Pengalaman Kerja Sebagai Purchasing Officer II

Kepada yang belum baca confession pertama..

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer/

Assalamualaikum..Nama aku Mat, 26 tahun dan single. Beberapa bulan lepas aku ada buat confession mengenai pengalaman pekerjaan aku sebagai Purchasing Officer di sebuah hotel. Saja nak share pengalaman aku yang tak seberapa ni dan bukan niat untuk menunjuk2.

Aku sempat la kerja di hotel tu selama 9 bulan. Pada penghujung bulan Julai yang lalu, ada satu peristiwa terjadi di mana ada seorang Account Officer datang ke pejabat aku dan buat2 bising kemudian kata aku pemalas. Terus berderau darah naik ke kepala, memang aku marah sangat.

Selama ni usaha aku kerja selalu balik lambat, tanggung kerja 4 orang, tak dihargai, dah la masa staf tak cukup. Memang aku kecewa sangat masa tu. Keesokkannya, aku serah surat letak jawatan aku kepada Finance Manager aku, terkejut gak dia, dan dia tanya kenapa, aku cakap dah dapat offer baru.

Walhal, satu offer apa pun tak dapat, walaupun dah merata aku cari. Parent aku tak halang sebab dah faham dengan keadaan aku dan kesian dengan keletihan aku. Bila workload banyak ni, muka pun tak berseri,perfomance pun jatuh.

Jujur, masa ni aku cuak gila nak berhenti kerja tapi tiada backup plan, macam mana nak bantu family, nak bayar bil, bayar motor, kusut gak masa ni. Tapi satu perkara je yang aku pegang dari dulu sampai sekarang, usaha habis-habisan kemudian baru berserah pada DIA, moga segala kelemahan dan kekurangan aku, DIA yang penuhkan dan cantikkan.

Aku tamat berkhidmat di Hotel tu pada penghujung bulan Ogos. Ada satu pagi tu, masa aku naik motor, aku fikirkan macam2 perkara masa hadapan, calon isterilah haha, kerja la etc, memang aku kusut masa tu dan ada berdoa sambil mengadu pada ALLAH S.W.T..

Terdetik dalam hati aku lebih kurang macam ni YA ALLAH YA TUHANKU, KALAU KAU BETUL MAHA KAYA, KURNIAKAN KEPADA AKU PEKERJAAN. Esok petang tu ada satu kilang yang ada kaitan dengan industri Oil & Gas telefon aku dan panggil datang IV, terkejut jugak masa tu dan bersyukur.

Masa aku pergi IV tu, penemuduga aku pun tak tanya banyak sebab dia dah tahu aku ada pengalaman dalam bidang Purchasing. Cuma dia agak terkejut dengan nilai gaji aku yang agak rendah. Kemudian dalam seminggu, kilang tu telefon dan bagitahu yang aku berjaya dalam IV. Dalam bulan 9, aku dah mula bertugas di sana.

Dalam sebulan terakhir di tempat kerja lama, semua orang baik dengan aku, cehh nak ambil hati la tu supaya jangan berhenti, tapi dah tawar. Aku masuk cara hormat keluar pun cara terhormat. Dari gaji RM1200, kemudian RM1300, dan akhirnya RM1500 dalam 9 bulan.

Aku puas bekerja kat tempat tu, owner nilai dengan perfomance aku. Pada hari terakhir, Manager pun puji perfomance aku ,dan kata aku ni pergi mana2 pun boleh berjaya. Kembang hidung masa ni. Haha. Alhamdulillah.

Bulan 9 aku mulakan tugas di kilang tersebut dengan tawaran RM2000, aku pun terus ambil tawaran tersebut. Sekarang secara rasmi aku Purchasing Assistant di kilang tersebut, membeli barang direct dan indirect sangat2 berbeza.

Kalau dulu semasa di hotel aku membeli barang mentah makanan, hardware, barang2 bilik hotel etc , di kilang ni aku membeli skru,nat, besi saiz besar & berat, enjin, macam2 lagi lah yang aku tak kenal. Tarikh penghantaran barang juga sangat penting, sebabnya sebarang kelewatan boleh buat production dan projek delay.

Haha, memang mencabar weii, tapi syok jugalah belajar kenal benda baru. Ada sesetengah part mesin dan projek lak kena beli dari China, Jepun, Italy, US etc. Tapi di sini suasana kerja yang lebih harmoni, dan sistematik. Nak solat,solat jumaat pun takda masalah. Siap hari2 bos aku yang berbangsa Cina tu akan ingatkan aku untuk solat Zohor,haha.

Tiada perkataan yang boleh aku sebut kecuali Alhamdulillah dengan kurniaNYA. Lega sangat sekarang ni, rasa lebih stabil dan leh bantu family. Aku ada bercerita pada ayah aku mengenai lafaz aku masa atas motor tu.

Ayah aku cakap Alhamdulillah atas kurnia ALLAH ni, tapi satu lagi pesannnya yang buat aku tersedar masa tu, kata ayah aku “LAIN KALI JANGAN CABAR TUHAN, DIA TAHU LA APA YANG TERBAIK UNTUK KITA” dan berdoa secara merayu dan bermohon adalah lebih baik “konsep tuan dan hamba”.

Terima kasih atas doa ibu bapa, rakan2 dan pembaca2 masa confession hari itu. Dan doakan juga kebaikan dan kejayaan buat aku dan keluarga. Doakan juga semoga aku menjadi anak,pekerja dan hamba yang baik dan juga mendapat jodoh yang baik. Haha.

Buat rakan2 yang masih mencari pekerjaan tu jangan putus asa. Teruskan usaha anda, jangan memilih dan usaha untuk menambah skill yang rare dan berguna dalam alam pekerjaan. Pekerjaan ni bukan setakat makan gaji, kalau korang hebat boleh berniaga malah kalau berjaya boleh gajikan orang lain pulak.

Sementara masih belum dapat kerja tu, isi masa dengah pergi kursus2 yang berguna dan sebagainya. Jgn lupa untuk berdoa, istigfar, selawat, sedekah dan berbuat baik pada ibu bapa. Aku pun bukan lah baik sangat, tapi sedang berusaha berubah ke arah kebaikan. Tiap2 pagi semasa on the way pergi kerja aku akan lafaz perkataan ini..

“YA ALLAH YA TUHANKU, IZINKAN AKU PERGI BEKERJA UNTK MENCARI REZEKI YANG HALAL BUAT KELUARGAKU, SELAMATKAN PERJALANAN PERGI DAN BALIK AKU, SELAMATKAN ROH & JASAD AKU DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT, PERMUDAHKAN & LANCARKAN URUSAN AKU, SESUNGGUHNYA AKU BNYK MELAKUKAN DOSA2, AMPUNILAH AKU, AMIN..

Jangan putus ya semua.. Dan satu lagi, betulkan niat korang kenapa nak bekerja, niat cari rezeki yang halal, nak beli apa2 branded tu letak belakang2 ya, haha.. Dan tanam juga dalam hati “Duit bukan matlamat hidup, tapi alat untuk hidup” supaya kita tidak bertuhankan duit. Kalau niat pasal duit, konfirm macam2 benda negatif akan jadi.

Semoga confession ni berguna buat rakan2 semua. Terima kasih sebab baca confession saya yang tak seberapa nie.. Alhamdulillah..

– Mat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit