malas nak dengar abang aku marah2 . Beza umur dengan abang aku tu 4 tahun je pun. Sampailah aku habis sekolah menengah, aku jarang keluar rumah dan sejak dari tu jugak aku jadi makin pendiam. Aku dah la memang pendiam, tambah lagi jadi makin pendiam. (Geleng kepale)

Sejak hari abang aku larang aku keluar main, aku lebih suka duduk rumah. Main game dalam komputer, ps3 dll. Time raya mestilah orang pegi beraya, tapi aku malas, lebih suka duduk rumah (kadang aku ikut pergi, ikut mood). Aku dah tak rapat dengan budak2 dulu. Kalau terserempak tegur biasa jela. Takdenye macam jumpa kawan baik. Awkward.

Tapi seteruk2 pendiam (aku je kot yang teruk), aku tak pertikaikan yang aku memang a very good listener. Golongan macam aku ni lebih suka mendengar dari bercakap. Cakap bila perlu je. Masa sekolah menengah, ada sorang lelaki mesej aku. Aku layan tak layan je sebab aku tak tahu siapa pengirimnya. Lepas dia cakap yang sebenarnya dia budak lelaki sekolah aku, terus aku tak reply. Dia tanya, kenapa tak banyak cakap kat sekolah? Bisu ke? Mulut takde ke? Macam2 lah mungkin sebab aku tak reply walaupun aku online. Terus aku block. Haaaa amekaau. Taa gunee, dia yang approach aku, pastu cakap macam tu pulak. Alahaii kau dah kenapee. Diorang ni saje mesej aku sebab rupa kut (entahlah).

Maaflah, aku sebenarnya nak tulis pendek je tapi terpanjang pulak dah. Haha. Banyak lagi cerita yang belum aku cerita. Banyak lagi jugak aku nak cakap pasal pendiam ni tapi memandangkan kemungkinan untuk jadi satu buku tu ada, maka izinkan saya stop disini sahaje. Apepun, ingatlah aku sebagai pendiam ni banyak kali cuba (Cuba. Bukan tak cuba) untuk banyak bercakap. Maksud aku, cuba untuk bertegur sapa dengan orang, bukan duduk keras membatu tersengih2 aje. Kitorang golongan pendiam ni alhamdulillah banyak jugak kelebihannya. Tak pernah keluar ayat mencarut, yang keluar benda2 baik je (harapnya). Kurang bercakap, tapi bila bercakap terdiam kau dengan ayat power dia. (Bukan aku lah kot). Memang kitorang kurang dari segi pergaulan, tapi banyak kelebihan yang ada dalam diri kitorang. Bagi aku, kitorang ni special, jadi janganlah pandang rendah kat kitorang golongan pendiam. Kadang, golongan ni yang banyak membantu dan menyerlah dalam sesuatu pekerjaan. Diam2 ubi berisi lah katakan. Ok.

Sifat pendiam aku sama je, tak berubah walaupun duduk jauh dari family, jumpa macam2 orang (eleh kau baru 2 tahun belajar jauh dari family). Aku tahu banyak lagi cabaran menanti. Doakan aku. Ok lah kalau aku sambung lagi entah bila nak habis. Cakap pasal pendiam ni memang lambat lagi lah nak habis, sebab orang ni macam2 jenis. Tuhan jadikan kita ni kan bermacam ragam. Sebab tu kita ni istimewa. Jadi, kepada pendiam luar sana, janganlah merasa rendah diri. Yakinlah, kita ni pun hebat dan ada kelebihan masing2. Be positive. Be proud.

– Anna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit