Pendosa itu aku

Aku pendosa, aku tak tau kenapa dengan aku,aku tak rajin solat, tak pandai ngaji aku jahil tentang agama. Untuk ramadhan kali ini, aku cuba untuk solat 5 waktu, alhamdulilah boleh kata kan tak tinggal,kalau terlepas pun aku cepat qada (yup, this is not right) tapi solat aku masih hancur,tiada khusyuk, fikiran melayang. Ampuni aku ya Allah. Bab ngaji tak payah cakapla aku masih merangkak balik setelah lama tak ngaji. Aku teringin nak join usrah tapi aku sendiri tak tau kepada siapa nak rujuk sbb aku tak ada teman yg dalam golongan itu.

Aku tak tau kenapa hati aku keras, ye mungkin maksiat aku terlalu banyak. Aku tried dengar tazkirah,blog dan lain2. Tapi kesannya tetap sama.

Aku lelah hidup dengan jahiliah dan aku takut kalau aku mati tak sempat bertaubat. Aku selalu berdoa supaya Allah kasih aku,tetapkan pendirian aku,bagi aku merasai kemanisan iman itu.

Aku harap korang semua boleh doa kan aku dan motivate aku. Kalau rasa nak hina tu baik tak payah komen sbb sakitnya nak kembali kepada fitrah itu.

– Sistorr

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Zikir astaghfirullah jgn putus. Iktikad dlm mjid. Pg ke kuburan. Bsedeqah paling ikhlas wp seposen. Pegang al quran n cari yg saiz kcik, bawa pg mna2. Klu paksa diri mmg tak dpt, jd semua tu utk hdupkn hati yg mati..

  2. Moga Allah permudahkan.

    Usaha yang penting. Allah tidak hanya pandang pada yang sempurna tapi juga pandang pada yang berusaha. InsyaAllah, satu masa nanti sistorr akan merasai kemanisan cinta Allah. Aamiinnn…

    Moga sistorr terus istiqamah dan dipermudahkan jalan syurga firdaus. Aamiinnnn…

    Kipidap n dongibap

  3. Teruskan bertaubat. Walaupun kita seringkali melakukakn dosa. Melazimi taubat itu adlh lbih baik drpd langsung tidak tergerak hati utk bertaubat. Mengingatkan awk, sama sperti sy mengingtkan diri sy.. in shaa Allah.

  4. Aslmkm wbt penulis. Boleh contact 013-3496957 (sharina). Ada program untuk ‘geng usrah’. Dia dari pihak muharikah (boleh cek page). Harap membantu..

  5. Biar aku story skit kongsi pengalaman… disebabkan kejahilanlah aku berpisah buat kali keduanya. Tak hirau bab agama… tinggal solat, tinggal puasa, berjudi… untuk kembali, kita kena buat perlahan lahan. Jangan terus mendadak. InsyaAllah… Allah tau apa yang kita mahukan. Terdetik niat kat hati kita nak buat kebaikan, Allah dah bagi pahala dah… Yang penting, berubah itu jangan kerana apa apa selain Allah.

    Dulu aku ingat nak berubah pasal bekas isteri aku. Bila aku berubah dia boleh balik semula pd aku tapi meleset… Bila aku renungkan balik, ada baiknya aku berubah kerana Allah dan Alhamdulillah, Allah bagi pengganti untuk menjaga aku dan sekarang juga Alhamdulillah sentiasa jadi peneman dan guru dalam aku memperbaiki lagi ilmu agama. Dia adalah isteriku sekarang. Walaupun sepatutnya aku yang mengajar isteri, tapi itu semua tak menjadi masalah kalau ada tolak ansur sesama kita.

    Yang penting, tabahkan hati dalam menempuh segala dugaan. Syaitan ada macam macam cara menyesatkan kita

  6. Whatever happens in your life, no matter how troubling things might seem, do not enter the neighbourhood of despair.
    Even when all doors remain closed, God will open up a new path only for you.
    Be thankful! It is easy to be thankful when all is well. Be thankful is not only for what he has been given but also for all that he has been denied._maulana shams

  7. kepada confessor, semoga Allah kurniakan hidayah taufik yang bereterusan… akak, ingat akak kita masih ada lagi satu kehidupan selepas dunia ni..inshaAllah akak boleh didik hati didik diri sentiasa ingat kita ni berTuhan. Kita berubah perlahan2 ye x perlu drastik..hiraukan apa kata orang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *