Penggunaan Contact Lens Secara Selamat

Hi, Assalamualaikum. Hari ini aku nak menulis pasal contact lens (kanta lekap).

Mungkin topik ni agak berat, insyaAllah aku akan cuba gunakan bahasa semudah mungkin supaya semua dapat manfaat tanpa mengira latar belakang. Terima kasih admin seandainya disiarkan.

Sebut berkaitan contact lens,pasti akan terbayang dalam fikiran, rabun, mata warna warni, kosmetik.

Ya benar, itulah tujuan contact lens. Membetulkan masalah penglihatan, juga sebagai alat kosmetik kecantikan.

Saya nak menulis disini lebih kepada contact lens sebagai tujuan membetulkan penglihatan. Ok, saya akan guna istilah kanta lekap.

Berapa ramai yang tahu, kita ada lebih dari 1 jenis kanta lekap dipasaran?

Kalau anda biasa menggunakan kanta lekap, anda mungkin biasa dengan kanta lekap jenis silicon hidrogel (jenis lembut). Ini adalah kanta lekap yang paling popular dan paling mudah didapati dan dibeli dipasaran.

Namun, ramai yang mungkin tak mengetahui yang kanta lekap juga ada jenis keras, iaitu RGP (rigid gas permeable). Ianya tidaklah keras mana,masih blh dilentur, namun kalau dilentur, ianya akan rosak, tak macam silicon hidrogel yang boleh dilipat.

Dalam confession ini, saya akan cuba menerangkan fungsi dan beza antara kedua dua kanta lekap ini.

Saya mulakan dengan kanta lekap jenis lembut.

Selain tugas membetulkan penglihatan, kanta lekap ini popular sebagai alat mencantikkan mata. Dah lari daripada tujuan asal kanta dicipta. Inilah yang membahayakan.

Tahukah anda, mata kita atau lebih tepat lagi, kornea kita, merupakan satu satunya organ dalam badan yang tidak ada salur darah?

Apabila tidak ada salur darah, oksigen hanya boleh didapati dengan cara semulajadi, iaitu melalui udara. Maka, apabila kita memakai kanta lekap, ianya “melemaskan” kornea kita.

Untuk tempoh yang pendek, 4 jam kebawah, kesannya tidaklah teruk mana, tapi kalau guna setiap hari melebihi 6 jam keatas, risikonya ialah corneal hypoxia, atau “kornea lemas” tak dapat oksigen.

Apa terjadi kalau kornea lemas? Kornea akan cuba berusaha mendapatkan oksigen dengan cara melalui salur darah. Tadi saya dah sebutkan bahawa kornea kita tiada salur darah? Bagaimana boleh ada pula? Inilah bahayanya.

Mata kita akan mula menumbuhkan salur darah halus secara perlahan lahan ke kornea. Proses ini tak berlaku semalaman. Ianya memakan masa. Semakin lama pakai lens, semakin progressif salur darah ini ke kornea.

Apabila salur darah sampai ke kornea, dipanggil corneal neovascularisation, kornea kita akan berubah sifatnya. Tidak lagi legap, maka cahaya yang masuk akan terganggu, seterusnya penglihatan terjejas.

Seandainya anda pemakai kanta lekap jenis ini, untuk tempoh lama, sila perhatikan dengan teliti mata putih anda didepan cermin, ada nampak tak salur darah halus halus macam rambut, warna merah tumbuh MENUJU ke kornea?

Seandainya ada, sila berhentikan pemakaian kanta, dapatkan rawatan dan pemeriksaan di klinik mata.

Kornea kalau dah rosak, tiada ganti, hanya melalui penderma kornea sahaja kalau nak rawat, itu pun tak menjamin rawatan berjaya walaupun dapat kornea baru. Badan kita mungkin akan “menolak” kornea baru ini.

Kornea rosak apa jadi? Tahap teruk, buta.

Adakah menggunakan kanta lekap berbahaya? Ya, seandainya tanpa ilmu dan pemeriksaan lengkap.

Bagaimana nak mengurangkan risiko?

Ok, bahagian seterusnya, kanta lekap jenis RGP.

Kanta lekap ini, jauh lebih selamat berbanding kanta lekap jenis silicon hidrogel.

Kenapa lebih selamat?

1. Base curve (saya tak pandai nak terang) kecil banding base curve kanta lekap silicone hidrogel. Maka, hanya sebahagian kornea ditutup dengan kanta lekap, membenarkan sebahagian lagi “bernafas”

2. Kandungan kanta lekap ini yang tanpa air, menjadikan kanta ini kurang risiko pembiakan bacteria yang boleh merosakkan mata.

3. Pemakaian dia juga sukar, tak mudah, memerlukan pemeriksaan optometrist untuk proses fitting, menjadikan ianya sukar untuk dipakai sebarangan orang. Maka kurang risiko salah guna.

4. Indeks oksigen untuk kanta RGP juga lagi tinggi berbanding kanta jenis lembut. Ada jenama tertentu seperti yang saya guna Boston XO2, dk/t index 141, Menicon Z lagi tinggi.

5. Tahan lama kalau pandai jaga. Lens saya dah nak masuk 3 tahun. Janji, rajin jaga, bersihkan guna protein remover.

Apa pula keburukan RGP?

1. Mahal. Sepasang harga boleh cecah 1000 apabila dicampur kos pemeriksaan mata. Tapi walaupun mahal, tahan lama, jangka panjang, kos lagi murah berbanding kanta lekap lembut.

2. Mata memerlukan proses adaptasi yang agak lama untuk selesa jika dibandingkan kanta lembut, hampir serta merta, pakai, selesa terus. RGP, pakai hari ni, minggu depan baru mata nak biasakan diri dengan kanta.

3. Saiznya yang lagi kecil, mudah terkeluar dari tempat asalnya, selalunya naik ke atas mata, untuk yang tak biasa, akan panik. Tapi ini masalah kecil kalau dah biasa.

4. Custom made. Tidak ada dijual secara siap. Nak guna kena tempah. Proses agak rumit. Namun, walaupun bunyinya rumit, RGP inilah jauh lebih selamat, malah penglihatan lebih tajam berbanding kanta lekap lembut.

Saya adalah pengidap high myopia, (rabun jauh) power tinggi, tak sesuai untuk rawatan laser, namun dengan RGP ini, penglihatan saya menjadi 6/5, lagi tinggi berbanding 6/6. Haha.

Tapi saya akui, tahap keselesaan, tidaklah selesa seperti pemakaian kanta jenis lembut, namun saya bersyukur, penglihatan jelas, kornea sihat.

Saya pendekkan tulisan, buat kesimpulan.

Kalau mata anda tak rabun, elakkan memakai kanta lekap jenis lembut ini, kalau rabun, power rendah, pakai spec jela. Cari bingkai yang cantik, nanti wajah cantik juga.

Tapi kalau nak pakai lens, dapatkan pemeriksaan pakar mata, hanya guna lens yang dijual di kedai spec mata berdaftar, cari lens yang indeks oksigen tinggi (Dk/t) 100 keatas.

Antara jenama disyorkan, biofinity, purevision. Harga memang mahal jika dibandingkan lens pasar malam, kalau sayang mata, jangan kedekut bab lens ni.

Lagi baik, kalau anda guna lens jenis RGP. Ini disyorkan kalau power tinggi. Penglihatan lebih tajam, kornea lebih sihat.

Sayangi mata anda, tak lawa takpa, janji tak buta.

– Mr F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *