assalamualaikum wbt..sejak 2,3 hari ni agak kecoh tentang zina dan penzina. tidak syak lagi perkara ini amat sukar untuk dielakkan tambahan pula pd zaman IT yg terlampau mudah untuk akses perkara-perkara lucah. saya bakal guru. sy runsing memikirkan generasi yang akan datang, termasuklah zuriat2 saya sendiri. ramai yang komen bagi nasihat (alhamdulillah), keji mengeji (nauzubillah), inisiatif dan lain-lain. namun, saya yang juga manusia memahami bahawa teramat payah untuk menjaga nafsu apatah lagi apabila sudah dinodai. jika anda sudah tidak terkawal menahan nafsu, kembalilah kepada alquran dan assunnh iaitu, zina adalah haram dan tetap akan haram selamanya. maka, sbg seorang muslim, berpuasalah utk menjaga nafsu.
tips sy, jika anda telah berpuasa dan ternyata tidak dapat melarikan anda daripada zina, maka berkahwinlah walau di usia muda. perkahwinan dapat menyelamatkan byk perkara maksiat dan menyelamatkan kaum hawa.ada juga sy baca tentang confessor yang ditentang ibu bapa apabila mengusulkan untuk berkahwin sehingga terjebak dalam lembah zina. salah siapa? salah parent???
1. ILMU
para pemuda pemudi yang berhasrat untuk kahwin awal, penuhi ilmu tentang rumahtangga. mudah saja, beli buku2 seperti aku terima nikahnya by ustaz hasrizal, satu hati dua rasa by pahrol juoi, why men dont listen and why women cannot read maps, men are form mars and women from venus dan lain-lain. ini hanya contoh. pesanan penaja, JANGAN PENUHI ILMU RUMAHTANGGA DENGAN MENONTON DRAMA TV3..lollll~~~
2. PERSIAPAN LELAKI
hang jgn pula mintak nak kahwin depan ayah sambil tersipu-sipu – ayah, sy nak kahwin dengan minah X (sambil blushing) nanti kang ayah jawab, baik hang kira ayah aja dengan minah X tu..kihkih.jgn habaq mak nohhh..rosak rancangannnn…
sebaiknya, jumpa ayah dengan cara ni…
ayah, sepanjang di universiti, ni pencapaian saya – result hg semua (kalau byk fail,konpem ayah sakit jantung.haha).. pada waktu lapang, saya bekerja sambilan (tolong pensyarah buat penyelidikan ke, kerja fast food ke, kerja kutip buah ke.. dll).. jd, sy dan ada simpanan rm 15 k (contoh)… jd, sy berhasrat utk berkahwin memandangkan sy sudah berkenan kpd seorang gadis dan sukar mengawal keinginan utk menjaganya.sy bimbang jatuh di lembah maksiat. jadi, sedikit rancangan yang telah kami sepakati : (buat kira-kira terus)
ptptn + kerja sambilan : rm 700
penginapan ? (duduk di asrama masing-masing sehingga tamat belajar atau sewa bilik rm 250,ikut kemampuan)
pengangkutan : motor kapcai dan bila hujan, berpayunglah kami berdua
saguhati utk mak ayah : rm 50 (kalau lebih, lagi bagus)
anak? : rancang dulu sehingga tamat belajar.
balik kampung : naik bas..
nafkah isteri : rm 200, memandangkan isteri juga ada ptptn/biasiswa (kena sepakat)
Kalau kahwin dgn org kelantan, lagi untung.hantaran yg ribu2 tu dapat solid kat isteri. so, nak bagi juta2 pon boleh. negeri lain tak pasti.
state kepada kedua-dua parent secara detail apa perancangan lepas kahwin. nampak matang bukan?ni baru orang panggil cinta dengan tanggung jawab gtuwww..bukan fikir hal dalam kain semata-mata.
3. PERSIAPAN PEREMPUAN
yg ni part yg agak penting. hg nak kahwin, kena ubah sikap. dunia bukan mcm dalam drama tv3. realiti masa aku belajar, frust tgk kaum sendiri. hari weekend, boleh tgk sikap perempuan/bakal isteri ni mcm mana. dulu, masa aku belajar, pkul 8 pagi, bilik aku je lampu terpasang. yang lain semua tgh zzz..alhamdulillah, dpt rumet sekepala, mmg tak tidur lepas subuh. didikan parent kami memang macam tu. org lain? kul 10 pagi belum tentu bangun. solat subuh? hm,wallahua'alam…husudzhon,,mgkn juga uzur.nak mintak kahwin kalau perangai mcm ni ? kaki lah jawabnya parent hg bagi.
1 lagi, part merayau..kdg2, walaupun dengan semua kawan2 perempuan skali pun, hadkan lah kehidupanmu. maksima pukul 9 atau 10 malam dan masuk kolej. buat apa pukul 12 masih lepak McD sebagainya? parent aku sgt strict bab keluar malam even anak lelaki sekalipun kecuali untuk ke masjid. pernah kawan2 label aku ni kolot sbb tak pernah keluar malam. peduli apa?life kita…unless ada emergency mcm sakit ke,terlupa fotostat ke..
masa muda remaja ni. tunjukkan kematangan dengan bergaul dgn org tua, ringan kan tulang dgn org tua, ambil alih sedia makan minum keluarga (ganti mak jrg2), uruskan adik2 yg masih kecil..buat multi tasking walaupun mak tak suruh, bibik berderet 10 org.. benda ni sgt helpful dalam rumahtangga especially bila dan ada anak.so, bl dah biasa buat kerja, lepas kahwin hidup susah sikit mula2 ni pon boleh survive. ini tak, kena sental seluar jeans suami pon dah riuh sekampung..haha (aku lah tu..kiki)
marriage at a very young age is not impossible. family aku, semua kahwin awal.
kakak aku sorang cikgu.dah habis belajar umur 23 dan sedang bekerja . datang seorang lelaki masuk meminang kakak,lelaki yang belum habis belajar dan sgt miskin. tp ayah approve..semua org terlopong. you know why? ramai sedara2 yg terbayang laki ni akan guna duit kakak lps kahwin nnt. tp sbnrnya, ayah tgk pd penampilan, perwatakan dan susuk tubuh lelaki ni..katanya, tubuh dan tangannya kasar means, org yg biasa susah dan pernah buat kerja berat..
lepas kahwin, memang betul apa yang ayah aku ckp. walaupun kakak aku bergaji, tapi tak pernah kesempitan wang malah, suaminya menanggung nafkah dgn sangat baik. rupanya, dia buat kerja part time as a programmer. bila dah habis belajar, gaji suami jauh lebih tinggi.
cerita aku pula, aku dilamar pd usia 20 tahun oleh seorang graduan alazhar yg jobless juga. baru beberapa bulan habis belajar. dan aku juga masih belajar bermakna tiada income. ayah approved. alhamdulillah, lepas kahwin kami boleh survive tp tidaklah hidup mewah kan..cuma, segala2nya cukup. macam ayah aku kata, fizikal suami aku kasar..dan dia mengaku pernah membanting tulang di sawah padi.
apa yang aku nak cuba sampaikan?
parent mmg Allah kurniakan instinct yg luar biasa. trust your parent and believe in HIM. rezeki dr Allah tak kan tertukar miliknya – hanya perlu berusaha dan bertawakal selebihnya..
to be honest, mostly abg2 aku kerja sambil belajar n result diorang not bad..ada juga abang2 aku yg memang dapat scholar seribu lebih sebulan tp tetap kerja part time. bila nak kahwin, masing2 keluarkan belanja sendiri. tak de nak mengharap pada parent aku utk fully support.
ok lah..baby dah nangis panggil maknyaa…haha..
salam ramadhan kareem,bulan yg penuh barakah dan bulan yg makbul doanya. terukan berdoa..sama2 kita cari lailatul qadar, inshaAllah
– Puan muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Saya ada seorang kawan yg masih belajar tp dah terlanjur berkali2. Mereka dah bertaubat tp susah. Lelaki tu nak bertanggungjawab tp kedua2 family x approve n diorg cadang nak kahwin lari konon2 nak elak maksiat dan dosa berulang. Pada sy langkah ni x berapa bijak sbb tiada restu ibu bapa dan rumah tangga snang nak porak peranda. Lelaki tu hanya ada bisnes kecil2 yg kadang untung dan rugi. Bagaimana lgkah yg dy sepatutnya ambil. Dan bagaimana nak pujuk spya jgn kahwin lari.
Serta adakah benar, better diorg kahwin lari walau tiada restu keluarga, drpd berulang kali melakukan maksiat?