Pengalaman Kerja Sebagai Purchasing Officer IV

Kepada yang belum baca penulisan terdahulu dan agar mudah faham:-

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer/

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer-ii/

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer-iii/

Assalamualaikum semua. Aku Mat dan dah hampir 4 tahun lebih berlalu sejak confession aku yang terakhir. Macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup aku dan negara kita semua yang tercinta.

Buat pengetahuan semua, aku dah tak bekerja di tempat yang lama dahulu. Lama juga aku di situ dalam 4 tahun setengah. Memandangkan lama juga aku di sana, aku dinaikkan pangkat sebagai seorang Purchasing Executive.

Aku dah faham selok belok pembelian, kenal barang, boleh agak supply demand production, boleh forecasting dan dah faham lukisan teknikal sepenuhnya. Bos dan team pun memang dah yakin dengan kemampuan aku.

Bermula tahun 2020, aku merasakan terlampau selesa di sini dan rasa kurang cabaran, banyak benda yang sudah dipelajari. Pada setengah orang, mereka merasa selesa dengan comfort zone seperti ini, tapi bagi aku, aku nakkan lebih dan mahukan cabaran dan pengetahuan baru.

Ketika inilah, negara kita dilanda ketidakstabilan politik dan juga wabak berjangkit Covid19. Terhentilah hajat aku untuk mencari peluang pekerjaan baru dan menanti masa yang lebih baik.

Yang bagus mengenai tempat ini, environment kerja dan hubungan dengan rakan sekerja berbilang kaum sangat baik. Kekurangannya, hanya pada kenaikan gaji dan manfaat bekerja. Begitulah adatnya, dan komitmen aku pun dah semakin bertambah.

Tempat aku bekerja juga terkena sedikit tempias, tapi memandangkan kami dalam industry Gas, maka kami dibenarkan beroperasi penuh kerana diklafikasikan sebagai Essential Services.

Sepanjang tempoh ini, banyak tapak projek tak boleh bekerja dan production kami banyak yang tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga banyak pembekal yang tak dapat menghantar barang mentah pada kami.

Memandangkan ada komponen tertentu yang hanya boleh dibeli dengan pembekal luar negara, buatkan situasi kami bertambah buruk kerana sempadan negara masing2 ketika itu sedang ditutup, dan situasi di luar negara juga memang sangat buruk. Makin tertangguh production kami.

Sebagai seorang Purchasing ketika itu, aku menghadapi masalah kelewatan penghantaran barang pembelian, kenaikan harga barang mendadak, dan bukan semua pembekal yang dapat buka kedai ketika itu, tambah pula kalau pembekal luar negara, lagi rumit jadinya.

Lagi satu, jangkitan Covid19 ketika itu pun memang sangat meriah. Al-Fatihah (dibaca) kepada mereka yang telah pergi.

Bermula tahun 2021, keadaan semakin stabil, dan keinginan aku untuk mencari peluang baru makin meluap2 kembali. Sehinggalah, hujung tahun lepas ada beberapa perkara dalam kehidupan yang telah terjadi dan buat aku agak kecewa dan sedih.

Mak aku sakit, kakak aku hilang kerja dan jodoh yang tak kesampaian (si dia sakit dan tak yakin untuk teruskan hubungan dengan aku, walaupun aku berkeras nak teruskan hubungan, yang ni memang paling pedih).

So perkara ni memang jejaskan kehidupan aku, dari segi emosi dan semangat. Susut 10kg penangan makan hati dan sedih ni. Perkara yang dah terjadi, takkan boleh patah balik. Jadi aku buat keputusan untuk sibukkan diri, beribadah dan sebagainya.

Aku mintak mak doakan supaya dipermudahkan urusan untuk mencari kerja baru. Seminggu lepas tu, lebih tepat lagi sepanjang bulan itu. Aku hadap 10 IV (5 MNC, 5 local) terus menerus, dan dapat 3 offer.

Dan, selepas fikir dalam2 dan buat solat istikarah, akhirnya aku buat keputusan untuk terima offer daripada 1 offer MNC. Betullah, doa mak ni memang mustajab dan makbul, dan rezeki memang tak salah alamat bila sampai masanya.

Bos adalah nak counter offer, tapi aku memang dah buat keputusan untuk keluar. Ramai yang sedih memandangkan aku ni easy going dan friendly. Tapi, ingat kawan2 semua, beras kita yang beli, bil kita yang bayar, orang datang & pergi. Jadi dah tiba masanya untuk aku pergi.

So, bermula tahun ini, aku dah berada di tempat baru dan bergelar sebagai seorang Buyer. 1 MNC berkaitan dengan elektronik (sebelum ini berada di industri hotel, gas dan sekarang elektronik).

Nature of bisnes yang berbeza, budaya dan cara kerja yang berbeza dan ofkos gaji dan manfaat kerja yang baik. Di sini, lebih sibuk tetapi teratur dan kerja mengikut skop yang dikhususkan (job specialization).

Kalau ditempat dahulu, aku cover A-Z, tapi tak mengapa sebab kita nak belajar. Ada pro & con bekerja di tempat besar dan kecil ni.

Di sini, lebih kepada part elektronik yang aku memang zero knowledge, jadi di sini bermulalah pelajaran aku yang baru. Berkerut la juga dahi sepanjang sebulan pertama di sini.

Ketika aku menulis ni, ofis kosong sebab ramai rakan sekerja cina yang masih bercuti. Kat sini ada elaun makan, jimat duit makan aku.

Disebabkan covid, sarapan pagi dan makanan tengahari akan diletakkan di atas 1 meja yang besar (dah siap pack), jadi boleh terus ambil dan makan di tempat masing2. Ok, hari ni menu lunch ialah spaghetti bolognaise. Aku juga tiada probation, terus masuk sebagai permanent staff.

Untuk graduan atau yang kehilangan kerja, jangan putus semangat untuk terus mencari pekerjaan.

Upgrade diri anda dengan advance Excel (boleh belajar Youtube), kemahiran bercakap, fasihkan English anda dan yang paling power salam/pegang tangan mak korang dan mintak dia doakan hajat korang yang baik2 tu.

Listkan hajat yang korang nak capai supaya senang nak kejar dan capai. Nak tulis pengalaman di tempat baru ini, tak banyak yang nak tulis sebab aku masih baru.

Ada beberapa tips IV yang mungkin dapat membantu korang sepanjang aku hadap IV terus menerus tempoh hari (asyik ditanya soalan yang lebih kurang).

1) What kind of system that you use? Contohnya, SAP, ERP, ORACLE etc. Korang elaboratekan apa patut.

2) Can you explain your buying/working process? Ceritakan work flow korang dari A-Z. Elaboratekan.

3) Cabaran yang dihadapi sepanjang PKP mengikut jawatan korang. Elaboratekan.

4) How you decide decision in your current work? Elaboratekan.

5) What is your routine task? Elaboratekan.

6) Given certain situation bla3, how will you solve? Korang goreng lah.

7) Why we should hired you? Yang ini agak subjektif. Aku nak korang fikirkan.

8) Is it okay for you to jump & change industries (mcm kes aku)? Bagi jawapan yang bersesuaian dgn situasi, mcm kes aku. Memang aku sukakan cabaran..

Ini hanya contoh2nya ya, mohon yang lain2 tambah tips. IV ni salah satu cara bakal majikan korang nak tengok karakter korang, jadi pasarkan diri anda sebaiknya. Dari sini juga, korang dah boleh nego gaji dan manfaat lain.

Cukup sampai sini sahaja penulisan aku. Apa2 pun jangan putus asa. Kadang2 dari kekecewaan dan kesedihan ini boleh mencetuskan semangat juang yang lebih tinggi.

Mohon semua doakan mak aku cepat sembuh, kakak aku mendapat pekerjaan yang baik, aku dipermudahkan segala urusan dan keluarga aku sihat sejahtera.

Buat Syafi, walaupun Syafi blok whatsapp,fb, insta Mat. Mat tahu Syafi pembaca tegar IIUM Confession. Mat masih menaruh harapan untuk kita bersama semula dan serius nak ke jinjang pelamin. Janganlah tanggung beban sorang2.

Pedih hati bila orang yang kita sayang sedang menderita. Aku masih di sini menanti kamu. Assalamualaikum semua, korang semua tolong la pujuk si Syafi nie.

– Mat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *