Pengalaman Seram Zaman Sekolah

Namaku Lailers (bukan nama sebenar), aku berasal dari negeri yang terkenal dengan masalah krisis air & maju dengan pembangunan. Tapi alhamdulillah, mujur kawasan tempat tinggal aku jarang mengalami masalah tersebut.

Aku berusia 18 tahun dan ia aku baru sahaja menamatkan zaman persekolahan aku pada awal tahun ini. Jadi, sepanjang aku duduk di rumah sementara menunggu masa untuk menyambung pelajaran pada bulan 9 ini….

Aku banyak meluangkan masa dengan membaca cerita-cerita yang dikongsikan oleh orang ramai di web confession ini. So daripada situlah, aku terdetik hati nak berkongsi sedikit pengalaman zaman persekolahanku.

Sebelum itu, di sekolah… aku memegang jawatan sebagai pengawas sekolah dari sekolah rendah (darjah 3) sehinggalah aku tamat zaman persekolahan.

Ok baiklah, aku nak cerita pengalaman aku di sekolah menengah. Sekolah aku ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi (tingkatan 3, 4, 5) manakala sesi petang (tingkatan 1, 2).

Kejadian ini berlaku pada tahun 2019, iaitu sewaktu aku berada di tingkatan 2.

Seperti yang aku tulis tadi, aku seorang pengawas sekolah jadinya pada setiap hari pasti aku akan mempunyai tugas dari mulanya sesi persekolahan sehingga tamat sesi persekolahan seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual.

Aku tak tahu sekolah lain sama macam sekolah aku atau tidak, pihak sekolah aku ini mengamanahkan kepada kami (PENGAWAS SESI PETANG) untuk mengunci setiap kelas sebelum balik kerana memandangkan kami (murid sesi petang) yang terakhir yang gunakan kelas tersebut.

Tujuan untuk mengunci kelas adalah untuk mengelakkan kes pencurian berlaku sebab sekolah aku ini kerap juga berlaku masalah kecurian dan kehilangan barang di dalam kelas pada tahun itu.

So nak dijadikan cerita, aku kalau boleh memang tak nak dapat tugas tersebut sebab aku ni balik sekolah naik van, aku takut aku kena tinggal nanti. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, allah yang maha menentukan.

Ya, nama aku dan seorang lagi pengawas lelaki yang aku gelarkannya sebagai Akid (bukan nama sebenar) telah tersenarai dalam jadual di whatsapp group untuk bertugas mengunci kelas pada minggu tersebut,

Dan lagi malangnya ialah aku dan akid ditugaskan untuk mengunci kelas di aras 4 (Aras yang aku tak suka & seram). 

Aku memang kurang suka dengan aras tersebut sebab di aras 4 adalah aras yang paling banyak kelas lebih kurang 13 kelas,

Tetapi di sesi petang hanya ada beberapa kelas saja digunakan yang lain semua dibiarkan kosong dan di aras tersebut ada satu stor lama serta satu tandas yang dibiarkan usang.

Berbalik kepada cerita tadi, aku dengan Akid ni pun redha jerlah dengan tugas yang diberikan. Si Akid ni siap message personal dekat aku lagi malam tu selepas tengok jadual di group whatsapp.

Message dia lebih kurang macam ni, “Weyh Lailers, kau dah ready ke nak kunci kelas dekat aras 4 tu?, aku dah ready bawak yasin dalam poket blazer ni”.

Dalam hati aku, haih budak ni tak logik langsung tanya soalan macam tu kat aku, mestilah jawapan aku sah2, TAK READY!! Dia saja jer nak takut- takutkan aku lagi.

Si Akid ni dia seorang yang oklah bagi aku tak adalah penakut sangat dan kami sekelas so senanglah nanti nak mintak keluar awal 10 minit dari kelas sebelum balik untuk pergi kunci kelas.

Tapi selalunya memang aku yang minta izin dekat cikgu untuk keluar dari kelas, sebab si Akid ni dia penakut nak mintak izin keluar dekat cikgu, lagi2 kalau masa terakhir itu ialah cikgu subjek Sains.

Baiklah, bermulalah minggu itu aku dengan Si Akid ni menjalankan tugas untuk mengunci kelas,

Kami akan keluar kelas seawal pada jam 6:40 pm sebab waktu sesi persekolahan tamat pada jam 6:50 pm & kalau macam waktu terakhir kelas kami pada hari itu ialah waktu PJ kami akan gerak lebih awal supaya lebih cepat siap tugas kami.

Pada hari pertama, kami mulakan tugas tersebut, kami dah mula kena ganggu dengan benda yang tak sepatutnya, tapi kami okey lagi sebab gangguan itu biasa2 jer bagi aku dengan si Akid ni.

Pada hari kedua & ketiga, aku dengan si Akid dah kurang kena ganggu, kadang2 si Akid sorang ni jer yang kena sebab dia ni suka membebel sambil kunci kelas, maklumlah member kurang ikhlas terima tugas.

Sampaikan dia ni pernah tinggalkan aku sorang2 tanpa dia sedari dan akibatnya memang aku gerak sendiri balik terus ler, aku kalau tunggu diapun dekat pejabat jer aras 2 untuk pulangkan kunci kelas tu.

Sapa suruh tinggalkan aku, nasiblah si Akid ni dia bukan seorang yang pemarah tapi dia siap minta maaf lagi dekat aku sebab tinggalkan aku.

Nak dijadikan cerita yer, pada hari second last aku dengan si Akid ni bertugas, aku dengan si Akid tak boleh keluar awal dari kelas sebab cikgu subjek pada waktu tersebut tak beri keizinan walaupun aku dah beri macam2 alasan dekat cikgu tu, tapi beliau tetap tak kasi.

Aku pandang muka Akid, Akid pandang muka aku… Kami berdua dah risau dah sebab takut nanti balik lambat & takut terjadi perkara yang tak diingini berlaku lagi.

Kami redha. 10 minit pun berlalu, loceng berbunyi jer teruss aku dengan si Akid ni berlari anak ke pejabat, terus campak beg dekat kerusi ruang menunggu tu dan ambil kunci untuk kunci kelas di aras 4.

Mujurlah kelas kami di aras yang sama dengan pejabat. Jadi, selepas ambil kunci kelas tersebut aku dengan akid terus naik aras 4.

Aku cadangkan dekat si Akid ni untuk kunci kelas di bahagian blok B dulu sebab dekat situ banyak kelas yang mangganya perlu ambil masa yang lama untuk dikunci terutama di bahagian pintu belakang sebab dah berkarat.

Akid mintak aku kuncikan kelas belah belakang manakala dia akan kunci kelas belah hadapan.

Selalunya kami akan kunci pintu setiap satu kelas tu bersama-sama, aku akan ambil pintu depan manakala dia pintu belakang…. Tapi disebabkan nak cepat kami terpaksa berpecah untuk siapkan cepat sebelum hari menjadi gelap.

Setelah siap blok B, kami pergi ke kelas area blok C pulak yang berhadapan dengannya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar di kedua-dua blok kelas tersebut.

Semua telah siap dikunci. Aku tengok jam sudah menunjukkan pukul 6.58 pm, ada satu blok lagi yang kelasnya tak dikunci iaitu di blok A, blok yang paling sunyi dan kelasnya hanya digunakan oleh murid-murid sesi pagi sahaja manakala di sebelah petang dibiarkan kosong.

Aku cakap dekat Akid boleh ke kalau kita tak kunci kelas dekat blok A tu hari ini sebab macam lewat sangat ni, sekolah pun dah sunyi.

Tapi Akid ni dia tak suka buat kerja separuh dan tak suka lepas tanggungjawablah kononnya, jadi dia tetap jugak nak pergi kunci kelas dekat Blok tu.

Akid cakap kat aku kalau aku nak balik, pergi jerlh balik sebab si Akid kesian dekat aku sebab takut aku kena tinggal van, lagipun dia cakap tinggal lagi 5 kelas jer yang tak berkunci dan dia boleh buat sorang2.

Aku ni rasa bersalah pulak kalau aku balik dan tinggalkan dia sorang2, ialah kalau apa2 jadi dekat dia macam mana nanti, dahlah sekolah dah kosong….

Aku yang akan rasa menyesal nanti. Jadi, aku buat keputusan untuk stay dengan dia sampai habis kunci kelas.

Selepas itu, kami pun bergerak ke blok A di bahagian agak belakang yang terletak di sebuah stor lama dan tandas yang dibiarkan usang seperti yang aku tulis tadi untuk pergi kunci kelas yang masih belum berkunci.

Tapi kali ini, Si Akid suruh aku untuk kunci kelas yang sama ngan dia macam rutin yang selalu kami buat tu.

Aku pun ikutkan sahaja. 5 minit berlalu, 3 kelas telah siap dikunci….

Ada satu kelas tu daripada 3 tadi telah dikunci oleh murid sesi pagi sendiri rasanya, so ringan sikit beban kami. Jadinya, tinggal lagi 2 kelas jer yang belum berkunci.

Aku dengan Akid terus menuju ke 2 kelas tersebut yang sebelah kirinya adalah stor lama dan di bahagian hadapannya sedikit dalam 20 meter macam tu adalah tandas usang. Kami berjalan ke kelas tersebut.

Setibanya di kelas tersebut, aku melihat kipas di dalam kelas tersebut tidak ditutup suisnya. Jadi aku pun masuk ke dalam kelas untuk menutupnya.

Selepas itu, tiba-tiba kelas yang di sebelahnya juga kedengaran seperti ada kipas yang masih berfungsi. Aku dengan akid dengar bunyi kipas itu sebabkan keadaan pun dah sunyi, pastilah kami kami akan terdengar setiap bunyi di aras tersebut.

Memandangkan Akid ada di luar kelas yang aku masuk tadi, jadi dialah yang pergi ke kelas sebelah tu untuk tutup suis kipas tersebut. Aku dengan Akid pun masing-masing keluar dari kelas itu dengan perasaan yang rasa dah macam tak sedap hati.

Tapi, kami tetap meneruskan untuk mengunci kelas. Kami kunci kelas yang aku masuk itu dulu, baru kunci kelas yang Akid masuk tadi.

Sewaktu kunci kelas yang aku masuk tadi, aku terasa seperti ada orang lalu di belakang aku. Tapi aku tengok Akid sedang struggle di bahagian depan kelas untuk kunci pintu depan, tak mungkinlah dia yang lalu belakang aku.

Jadi, aku biarkan jerlah perasaan tu berlalu pergi, dalam hati aku mungkin perasaan aku jer kot. Tak lama lepas tu, Akid pulak tiba- tiba cakap kat aku “kau ni kalau nak panggil aku tak yahlah buat suara bisik-bisik”.

Hah sudah, bila masa pulak aku panggil si Akid ni. Aku cakaplah mana ada aku panggil kau, dengan nada yang dah mula risau.

Kami berdua terdiam dan seperti seakan-akan masing-masing dah boleh baca fikiran satu sama lain. Kami kunci kelas tu cepat2.

Selepas tu beralih ke kelas yang si Akid masuk tadi tu. Kami pergi kunci kelas tu… Tapi aku pulak yang kunci pintu depan dan Akid kunci pintu belakang sebab kata si Akid tu kalau benda tu nak kacau kami, biarlah dia yang kena kacau dulu.

Gentlemen yer si Akid ni. Kami mula untuk kunci kelas tersebut….

Tapi tiba-tiba mangga untuk kelas ni dia macam ketat & susah untuk dikunci, padahal mangga kelas ni, mangga kunci baru kot…. Selalunya kami kunci okay dan senang jer.

Akid pun pelik. Aku tengok Jam dah pukul 7.05 pm, aku cakap dah lewat ni….

Kita biarkan jerlah pintu ni tak berkunci, lagipun tinggal satu jer kelas yang tak berkunci. Akid pun setuju, jadi kami bergerak untuk pergi ke pejabat.

Kami berjalan melalui depan stor dan dihadapannya itu tandas usang sebab memang itu jer jalan paling cepat untuk sampai ke tangga untuk turun ke bawah.

Tiba-tiba…… Akid yang dekat depan aku terus terhenti jejak kakinya di depan pintu stor dan aku pun terikut sama sebab kami terdengar satu bunyi yang sama iaitu bunyi tangisan orang menangis di dalam stor.

Aku dan akid melihat pintu stor tersebut terbuka perlahan-lahan. Dan ya, akak Sunsilk tengah duduk dekat kerusi kayu lama dalam stor tu sambil menangis melihat kita orang.

Aku dengan Akid apa lagi kita orang pun jalan selaju yang boleh tanpa menoleh ke belakang untuk pergi dari situ.

Kita orang tak lari sebab Si Akid ni kesian dekat aku sebab dia tahu aku pakai baju kurung dan menyebabkan aku tak boleh lari dan kita orang pun dah penat sebenarnya pada hari itu.

Setelah sampai dekat kelas blok B, kami berhenti berjalan laju tu sebab dah penat sangat. Aku dengan Akid bernafas tercungap-cungap tanpa bercakap apa2 pun.

Setelah nafas dah okay, baru Akid cakap dekat aku yang ini memang first time dia rasa takut camni. Aku cakap kat dia jangan cakap apa2 dah, sebab aku faham apa perasaan dia sekarang.

Aku cakap dekat dia sekarang paling penting kita kena pergi pejabat untuk pulangkan kunci kelas. Akid pun setuju.

Aku cakap dalam hati, nasiblah waktu aku jalan laju macam dalam acara sukan SEA tu…. Kunci kelas ni tak tercicir dari poket baju kurung aku.

Tiba-tiba aku tengok si Akid ni macam orang dah hilang arah dah tercari-cari dalam poket baju, seluar dan sampaikan dia campak blazer dia tu dekat lantai dalam keadaan marah. Aku tanya dia kau dah kenapa macam orang tak betul ni.

Rupa-rupanya si Akid ni dah tercicirkan kunci kelas sewaktu kitaorg marathon tadi…. tapikan aku pelik sebab aku dekat belakang dia….

Tapi aku tak nampak pun kunci atau apa2 barang dia terjatuh dari poket dia. Aku cakap dekat Si Akid ni tak pelah kita patah balik dekat tempat tadi untuk cari kunci itu semula ialahkan kalau bebel-bebel dekat sini sekarang bukannya kunci tu adapun.

Baik pergi cari dan boleh balik terus. Akid tak cakap banyak terus anggukkan kepalanya dan ajak aku patah balik tempat tadi.

Kami berjalan sambil membaca al-fatihah dalam hati supaya diberikan petunjuk dekat mana kunci tu jatuh. Jam dah menunjukkan pukul 7:13 pm, dalam hati, aku cakap mesti aku dah kena tinggal van… Macam manalah aku nak balik nanti.

Tiba-tiba, sewaktu berjalan dah nak sampai ke stor lama tu tadi, aku ternampak macam ada satu benda warna silver dekat tengah2 lantai jalan.

Aku terus bagitahu dekat si Akid ni yang dekat depan tu macam kunci kelas yang dia pegang tadi tu. Akid pun terus tengok depan tu dan dia pun rasa macam apa yang aku rasa.

Tapi masalahnya ialah, kunci kelas tu betul2 depan tandas usang tu. Aku dengan akid dah start fikir nak pergi ambil atau tidak.

Akid cakap takpelah kita takyah lah ambik… Esok pagi aku datang awal pagi ke sekolah, aku ambikkan. Tapi prinsip dalam diri aku ni, alang-alang dah sampai satu tempat tu teruskan ajer.

Jadi, aku tak hiraukan apa yang si Akid ni cakap aku terus je berjalan ke depan untuk ambil kunci tu lagipun pintu stor yang terbuka tadi tu dah tertutup, jadinya aku pun beranilah sikit. Akid terkejut tengok aku berjalan, jadi dia terus ikut aku dari belakang dan stop bercakap.

Bila dah sampai depan tandas usang tu aku terus ambik kunci tu. Tapi, tiba-tiba pintu kayu tandas usang yang berkunci tu terbuka dengan laju dan terhentak dengan kuat.

“KEDEGANGG” bunyi dia. Aku terkejut dan terlihat dua lembaga berdiri betul-betul di pintu masuk tandas itu.

Rupa-rupanya akak sunsilk di stor tadi tu datang lepak kat tandas usang ni dengan kawan dia iaitu abang candy yang agak seram mukanya.

Aku tanpa berlengah masa, aku terus lari pecut berpatah balik ke belakang, dah tak fikir apa dah, aku pakai baju kurung ke… Telekung ke… Aku dah tak berfikir, aku terus berlari sampai ke tangga, hilang keayuan aku masa tu.

Aku ada juga terdengar bunyi tapak kasut yang ikut aku berlari iaitu si Akid ni tadi. Aku ni sampai lupa tentang si Akid ni tadi.

Sampai jer dekat tangga aku terus turun ke bawah…. Sampai ke aras 2 baru aku berhenti marathon.

Aku perasan yang kain pengawas aku tu ada terkoyak sikit dekat bahagian bawah. Nasiblah boleh jahit balik.

Aku tunggu si Akid ni turun dari tangga. Kiranya laju jugak yer aku lari sampai si Akid ni ketinggalan agak jauh dari aku.

Sesampai jee Akid kat depan aku, dia tak cakap banyak…Dengan muka penatnya, dia terus ajak aku pergi pejabat untuk pulangkan kedua-dua kunci tu.

Sampai dekat pejabat aku tengok ada 2 orang murid biasa ni form 1 belum balik lagi duduk dekat kerusi yang kitaorg letak beg tadi.

Diaorg tengok kitaorg macam orang dah tak betul dah dengan pandangan mata ” BOMBASTIC SIDE EYE” yer Mana taknya yang si Akid tu Blazer yang sepatutnya disarungkan dekat badan, dia pergi letak atas kepala ikat macam serban dah.

Yang aku pulak kain dah terkoyak-koyak dekat bahagian bawah dah macam pakai baju kurung kain terbelah tepi.

Aku tak nak buang masa, aku terus pulangkan kunci tu dekat kaunter pejabat sekolah. Aku cakap dekat Akid, kau okay tak?…. Akid dah tak mampu berkata-kata dia hanya menunjukkan Thumbs up jer berkali-kali.

Tiba-tiba ada sorang cikgu yang kitaorang kenal ni datang dekat kitaorg, aku gelarkan cikgu ni cikgu Mas (bukan nama sebenar). Cikgu Mas ni cakap dekat kita orang….

Korang okay tak ni, kenapa cikgu tengok korang dah macam baru lepas berkebun jer. Memandang si Akid tu macam dah tak bermaya, aku jer yang jawab pertanyaan cikgu tu.

Aku balas, “kami okay jer cikgu” (Dalam hati ,walaupun sebenarnya tak okay yer). Cikgu Mas tanya aku dengan si Akid ni kenapa tak balik lagi?

Aku jawab kami kena tinggal dengan van cikgu.

Disebabkan itu, Cikgu Mas ni offer untuk hantar aku dengan si Akid ni balik, aku tanpa berfikir panjang aku terima offer Cikgu Mas ni. Yang si Akid ni pun terima jugak tawaran cikgu Mas ni.

Rupa-rupanya si Akid ni dia selalu balik dari sekolah naik grab atau teksi, mungkin disebabkan dah lewat sangat, yalah dah pukul 7:35 lebih kurang, sebabtu Akid terima jer tawaran cikgu Mas ni.

Kami pun ikut cikgu Mas pergi ke kereta dia dan budak yang 2 orang tadi tu pun sama ikut kitaorang. Rupa-rupanya budak2 tu anak cikgu Mas dan anak saudara cikgu. Dalam kereta kami berdua diam jer.

Bila dah keluar dari gate sekolah baru cikgu Mas minta kitaorg cerita apa sebenarnya yang berlaku. Aku dan Akid pun bercerita dari A to Z.

Kita orang adalah juga tanya dekat budak 2 orang tu ada tak dengar kitaorg berlari dekat atas, tapi dia orang cakap dia orang tak dengar apa2 pun dekat atas.

Aku pun pelik bila dengar dia orang cakap macam tu, sebab Kelas aras 4 yang seram tu tak adalah jauh sangat kedudukannya dari arah pejabat di aras 2.

Kami pun dah malas nak tanya macam2 lagi dekat budak dua orang tu sebab kami pun dah keletihan kepenatan. Cikgu Mas pun tak ada dengar apa2 dekat bahagian atas sebab cikgu Mas ni, beliau duduk di dalam bilik guru di aras 1 untuk siapkan kerja beliau.

Sewaktu hampir tiba di rumah Si Akid ni cikgu Mas adalah bagi nasihat & pesanan dekat kami, supaya balik jer rumah nanti terus mandi & siap2 untuk solat maghrib dan isyak, siapkan kerja sekolah,

Dan sebelum tidur baca surat al-fatihah, tiga kul dan ayat kursi agar benda2 yang kacau kitaorang tadi tak datang kacau kitaorang malam nanti. Kami pun ikut apa yang dipesan oleh cikgu Mas tersebut.

Akhirnya, sampai sudah di rumah aku, aku ucapkan terima kasih banyak2 dekat cikgu atas nasihat dan terima kasih sebab tumpangkan aku dan akid balik. Selepas itu, aku masuk jer rumah mak aku ada tanya aku kenapa balik lambat bagai semua kan….

Tapi aku jawab nanti lepas solat aku ceritakan…. Jadi dia suruh aku pergi mandi dan siap2 untuk solat maghrib dan isyak. Nasiblah mak aku ni sejenis yang cool jer orangnya.

Oh untuk pengetahuan semua, aku ada pinjam handphone kawan baik aku sebelum keluar kelas tadi untuk inform mak aku yang aku akan balik lambat,

kalau aku belum keluar dari sekolah sebelum pukul 7, aku suruh mak aku bagitahu pihak van yang aku balik naik grab atau tumpang mana2 cikgu nanti.

Sebabtu mak aku macam tak risau sangat sebab dia dah tahu aku akan balik lambat tapi aku tak bagitahu sebab dekat mak aku kenapa aku kena balik lambat.

Jadinya selepas selesai menunaikan solat kedua-dua fardhu, baru aku bercerita dekat keluarga aku tentang apa yang terjadi kepada diriku sambil makan malam.

Habis jer cerita, aku lakukan apa yang dipesan oleh mak aku dan Cikgu Mas dan terus masuk tidur. Pada malam itu, aku ada juga termimpi tentang perkara tadi, tapi alhamdulillah tiada gangguan yang teruk berlaku pada diriku.

Keesokannya hari Jumaat, aku datang ke sekolah seperti biasa. Sebenarnya mak aku tak kasi aku pergi ke sekolah tapi aku tetap nak pergi.

Semasa aku masuk ke kawasan sekolah, aku teringat dan terngiang-ngiang di fikiran tentang perkara yang berlaku semalam, tapi aku abaikan. Aku terus bergerak ke kelas sebab lagi 15 minit sesi pembelajaran dah nak mula.

Sampai jer dekat kelas aku tengok si Akid ni tak sampai lagi, mungkin dia pergi solat Jumaat kot kata aku dalam hati. Dan ya sangkaan aku betul 10 minit selepas tu aku nampak si Akid ni melangkah masuk dalam kelas.

Katanya dia baru balik dari masjid. Aku tanyalah dia, dia okay tak tidur semalam, dia cakap alhamdulillah dia okay….

Dia ikut semua pesanan cikgu Mas tu. Si Akid ni tak habis-habis minta maaf dekat aku, sebab dia cakap disebabkan dialah aku terpaksa lalui perkara semalam,

Ialah mana taknya sepatutnya tugas kunci kelas tu hanya ambik masa selama 10-15 minit jer tapi semalam nak dekat hampir 1 jam kitaorang kunci kelas.

Tapi apa- apapun aku tak salahkan Si Akid ni, dia tak salah pun sebenarnya dan aku maafkan si Akid ni. Pada hari itu, kami berdua belajar seperti biasa sehinggalah tiba waktu rehat.

Aku dengan si Akid ni kena bertugas jugak waktu rehat jadi kami bertugas seperti biasa. Habis jer bertugas, aku terus cakap kat si Akid ni, ” Wey hari ini hari last kita bertugas untuk kunci kelas, kita kena keluar awal hari ini tak kira apa pun jadi”.

Akid pun cakap dia pun tak suka balik lambat, so dia pun bersetuju. Tiba- tiba, kami masuk jer kelas….

Kita orang berdua tengok classmate kita orang berkemas-kemas barang. Aku tanyalah kat kawan baik aku sorang ni, kau nak gi mana?. Lepastu dia cakap, kau lupa ke hari ini lepas rehat kita kena pergi dewan untuk dengar taklimat pasal KOKO.

Aku pun tanpa cakap banyak aku terus kemas beg aku dan aku cakap dekat si Akid tu…. Alhamdulillah weyh rezeki, hari ini kita selamat.

Hanya aku dengan akid jer faham kenapa aku cakap macam tu. Senyum lebor aku dengan Si akid hari tu sebab kami tak payah kunci kelas.

Sebaliknya hanya pengawas-pengawas lelaki jer yang perlu ronda ke setiap kelas untuk memastikan semua murid bergerak ke dewan dan perlu kunci setiap kelas. Aku tak tahu macam mana si Akid ni boleh terkecuali daripada tugasan kena ronda dan kunci kelas tu.

Habis taklimat, kami balik macam biasa dan sewaktu dalam perjalanan ke gate sekolah tu aku terserempak dengan cikgu Mas. Cikgu Mas tanyakan keadaan aku dengan si Akid hari ini okay ke?.

Aku cakap, “kami berdua alhamdulillah okay cikgu ” dan aku ucap terima kasih sekali lagi dekat cikgu Mas sebab tolong kita org pada hari semalam.

Aku dan si Akid ni menjalani kehidupan harian sekolah macam biasa. Walau bagaimanapun, nama aku ada jugak tersenarai dalam jadual untuk bertugas untuk kunci kelas lagi pada tahun tu tapi bukan dengan Si Akid tapi dengan pengawas lelaki yang lain.

Ada juga cerita seram dan kelakarnya yang aku takkan lupakan sampai bila2 sewaktu bertugas untuk kunci kelas akan tetapi pengalaman yang ini paling seram bagi aku dekat sekolah tu pada tahun 2019. Di tahun2 lain ada juga.

Kalau ada masa aku taip lagi pengalaman seram dan kelakar sewaktu aku bertugas kunci kelas di sekolah aku.

Sekian cerita daripada Lailers.

– Lailers (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *