Pengalaman Melahirkan Anak Kedua

Salam semua, dulu saya pernah tulis pengalaman melahirkan anak sulung. Cerita tiga tahun lepas. Kali ini saya nak cerita pengalaman melahirkan anak kedua yang mana sangat jauh berbeza dengan pengalaman pertama.

Kalau malas nak baca skip je ye. Masa anak first dulu saya selalu doa nak bersalin cepat sebab dah tak larat bawa perut dan dah excited sangat nak jumpa anak. Allah makbulkan doa saya, pagi tu keluar air ketuban esok emergency czer.

Semuanya macam mudah sangat sebab dalam labour room saya tak rasa sakit apa pun walaupun lepas induce. Tahu2 je dah kena kejut dari tidur(saya tidur je sebab letih) untuk czer. Urusan czer pun laju sangat.

Selepas tiga tahun saya mengandung anak kedua. Ingatkan second pregnancy ni boleh la bersabar je tunggu due date rupanya sejenis manusia yang tak penyabar ni pun sama je doa dekat Allah nak minta cepat2 bersalin.

Masa minggu hujung2 banyak aktiviti dekat tempat kerja jadi saya sangat aktif. Turun naik tangga tiga tingkat, berjalan dekat jalan yang agak berbukit sejauh 300 meter, aktiviti sukan dan macam2 semua saya join.

Orang cakap dekat saya nanti mesti saya senang dan cepat bersalin sebab saya aktif. Saya aamiin kan dalam hati.

Saya ambil cuti seminggu awal daripada due date sebab nak rehat selepas penat buat banyak aktiviti dekat tempat kerja.

Minggu ke 37 sehingga la ke 38 saya tunggu tanda masih tak ada. Suami kerap ajak bersama untuk mudah kan saya bersalin tapi masih belum turun tanda.

Saya exercise jalan pusing satu taman, mall, pasar malam tapi masih juga belum turun tanda. Saya bersabar lagi.

Masa jumpa dr dekat klinik check up 38 minggu dia kata minggu depan rasanya kita tak jumpa dah (dia jangka saya akan bersalin) tapi tup2 saya muncul lagi minggu depan nya.

Dia tolong check kan bukaan dia kata masih jauh, tapi dia tolong saya buka kan jalan. Sakit jangan cakap lah. Perut rasa macam digodek2.

Saya kuat kan semangat. Dua hari selepas tu turun darah saya terus ke PAC. Dr di PAC kata bukaan saya baru 2cm dan masih jauh lagi tapi saya dah tak nak balik.

Dah dekat 40 minggu, saya kata saya nak bersalin. Lagi sekali dr tu pula tolong buka kan jalan, perut saya rasa macam dipulas2 dari dalam sakit nya. Tapi saya kuat kan semangat sebab saya dah sedia berjuang nak melahirkan.

Saya dihantar ke lobi labour room. Sedih nya wad tak cukup sebab ramai orang jadi lebih 10 orang terpaksa berkampung dekat wad labour room tu.

Mujur ada katil kosong yang dilonggok2, dapat lah saya tidur atas katil semalam sementara tunggu wad kosong.

Ramai orang cakap hospital ni sebaiknya dielakkan sebab masalah kekurangan katil dan labour room dan juga staff tapi saya tak cuba juga. Saya dah menyesal masa tu. Selepas tu seorang demi seorang dah mula contraction dan bersalin.

Saya masih sama. Diseluk dan check ctg setiap berapa jam. Saya dah mula patah semangat.

Hari kedua petang nya baru saya dimasukkan ke wad.

Saya ingat kan penantian akan berakhir, rupanya di wad masih lagi saya kena hadap puluhan kali check ctg, dimasukkan ubat setiap berapa jam sebab saya gbs positive. Jarum dicucuk lebih 10 kali dekat tangan ni sebab yang lama bengkak.

Ada dr yang cuba cucuk tapi tak lepas sebab tak jumpa urat. Cucuk sebelah kiri pulak. Berlubang sana sini tangan saya, mereka guna branula paling besar warna hijau tu untuk masuk kan ubat.

Hari ke 3 mereka induce saya tapi hanya sekali. Selepas tu saya rasa contraction tapi masih tak ada bukaan. Saya exercise macam2 di surau.

Buat squat, goyang itu ini nak bagi mudah bersalin tapi hampa. Tiada tanda dan bukaan masih sama. Saya minta ubat tahan sakit dan contraction tu hilang.

Malam tu saya dah pecah ketuban. Keluar air yang banyak masa nak mandi. Saya excited sangat.

Lepas mandi saya inform nurse, dua orang dr datang check dengan mulut itik.

Dr lelaki masukkan mulut itik tu dan dr perempuan dengan nurse letak litmus paper dekat bawah tu tapi mereka cakap tadi bukan air ketuban mungkin keputihan. Saya beriya menafikan.

Saya cakap air tu keluar banyak tapi mereka kata bukan. Dr perempuan tu tolong buka kan jalan lagi. Kalini saya rasa sakit yang teramat sampai saya terpaksa genggam kuat tangan dr tu.

Dah la sakit, rasa malu sebab ada dr lelaki di situ.

Selepas selesai urusan tu saya terus ke toilet dan saya menangis semahunya dengan sakit yang teramat bercampur dengan darah dekat bawah tu selepas diseluk. Saya ke surau dan kunci pintu, saya call suami dan adik beradik saya.

Saya menangis semahunya. Hari ke 4 di sini dan saya dah cukup rasa terseksa. Emosi down, badan dah sakit sana sini.

Saya dah tak kuat nak lalui lagi. Selepas puas menangis saya terus tidur. Esok nya selepas subuh dr check bukaan tapi dr kata baru 3 dan masih jauh.

Saya tanya sampai bila saya kena duduk dekat sini sebab dah 5 hari saya dekat sini dan masih belum dapat masuk labour room.

Dr tu kata labour penuh tapi jangan putus asa. Dia kata tengok ni, ni tak lama lagi la ni awak akan bersalin sambil tunjuk tangan berglove dia yang penuh darah selepas check bukaan saya.

Saya masuk semula ke wad dengan hati yang rawan. Pagi tu dr pakar datang round dia check lagi bukaan masih sama dan dia nak tolong buka kan jalan lagi tapi saya tahan tangan dia. Saya cakap saya tak nak.

Saya dah tak sanggup. Saya kata dah 4 orang dr tolong buat tapi masih sama. Saya merayu minta czer sambil menangis dekat situ.

Dia pujuk kata dia akan hantar saya ke labour room untuk cuba bersalin normal. Saya kata saya tak nak. Saya dah tak larat, saya nak czer atas risiko sendiri.

Muka dr tu nampak kecewa, dia offer untuk terus hantar saya ke labour room tapi saya tolak. Dia terpaksa setuju. Dengan izin Allah petang tu selepas berpuasa selama 6 jam saya berjaya melahir kan anak kedua secara pembedahan juga.

Allah Maha Besar, saya bersyukur sangat. Walaupun selepas itu saya kena urus kan anak sendiri dengan sakit czer ni tapi saya cekal kan hati kerana penantian saya dah berakhir. Anak saya kini sepasang.

Dua hari selepas tu saya discharge. Alhamdulillah anak saya sihat, tak ada kuning sama macam anak sulung. Tips saya untuk anak tak ada kuning, masa mengandung saya selalu minum susu kambing.

Boleh cuba insyaAllah. Keadaan saya semakin baik dan semakin pulih tetapi saya ada masalah untuk bersama dengan suami. Kami agak sukar nak bersama kerana saya rasa sakit dan sakit tu buat kan saya teringat pengalaman masa diseluk dr dulu.

Mungkin saya masih trauma dan saya jadi tak suka dengan suami disebabkan rasa sakit tu sama dengan pengalaman pahit tu.

Suami saya terpaka hentikan niat selepas saya tolak sebab sakit. Saya tak pernah rasa sakit macam ni bila nak bersama.

Ada tips tak ye untuk saya lupakan trauma tu?

Terima kasih sudi baca cerita saya ini. Saya plan untuk tutup kilang kerana trauma dengan pengalaman bersalin anak kedua ni tapi semua nya atas takdir tuhan.

Allah maha mengetahui…

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dalam dunia fiksyen aku, semua hospital kerajaan sangat besar dan cukup segala-galanya. Staf pon sangat ramai. Setaraf hospital swasta. Makanan hospital pon sedap. Jadi, masalah macam ni tak pernah berlaku. Kos perubatan dan melahirkan anak adalah free di hospital kerajaan. Hospital swasta kena bayarlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *