Pengalaman Nak Bercinta

Aku Kasturi (bukan nama sebenar). Umur aku baru dalam lingkungan 20-an. Aku nak cerita sikit pengalaman aku kononnya nak mencari jodoh dalam aplikasi. Maybe confessions aku ni panjang sikit la so korang enjoy jela ye hihi.

Sebelum ni aku memang tak pernah bercinta. Zero experience about love, dating dan seumpama dengannya. Faktor dia banyak antaranya parent aku agak strict so yeah.

Nak dijadikan cerita, tahun lepas (awal bulan 5) aku ada download satu app ni kononnya nak kenal dengan somebody la kan even parent larang bercinta tapi pandai-pandai la kan sbb adik aku pun ada pakwe time tu tapi ummi/aboh taktau.

1- First aku ada sangkut dengan apek ni (dia cina-sabah). Aku panggil dia G. Aku chat dia dulu, dia ni macam weeb jugak la suka anime camtu sebab aku pun suka tapi bukan weeb pun.

Pastu dia ada letak voice dia cakap jepun. Fluent pulak tu. So aku chat dia tup tup dah jadi bf GAHAHA. Tapi tula tak tahan lama pun sebab dia kristian aku islam. Dia pun kata Parent dia pun larang kitorang teruskan relationship time tu.

Tapi yang aku rasa bersalah jugak sebab aku tak cakap elok pun dengan dia masa nak mintak break up tu instead of cakap aku ni tunangan orang hadeh la.

Kiranya aku yang mintak putus sebenarnya sebab dia pun cakap camtu kan? tapi jangan la ikut perangai macam aku ni…

2-Second ni paling lama (7 bulan). Okey lepas aku sedih la kan lepas dengan G tu aku teruskan lagi main dalam app tu.

Aku tak expect dari perbualan kami time tu pasal movie (btw dia chat dulu) sampailah dia bagi no. wasap dia. Aku panggil dia S.

Permulaan si S ni amatlah sweet dan gentle. Dia tua 4 tahun dari umur aku, ciri idaman aku dah tu. Dia ni orang Kelantan.

Okey aku bukan anti dengan orang kelantan tapi aku kureng sikit dengan diorang ni tapi BUKAN TAK SUKA.

Permulaan S memang beria dan suka bila kenal aku. Yela siap datang jumpa ummi lagi dengan kawan dia sekali. Ummi ajak jumpa kat mall (ummi suruh dia belanja Secret recipe GAHAHAHA).

Kenal-kenal pastu hari ke hari makin sayang pulak aku kat dia. Tapi satu je aku perasan yang si S ni selalu pentingkan parent dia. Maksud aku macam sikit-sikit nak belahkan parent dia.

Ingat lagi time tu punyalah dia nak kenalkan aku dekat parent dia (melalui video call) tapi dia tak tanya pun aku dulu terus invite aku.

Aku ada cakap yang aku bukan taknak tapi malu lagi and tak ready lagi tapi dia ikut jugak kepala dia tu. Okey aku pun macam takpela kan.

Pastu hari ke hari dia kerap ajak aku sekali vc dengan parent dia dan ia membuatkan aku tak selesa la jugak. Ya aku tau tak salah tapi dia boleh je faham aku tapi dia lebih pentingkan parent dia.

Nak dipendekkan cerita, awal bulan 12 tahun lepas aku ada bagitau dia yang aku dah tawar hati kat dia….ada la jugak dia buat aku terasa tapi aku pendam je.

And guess what? Bila aku macam nak kata mintak putus la kan dia tak pertahankan pun hubungan kami tu. Like kau setuju nak berpisah? Even aku yang mintak so dia lepaskan aku macam tu je.

Aku pun sedih jugak bila teringatkan balik tapi aku percayala maybe dia bukan jodoh aku…

3- Semenjak aku dah takda hubungan dengan S, aku dah rasa malas nak bercinta. Malas nak kenal orang baru.

Sampailah aku jumpa H. Aku dulu yang chat dia sebab dia ada post gambar dia dan family. Aku suka vibe dia.

Chat punya chat malam tu dia call aku (lepas dia bagi no. wasap). Si H ni dia kalau dalam call lain depan lain. Which is dalam call dia ade je maki or cakap kasar ngn aku tapi bila jumpa depan ii, soft spoken mat. Cair kejap aku.

Tapi rasa bahagia tu sekejap je sampaikan aku ada baru tau kisah hidup dia yang dulu dan yang sekarang. Which is indah khabar dari rupa.

Dia ada kembar tapi kembar dia lari, dia sebenarnya anak angkat, dia dianiaya oleh kakak angkat dia sebab ambil duit dia untuk bayar motor dia tiap bulan,

Dia pernah kemalangan moto yang teruk dan lebih sadis lagi time dia sakit kat hospital tu gf dia kahwin senyap senyap dengan bff dia sendiri (dia cerita camtu tak tau ler betul ke tak) .

Tapi yang kemalangan tu aku percaya sebab masa keluar date tu dia bagi aku rasa kesan jahitan kat perut dan dia ada pakai besi dalam badan( sakit mat).

Tapi satu je dia ni. Aku tak kesah semua tu sebab yela kan kita manusia tak sempurna kan tapi tolonglah jangan jadi sad boy sangat. Aku macam kena manipulate jugak la dengan dia (pasal duit).

Semenjak moto dia kena tarik tu, dia ada complaint tak cukup duit la, grab mahal la, tak cukup makan la kalau nak labur duit beli moto baru.

So aku macam takkan nak dengar je kan? dia tak mintak tapi macam nak aku tolong dia dari segi kewangan.

Last-last aku jugak yang mintak putus dengan dia sebab aku dah tak tahan. And yeah dia pun macam tak kisah mana dan aku pun biarkan je. Haih.

Maybe sampai situ je kut aku boleh kongsikan. Btw walaupun parent aku agak strict tapi ummi aku ni dia jenis open mind sikit berbanding aboh.

So dari aku bercinta dengan G, S sampailah H ni pun dia tau. Ummi tak marah pun.

Aku percaya jodoh tu ada untuk kita semua. Kita janganlah mencari if tak ready lagi and jadikan pengalaman bercinta ni sebagai pengalaman hidup yang takkan kita lalui lagi. Semua yang baik datang daripada-NYA.

– Harum Kasturi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *