Pengasuh

Assalamualaikum buat admin dan pembaca setia IIUMC,

Nama aku lisa, umur 26 tahun. Pengasuh bukan kuli. Secara ringkas, bukan aku yang bekerja sebagai pengasuh tapi mak aku. Puas kita orang anak-anak ni pesan dekat mak tak perlu lagi jaga anak orang sebab keadaan mak sekarang tak berapa sihat nak dibandingkan dengan dulu. Duit belanja pun bulan2 kami adik beradik bagi. Cuma itulah niat asal mak jadi pengasuh pun sebab nak buat peneman mak aje di rumah. Aku dan kakak aku baru kahwin. Masih belum ada rezeki lagi bagi mak bermain dengan cucu sendiri. Doakan lah ya untuk kami.

Aku tergerak hati untuk kongsi dengan pembaca IIUM sebab aku perlukan cadangan dan ayat yang sesuai untuk aku bagitahu pada parents anak yang mak asuh ni. Jujurnya aku ni sejenis yang mulut laser. Aku jarang bersuara tapi bila aku tegur orang, teguran aku tu pedih sikit untuk diterima sebab memang straight forward punya teguran. Anak kedua memang perangai macam ni mungkin.

Mak aku tua dah. Umur 54 tahun. Mak mengasuh 4 orang. 2 orang anak yang mak asuh tu sebaya umur 3 tahun. Sepasang lelaki perempuan tapi parents yang berlainan. 2 orang lagi bayi umur 10 bulan dan 5 bulan juga dari parents yang berlainan. Yang buatkan aku jadi marah dan bengang bila parents anak yang mak asuh umur 3 tahun nie tak bertimbang rasa langsung dengan mak. Aku namakan dorang sebagai kak siti & abang man bagi korang senang faham jalan cerita. Bayangkanlah waktu aku tengah menaip nie, dah pukul 8.30 malam dah tapi anak dia si comel nama haikal ada lagi sebelah aku nie sebab kak siti dengan abg man tak ambil2 lagi anak dorang.

Apa pun jadi aku kena jugak bersuara sebab bukan apa, mak dan ayah aku terpilih untuk tunaikan ibadah haji tahun nie. Minggu depan dah nak berangkat ke tanah suci tapi gigih lagi mengasuh anak2 mereka semua nie. So aku nak lar parents nie semua bertimbang rasa dengan mak jugak. Apa lah salahnya kalau balik je kerja tu terus ambil anak. Boleh mak berehat lama sikit. Aku sanggup ambil cuti tanpa gaji sebab nak bagi mak berehat, so anak2 tu semua aku yang tolong jagakan sekarang.

Parents yang lain setakat nie tak ada masalah sangat. Sebab masing2 cikgu. Jadi habis je waktu sekolah, memang terus ambil anak mereka. Tapi yang jadi masalah adalah untuk kak siti dan abang man. Kak siti kerja sebagai penolong akauntan. Abang man pulak kerja sebagai arkitek tak silap aku. Kak siti hantar anak dia dekat rumah mak pukul 6.50 pagi, dan dia ambil anak dia tak menentu. Kadang pukul 10.00 malam baru dia ambil. Pernah sekali tu aku tolong mak jaga anak dia, sampai tertidur lah mak dok menunggu kak siti ambil anak dia. Kesian sangat aku tengok mak. Belum lagi part aku dengan mak bergilir-gilir solat or makan cepat2 sebab risau anak2 tak duduk diam. Pernah aku ajar mak, tetapkan waktu hantar dan waktu ambil. Tak pun caj je overtime kalau ambil lewat sangat tapi mak tak nak tak sampai hati mak kata sebab mak terlalu sayang pada cucu-cucu yang mak dah asuh dari dorang baru lahir. Aku rasa kak siti dengan suami dia patut bersyukur dapat pengasuh macam mak. Upah ngasuh rm400 je sebulan. Makan minum semua mak sediakan. Aku rasa untuk area kl nie dah kira murah dah upah tu tapi tak tau lar kalau ada lagi murah.

Kadang kak siti call mak bagitahu ambil anak dia lewat sebab kerja ofis banyak tapi tup2 terserempak dengan aku dekat giant tengah shopping barang dapur dengan abang man. Raya baru ni call bagitahu ambil lewat sebab abang man kena kerja overtime tapi kantoi lagi ambil lewat sebab ofis abang man buat jamuan raya sebenarnya. Apa salahnya ambil anak tu bawa sekali kalau nak keluar kemana-mana. Anak sorang tu je baru. Spend time lah sikit dengan anak. Anak besar dah pun 3 tahun dah. Tak susah pun kalau nak bawa berjalan. Kalau aku & adik beradik as orang luar nie tak kisah bawa anak dia pergi jalan2, dorang as parents lagi lah sepatutnya tak kisah.

Korang yang bergelar ibu bapa tu lebih2 lagi kalau baru ada anak sorang sahaja rebut lah peluang tengok anak membesar depan mata. Aku yang belum ada rezeki timang cahaya mata sendiri ni kadang sedih + cemburu tengok parents yang ALLAH swt beri rezeki anak tapi abaikan macam tu. Macam kak siti nie dia buat sambilan ambil tempahan kuih & biskut. Kak siti bila dah ambil haikal dari rumah mak pun kadang anak dibiarkan je sebab dia busy buat tempahan kuih pulak, yang abang man busy main games pokemon dekat handphone dia tu. Mak kak siti sendiri yang cerita pada kami sebab kesian tengok cucu dia. Lepas tu bila tengok anak parents lain dah pandai bercakap pandai mengira dah pandai baca ABC kak siti marah mak kata mak tak tumpu perhatian lebih pada anak dia sebab tu anak dia tak pandai2 lagi sampai sekarang. Tanggungjawab parents sendiri lah untuk didik anak pulak bila dah balik rumah. Jangan serahkan semuanya untuk pengasuh sahaja yang didik.

Akhir kata aku minta maaf kalau ada parents yang kecil hati. Maaf jugak kalau ayat aku macam kasar je bunyinya haha aku tak reti karang ayat sebenarnya. Yang baik datang dari ALLAH swt, segala yang buruk/kesilapan datang dari aku.

– Lisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *