Pengalaman Kerja Sebagai Purchasing Officer V

Kepada yang belum baca penulisan terdahulu dan agar mudah faham :

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer/

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer-ii/

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer-iii/

https://iiumc.com/pengalaman-kerja-sebagai-purchasing-officer-iv/

Assalamualaikum, nama aku Mat. Boleh baca cerita dulu untuk korang faham. Genap setahun dah aku di tempat baru ni. Syukur sangat sebab dapat survive pelbagai ujian hidup sepanjang tahun lepas.

Tahun lepas aku perasaan aku betul2 broken sebenarnya tapi yang tu aku nak cerita di hujung penulisan. Mohon maaf kalau cerita aku kurang menarik.

Ketika aku masuk di tempat baru sebagai seorang BUYER, masih dalam suasana PKP sebenarnya, dan masih yang ramai bekerja dari rumah.

Aku dan seorang rakan ditugaskan untuk menjaga projek yang baru masuk ke kilang semi-con kami. Dalam sektor “Manufacturing”, bila ada sesuatu projek atau produk baru masuk ke dalam line, ia dipanggil sebagai “NPI = New Product Indtroduction”.

Pengetahuan baru untuk aku sebenarnya dalam sektor perkilangan ni dan banyak term lain lagi yang digunakan.

Kilang2 besar ni ada dua jenis selalunya, yang pertama adalah OEM = buat produk sendiri, yang kedua adalah Contract Manufacturing = ambil projek/servis buat barang untuk orang lain, aku tulis begini untuk mudahkan pemahaman korang.

Untuk projek baru seperti ini, selalunya banyak perkara masih belum stabil dan produk failure@rejection rate akan tinggi.

Projek ini baru berusia beberapa bulan ketika aku baru masuk, jadi mesti banyak perkara yang tunggang langgang dan ditambah customer aku dari US yang sangat cerewet dan demanding.

Di sinilah aku rasa pengalaman kerja aku yang lalu tak dapat nak membantu aku disebabkan situasi yang cukup berbeza. Manalah sama gaya kerja company local dan MNC kan.

Baru sebulan di sana, aku dah timbul penyesalan masuk ke tempat baru ni. Memang lain betul level dia, serius tak tipu.

Masa ini, aku dah set dalam minda, aku dah tiada pilihan sekarang ni, pilihan yang ada hanyalah berjalan ke hadapan dan lalui semua ini.

Awal tahun 2022, seluruh dunia memang mengalami masalah stok barang dan penghantaran yang tak menentu, harga naik tak turun.

Digemparkan pula dengan perang Russia – Ukraine memang buat seluruh dunia terkesan. Jadi management, minta kami semak semua barang jika ada yang perlu dibeli dari Russia terutamanya, ketika itu boikot ekonomi ke atas Russia telah bermula.

MNC yang aku sertai ini pula adalah dari US, jadi benda ni memang perlu ambil telitilah. Nasib baik untuk projek aku ni barang2 banyak dibeli dari US dan China dan sedikit dengan tempatan.

Setiap projek mesti ada sasaran untuk berapa biji kena siap dan bila kena siap. Benda ini memang sangat ditekankan kerana ia berkaitan dengan target profit company setiap suku tahun (contoh : setiap bulan 3, 6, 9, 12).

Jadi dalam setiap suku ini, company dan customer akan ada forecast untuk capai dua benda tu.

Kalau tak dicapai memang meletup sana sini lah. Ya ini yang terjadi ketika itu, demand industri tengah tinggi.

Nak bina produk tapi barang tak cukup, belum sampai, ada yang kena reject sebab tak menepati spec atau rosak. Memang berkejar ke sana sini lah aku dengan partner aku tu.

Ketika ini memang sangat terasa dengan tekanan kerja. Di tempat kerja sekarang, superior bagus, environment bagus, yang tak bagusnya adalah dengan workloadnya. Memang terbaring lah dengan workloadnya, sampai termimpi pasal kerja.

Di sini sistem nya boleh lah tahan, semua maklumat dihujung jari. Nak follow up semua perkara memang muntah. Ketika ditekan customer,

Buyer pula akan tekan supplier untuk cepatkan penghantaran barang atau rework barang rosak.

Ada dua term yang biasa dipanggil untuk situasi ini, yang pertama adalah “Pull in = Tarik stok masuk segera”, yang kedua adalah “Push Out = Tolak stok ke tarikh yang lebih lambat / demand jatuh”.

Memang bergaduh sakan dengan supplier, yang penting barang sampai dan boleh guna segera.

Ketika suku pertama, kami tak dapat capai target disebabkan failure rate untuk produk sangat tinggi, jadi target tersebut dibawa ke suku kedua (jadi disini dah berganda sebab target suku pertama + suku kedua).

Masuk suku kedua ni, partner aku dah giveup dan hantar surat letak jawatan kerana tak boleh handle workload kerja, walhal dia jauh lebih berpengalaman dari aku sebenarnya. Siap boleh kerap menangis dalam meeting. Dia perempuan ya. Boleh bagi semangat je lah ketika itu.

Ketika ni aku masih bersemangat. Kami berdua boleh dikatakan bekerja dari Isnin – Jumaat (hari2 o/t dan boleh claim), Sabtu dan Ahad aku akan datang ofis dan buat o/t, dia pula akan bekerja dari rumah. Nak tergelak pula pasal gigih sangat dan terlebih rasa tanggungjawab.

Memang la boleh buat duit, tapi lama mana badan dan minda boleh tahan kan, memang penat luar biasa.

Environment kerja yang fast pace. Ya tersangat laju, aku dan partner dah cuba buat yang terlaju tapi tak cukup lagi, selesai satu perkara tambah 3 perkara nak kena selesaikan. Memang banyak multitasking dan kena buat decision segera untuk selesaikan masalah.

Di sini, memandangkan kami level executive, banyak perkara yang kena belajar sendiri dan selesaikan sendiri dengan limited supervision, dan ia memang bukan mudah dengan banyak perkara yang aku sendiri tak familiar.

Report pun banyak jenis untuk aku siapkan. Korang juga kena faham apa itu “Standard Part” dan apa itu “BTP = Built to Print”

Untuk projek ini, memang aku dan partner akan selalu turun ke tempat pemasangan agar cepat belajar dan mengenali produk yang kita bina sendiri. Tengok sendiri dan kenal apa barang yang kita order, jadi akan cepat cekap.

Bina hubungan baik dengan supplier agar dapat bantu kita dan letak kita sebagai keutamaan. Aku sedar satu perkara ketika ini, samada itu MNC US/Japan/German yang penting adalah pengurusannya.

Adakah diimplementasi sistem yang baik atau sebaliknya? Kalau sebaliknya, mesti huru hara dan kau akan jadi firefighter padam api sana sini untuk selesaikan segala isu yang timbul.

Bila selalu berurusan dengan supplier oversea, aku juga berpendapat etika kerja Asean lebih work hard berbanding Mat Salleh di luar sana.

Di sana, mat Salleh selalu bangga dengan kerja work life balance walhal kerja2 teruk dah ditolak ke negara2 dunia ketiga dicampur pula upah pun murah. Huhu.

Dalam beberapa bulan di sini, turn over rate memang sangat tinggi, pekerja keluar masuk adalah perkara biasa. Even untuk projek aku sendiri pun sama.

Rupanya untuk jawatan seperti aku ni dalam market, memang sangat dicari-cari kerana resignation sangat selalu terjadi kerana tak tahan tekanan.

Yang baru masuk 2 minggu kemudian resign pun ada, yang experience 20 tahun pun belum tentu boleh adapt kemudian pun resign.

Terkejut lah juga ketika itu. Aku sendiri pun nyaris tumbang ketika itu. Dek kerana tertekan, susut berat badan 10kg.

Selalunya, dalam jenis jawatan ini, kebanyakannya adalah berbangsa Cina, Melayu dan India dll tak ramai. Jadi, kalau korang masuk, korang akan ada market tersendiri untuk diterima masuk bekerja.

Hujung suku ke dua, aku sendiri pun burn out. Nak masuk kerja pun takut, sampai harap kemalangan on the way datang kerja sebab banyak isu dan escalation yang tak berhenti. Dengan rehat tak cukup, jantung berdebar2 dan tidur yang tak lena.

Berterusan beberapa bulan, dan akhirnya aku sendiri hantar surat resign. Ketika ini partner aku berbaki 1 bulan sahaja lagi sebulan tamat notis. Terkejut juga Manager aku ketika itu, terus dipanggil untuk berjumpa. Soalan pertama yang ditanya, Kenapa resign?

Tak cukup duit ke? Nak berapa? Waktu ni aku reply, ini bukan cerita duit, isunya aku tak boleh selesai isu dan workload terlampau tinggi, terlampau penat. Manager aku berkata ini lah reality dalam bidang kita bila demand tengah tinggi.

Banyak perkara yang aku bincangkan ketika itu, dan Manager minta aku hold letak jawatan tersebut. Memang ketika itu, dia masuk campur untuk selesaikan isu2 berat sampai selesai. Aku ketika itu, memang dah dioffer tawaran lain.

Dalam seminggu memang banyak benda yang selesai, dan selepas fikir habis2, aku tarik balik peletakkan jawatan tersebut dan decide untuk cuba juga habiskan setahun bagi cantikkan resume aku.

Dan reject offer yang dapat tu. Bertukar partner ke dua, tapi tak lama kerana dia ditukarkan ke projek lain dan aku dapat seorang Assistant untuk bantu aku.

Dan sekarang, aku lead untuk projek ini. Ketika ini, Manager nak naikkan gaji aku, tapi aku tolak kerana rasa belum layak. Start dari sini, dia jaga aku dengan baik dan utamakan aku.

Bermula suku ketiga, demand dah mula drop, kesibukan pun dah berkurang tak macam awal tahun sehinggalah sekarang.

Untuk MNC besar ni, penjagaan inventori memang sangat penting. Beli hanya yang nak pakai, terlebih beli tak bagus, sebab tak digunakan dan lambatlah pula untuk dapat untung kan.

Dengan O/T yang banyak, memang terlebih duit dan Alhamdulillah, dapatlah merasa buat ibadah korban tahun ini, ditambah pula ada Quarterly Profit Sharing setiap suku tahunan (contoh bulan 3,6,9,12) yang diberi oleh syarikat.

Nampak macam kerja kilang kan, tapi boleh buat duit sebenarnya dengan benefit yang baik.

Pada pendapat aku yang biasa2, untuk mejadi seorang Buyer yang baik mesti ada sifat2 ini:-

1) Bertanggung jawab. Dapat bezakan yang mana penting dahulu untuk diselesaikan dan tak bertangguh.

2) Cepat bertindak. Ada masalah cepat selesaikan, dan bantu pasukan.

3) Agresif. Kena garang dan cepat bertindak. Utamakan kepentingan company walaupun kena bergaduh.

4) Kerja Pasukan. Sentiasa mintak bantuan pasukan dan tahu channel yang betul untuk bertindak.

5) Atitud yang baik & kuat bekerja. Aku biasa bekerja dengan suasana rakan berbangsa cina. Jadi kena hard working. Jangan slow ya.

6) Sentiasa ikut prosedur company dan jangan ulang kesilapan yang sama.

Ini lah yang aku dapatkan kongsikan untuk korang perihal pekerjaan aku ini, disebabkan banyak berinteraksi dalam Bahasa Inggeris.

Percakapan dan keyakinan aku dah bertambah baik ditambah pula banyak berhubung direct dengan customer US.

Untuk korang masuk ke MNC, pastikan ada English yang bagus dan ada track record yang baik dan ada reputation bekerja di tempat yang stress dan fast pace (experience kerja MNC/GLC). Setakat ini untuk pengalaman aku.

Bagi yang pernah baca tulisan aku terdahulu, mesti korang pernah baca mengenai Syafi kan? Ya, tahun lepas aku memang betul2 broken.

Kami memang putus terus. Ambil haluan masing2, dan aku hormat keputusan dia. Koyak la juga perasaan aku sepanjang tahun 2022 ini.

Ditambah pula, beban kerja bertambah2 koyak ceritanya. Memang tersiksa sungguh perasaan aku tahun lepas.

Hari2 aku bangun dalam keadaan marah, selama ni aku sabar dan terlepas banyak perkara pun tak mengapa. Cuma kenapa yang ini, aku kena lepaskan juga. Kenapa aku tak boleh dapat dia kan.

Apa jadi pun tetap takkan berubah keputusan dia. Jadi, untuk kebaikan, aku dah unfollow segala fb dan insta dia. Cuma group zaman belajar kami masih ada lah.

Aku tahu dia aktif twitter dan tempat luahan perasaan dia, untuk pertama kali dan terakhirnya aku buat akaun twitter sebab nak stalk dia.

Ada lah baca luahan perasaan dia pasal aku. Dia pun sedih juga rupanya. Tapi hidup kena jalan terus kan. Moga yang terbaik untuk Syafi dan moga awak sihat selalu dan tak selalu sakit, dia pun pembaca tegar page ini.

Sepanjang tahun lepas, memang lah sangat sukar untuk aku, pasal kes Syafi ni, nyaris dah aku nak cari kerja ke luar negara. Sempat iv 1-2 tapi takda rezeki, kalau tak rasanya aku dah ke UK atau US dah nie. Haha.

Disebabkan tahun lepas aku pernah berjanji dengan Syafi hanya untuk bekerja setahun disini, dan akan pergi ke tempat yang lebih besar.

Ya, aku dah dapat tempat yang lebih baik dan besar dengan gaji lebih baik, walaupun dah putus, janji saya pada awak tetap ditunaikan.

Selama ni, aku kurang bercita2 dan tercari2 apa impian aku. Bila jadi begini, rupanya impian aku adalah dia.

Masuk tahun 2023 ini aku pun dah 30an, aku lebih pentingkan perasaan sendiri dan keluarga. Luaskan rangkaian network dalam industri, tapi kecilkan kenalan rapat.

Tahun lepas memang aku tanam hari2 dalam minda perkara ini, dan ini cara aku jalani cabaran sukar :

1) “Hanya ada jalan ke hadapan, sebab jalan belakang dah runtuh”.

2) “Biar penat mencuba, dari menyesal tak mencuba langsung”.

3) “Orang datang dan pergi, tapi kita akan stay”

Mohon maaf kalini sebab bercampur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam penulisan. Aku bercadang nak stay di tempat baru tu dalam 1-2 tahun, dan akan lompat lagi.

Disebabkan hal Syafi ni, bab karier aku jadi lebih agresif dan laju. Dengan kesibukan, aku pun kurang fikirkan dia.

Hampir setahun lah juga baru boleh move on. Mohon korang doakan kejayaan aku dan kebaikan buat aku sekeluarga. Jujur aku cakap, aku dah tak berminat nak fikir pasal jodoh, dan nak tumpu karier all-out.

Topik yang tak berkaitan, aku juga pembaca page ini dan mengikut penilaian aku, buat lelaki dan perempuan luar sana, belajarlah memimpin diri sendiri dulu & isilah ilmu2 yang bermanfaat, kalau dah mampu, baru boleh memimpin orang lain.

Buat yang dah bergelar ibu bapa, didiklah anak lelaki anda terutamanya untuk menjadi pemimpin diri sendiri dan keluarga. Banyak masalah kekeluargaan diluar sana adalah disebabkan lelaki tak cukup fit untuk jadi pemimpin, maka huru haralah institusi kekeluargaan.

Perempuan sekarang mendambakan lelaki yang berkualiti. Kalau kita berkualiti, pasti akan dicari dan seumpama magnet. Terima kasih ya semua. Moga kita bertemu lagi. Byeee.

Pengalaman ini ditulis ketika aku sedang mendengar lagu Song Ga In – Photo of my mind (OST – Crash Landing On You).

– Mat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *