Pengajaran Oktober

Hai korang. Aku harap kisah aku ni boleh jadi pengajaran lah untuk korang semua.

Pengajaran oktober. Satu pengajaran dan tamparan besar dalam hidup aku yang aku takkan aku lupa sampai bila2.

Nak dipendekkan cerita, kisahnya tentang kena scam. Kejadian ni berlaku pada aku 30 & 31 oktober 2023.

Kisahnya, aku ni jarang ada apps telegram dalam fon. Telegram ni one of apps yang aku selalu install & uninstall. Sebab aku jarang pakai.

Aku start install telegram semula 2 bulan lepas. Sebab aku join TikTok affiliate and 2 dropship. Seller akan update info product semua dalam telegram.

Nak tak nak aku memang kena install semula lah apps telegram ni.

Mula2 ok takde apa pun. Sampailah lebih kurang 2 minggu lepas macam tu, aku perasan telegram aku ni tiba2 banyak la jugak group investment ni. Trading la forex la Bitcoin la.

Aku tak tahu kenapa aku boleh tiba2 ada dalam group2 tu. Tak tahu siapa yang invite aku masuk ke situ.

Awalnya aku tak layan pun. Sampailah seminggu sebelum kejadian, tiba2 group tu aktif penuh dengan pertanyaan dan jawapan.

Contohnya “company ni trusted ke?” “Saya betul2 perlu duit untuk persediaan sekolah anak, betul ke group ni?”. Banyak lagi lah soalan.

And jawapan mesti “inshaAllah tuan, group ni trusted”. “Percent untuk berjaya tu 95%, kalau tak berjaya modal akan dikembalikan tuan”. Begitulah lagi ayat2 untuk meyakinkan.

Kemudian datanglah lagi manusia yang “kalau begitu saya nak try lah tuan dengan modal paling rendah”.

And selang beberapa jam, “alhamdulillah tuan profit dah berjaya masuk ke acc saya”. Penuhlah dengan gambar resit, gambar statement bank acc.

Untuk orang yang masih keras harinya, mungkin masih “ye ye jelah”. Tapi untuk orang yang tengah sangat terdesak, dia akan jadi macam peratusan nak mencuba tu tiba2 naik boleh jadi 80- 90%.

Aku dulu pun memang sejenis tak percaya benda begini.

Tapi entah sejak keadaan ekonomi terdesak, tambah pulak aku memang tengah desperate perlukan duit untuk settlekan beberapa perkara yang melibatkan duit, aku jadi terjebak. Bodohnya aku.

Dari sini baru aku faham, kenapa orang yang belajar tinggi pun tiba2 boleh jadi bodoh dengan hal sebegini.

Jadi korang, kalau tiba2 dalam telegram korang tu penuh dengan group yang menjanjikan profit itu ini, korang tinggalkan jelah cepat2 sebelum terkena macam aku.

Ada banyak nama group. Tapi aku terkena dengan group telegram yang namanya KINGDOM TRADE COMPANY.

Dalam group tu korang janganlah percayalah. Mostly nama perempuan. Ada jugak lelaki yang kononnya tentera. Antara nama perempuan yang membuatkan aku jadi yakin, namanya HAMIDAH MAMAT.

Oh ya, aku tak pasti lah nama mereka ni nama betul ke atau mereka guna nama orang lain. Gambar profile pun entah gambar mereka atau gambar orang lain.

Tapi kalau korang tiba2 di invite masuk dalam group yang aku sebut ni, dengan nama admin yang begitu, jauhkanlah diri.

Modus operandi dorang, mula2 korang kena isi form. And transfer la pakej yang korang pilih. Selang beberapa jam, dorang akan akan untung kau dah masuk.

Tapi untuk nak withdraw, kena bayar pulak dulu dekat dorang beberapa percent untuk company. And bila dah bayar, korang akan diminta bayar lagi amount sekian2 untuk nak masukkan profit tu ke dalam acc bank.

Lepas korang transfer amount pakej tu, korang tak perlu buat apa pun. Company yang akan run semua tu katanya.

Entah macam mana lah aku boleh tiba2 jadi bodoh percaya benda ni.

Aku start dengan pakej paling rendah, RM300. Selang beberapa jam, dia kata profit aku dah masuk. Tapi kena transfer dulu RM1.4K untuk company proses kan urusan withdraw tu.

Lepastu, dia minta aku bayar lagi RM2K untuk nak masukkan profit dalam account.

Dia kata yang 2K ni tak perlu risau, sebab akan masuk balik ke acc bank aku nanti. Kiranya yang masuk ke acc aku nanti jumlah nya profit + RM2K yang aku masukkan tadi.

Tapi yang 2K ni aku tak bagi lah. Sebab aku cakap je aku takde duit. And aku berkeras minta dia proses kan atau pulangkan balik duit aku. Tapi once dah sampai kat scammer, memang takkan dapat balik la cerita dia.

Then dia suruh aku tunggu. Pukul 9pm aku tengok chat group dah off. Maknanya dia dah closing. Dia Lena tidur lepas scam duit orang. Aku ? Tak tidur. Jangankan nak tidur2 ayam, nak pejam mata pun aku tak mampu.

Sampai lah esok paginya, 31/10/23. Dia mesej aku minta tunggu untuk dia proses. Tak lama tu, dia kata keuntungan aku tu takde dah. Lepastu, dia terus clear chat and block aku and tiba2 group tu pun hilang dah.

Tapi aku screenshot setiap conversation tu dari mula first chat lagi. Total aku lost RM1.7k.

RM1.7K ni cukup untuk buat aku rasa sakit kepala, buat otak aku rasa sempit, dada rasa sesak, tak fokus bila drive, hilang selera makan.

Aku terbayang macam mana la perasaan orang yang kena scam beribu ribu, berpuluh ratusan ribu. Patutlah sampai ada yang bunuh diri.

RM1.7k ni cukup banyak untuk aku yang tak berapa nak berduit sangat ni. Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni. Seratus peratus salahnya aku letak dekat diri aku sendiri.

Moga jadi pengajaran untuk diri aku. Ini pertama kali aku terjebak, dah cukuplah sekali ini saja aku boleh terpercaya benda bodoh begini.

Ada banyak jugak scammer lain. Korang boleh follow group fb scammer pelaburan. Banyak info dalam ni. Aku je yang terlambat dapat info.

Sungguh aku kata, untuk orang yang terdesak dan tak fikir panjang macam aku, peratusan untuk terjebak tu sangat tinggi. Huhu.

Jadinya aku harap kalau ada antara korang yang tiba2 rasa nak join benda begini, tinggalkanlah sebelum terjebak.

Dan pesan aku, jangan semudah nya nak bagi maklumat diri pada orang lain. IC. ALAMAT. NO Bank acc pun sama. Kebarangkalian no acc bank korang akan dijadikan keldai akaun tu tinggi.

Aku dah buat report polis, dah call bank, dah call 997 jugak. Aku tak berharap pun untuk dapat balik RM1.7K aku walaupun aku buat report, call semua tu dalam tempoh 24 jam aku kena scam / waktu transaction berlaku.

Harini 1/11, aku dalam fasa move on. Doakan aku untuk bangkit semula.

Dan aku harap kisah aku ni boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. Ada yang inform aku dia dah rugi hampir berbelas ribu untuk tahun ni. 3 kali join group sebegini.

Aku tak faham kenapa boleh sampai 3 kali. Aku yang baru sekali dengan amount RM1.7k pun cukup buat aku rasa jatuh terduduk Dan sedari tak semudah tu untuk dapat duit.

Aku harap takdelah dalam kalangan pembaca terjebak macam aku. Nak buat apa pun tak semangat.

Moga aku boleh bangkit bersemangat semula. Seratus peratus silapnya dan kurang bijak ya datang dari diri aku sendiri.

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
9
+1
15
+1
11

One comment

  1. Saya tak salahkan confessor. Dalam keadaan terdesak memang kita kadang2 tak boleh nak berfikir panjang. Dalam Telegram saya pun ada skim pelaburan yang sama. Tak tahu siapa add saya. Hari ni left, delete group, esok kena add dalam group lain. Tak kurang 3 syarikat berlainan tapi modus operandi yang sama. Ragu-ragu, tapi melabur juga, untung masuk, show-off bank balance, lepas tu tunjuk gambar duit berikat-ikat, konon baru je withdraw kat bank. Sebut line yang sama, alhamdulillah atas rezeki hari ini.

    Bila dikenang balik, yang paling mencurigakan ialah, pelaburan tu terlampau tinggi keuntungan dia. Labur RM 500 boleh dapat balik RM 10K dalam masa 3 jam. Anything that’s too good to be true, must be untrue. Kalau betul boleh dapat sebanyak itu, orang Malaysia ni kayaraya dah.

    Kedua, dia tak benar kita contact sesama sendiri dalam grup Telegram tu. Kadang kita nak contact orang yang konon tengah keluar duit di bank. Nak tanya betul ke dah dapat pulangan sebanyak itu. Tapi x boleh. Cuma boleh contact admin saja.

    Ketiga, kenapa orang yang nak melabur terpaksa bank in duit kepada akaun orang perseorangan. Nama lain-lain. Kalaulah betul telus, kenapa tak guna nama HSBC Profit atau nama RHB sebagaimana nama syarikat pelaburan tu. Akaun persendirian tu semua akaun siapa? Kebanyakan company ni dia guna nama-nama bank supaya orang tak curiga. Nama Permodalan Nasional Berhad pun ada.

    Keempat, LHDN tak rasa suspicious ke, si Polan ni tiba2 dalam akaun dia masuk RM 180K (konon konon la). Masing masing tak ada buat kerja apa, goyang kaki, goyang t***r saja tapi duit masuk beratus ribu. Bukan sorang tapi beratus orang sehari. Itu baru satu group. Kalau ada sepuluh group macam ni? Saya tak rasa LHDN akan pejam mata, buat buat tak nampak.

    Kelima, pelaburan tu konon dibuat oleh bot. Melabur apa? Kripto, bitcoin, forex. Ini semua mufti dah sepakat keluarkan hukum haram. Sebab benda2 ni tak nampak dengan jelas apa kebendanya yang kita meniaga. Dalam Islam, kna jelas. Meniaga kena ada akad, kena nampak barang yang diniagakan. Kalau melabur kena tahu melabur dalam company apa.

    Kepada confessor, bersabarlah ya? RM 1.7 K memang banyak nilainya. Tapi percayalah nanti akan datang ganjaran yang lebih baik lagi kepada confessor sebab berjaya selamatkan lebih ramai orang daripada terjebak dalam skim yang sama. Saya doakan confessor dimurahkan rezeki. Saya tahu awak tengah sedih. Tapi tak apa, doa orang yang teraniaya sangat makbul. Tak ada hijab. Semoga kita semua dilindungi Allah. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *