Assalamualaikum,
Saya gunakan medium ini untuk saya kongsikan pengalaman saya sebagai pengidap marfan syndrom. Budak medic mungkin tahu apa itu marfan syndom, yang tak pernah dengr mungkin boleh google.
Saya dapat tahu yang saya ada syndrom tu wktu umur saya genap 25 tahun. Iaitu sebulan sebelum saya berkahwin. Bermula dengan doktor kesan saya ada heart murmur. Saya disarankan buat ecg and echo. Doktor beritahu yang saya mngalami valve prolapse. Pada awalnya doktor kata ianya tak serious. Alhamdulillah, lega sangat dengan berita tu. Suatu hari saya join company buat family day and at that time saya faint. Sekali lagi saya dikejutkan dengan berita baru. Doctor beritahu paru-paru saya collapse. Dia tunjuk pada filem xray yang mana paru-paru saya mengembang beberapa cm ke bawah. Saya mmg terkejut dengan berita tu sbb selama ni saya sihat, saya normal macam org lain dan saya lakukan aktiviti harian tanpa masalah pun. Tapi saya memang dah lama perasan yang saya tak boleh buat aktiviti lasak macam berlari, hiking, swimming sejak zamn sekolah lagi. Saya cepat mengah. Saya fikir saya cuma kurang stamina so saya tak pernah fikir yang saya sakit. Lepas doctor kata both of my lungs collapse and my heart problem getting serious, doctor start syak saya merokok lah, kena dera masa kecik dan macam-macam lagi. Doctor minta check ribcage, spine tulang kaki, tangan, and he came out with his theory. Dia syak saya ada marfan syndrom.so Dia sarankan saya jalani chromosome test. Itulah kali pertama saya dengr penyakit marfan syndrom. Seblum ni saya tak pernah dengar. Saya google time tu juga. Sebulan lepas tu chromosome test result keluar. saya disahkan ada marfan syndrom. Tapi saya rahsiakan semuanya dari pengetahuan suami. Sebab saya bimbang dia tak nak teruskan perkahwinan kami. Saya tak nak kluarga saya tanggung malu. Dan kami berkahwin.
I tried to conceive hampir setahun, and alhamdulillah i pregnant jugak. But then, saya kerap mngalami palpitation, kejang, pitam, heavy n short breath.Saya fikir semua tu just morning sickness.one day saya collapse. Husband bawa saya ke hospital. doctor kata keadaan jantung dan paru-paru tidak mngizinkan saya untuk mengandung. Usia kandungan saya 5 minggu dan saya terpaksa ucapkan slamat tinggal buat dia. Suami saya pujuk saya, katanya kami boleh cuba lagi bila keadaan saya dah ok sikit.
Tapi hati manusia boleh berubah. Suami saya minta untuk berkhwin satu lagi walaupun tak sampai setahun saya kehilangan baby saya. Alasannya sebab saya tak mampu berikan dia zuriat. Sebenarnya kalau zuriat yang dia mahukan sebagai bukti cinta saya pada dia, saya sanggup merisikokan nyawa saya untuk terus kandungkan anak dia. Tapi cinta saya pada dia masih rasional. Cinta saya pada dia sebanyak cinta saya pada keluarga saya. Andaikata saya mati, siapa yang nak beri duit belanja ummi dengan walid saya, siapa yang nak beri duit pada adik saya yang belajar dekat unimas tu kalau dia tak cukup duit. Adik beradik lain tak belajar tinggi. Mereka semua ckup-cukup untuk sara diri masing-masing. Walaupun saya anak yang hujung (7/9), saya tetap rasa tanggungjawab untuk bantu kluarga. Lama saya ambil masa untuk fikirkan semua tu akhirnya saya buat keputusan. Mana mungkin saya sanggup berkongsi kasih suami dengan prempuan lain. Saya fikir, bila dia dah ada zuriat dengan perempuan tu, saya akan terabai. saya decide untuk bercerai. Saya redha dia berbahagia dengan perempuan lain yg lebih sempurna. Saya tak mampu untuk serahkan nyawa saya sebagai tanda cinta saya pada dia tapi saya lepaskan dia mengecapi bahagia dengan org lain, itu tanda cinta saya. Sudah setahun lebih kami bercerai, saya rahsiakan semuanya dari ummi dengan walid . saya jalani hidup saya seperti biasa, pergi kerja-balik kerja-tidur. Hujung minggu saya akan pergi lepak dekat mana-mana taman rekreasi. Tengok keluarga orang lain yang lengkap, anak2 kecil lari sana sini buat saya bahagia. Apalagi yang saya boleh buat kan. Nak hang around dengan kawan-kawan semuanya ada family masing-masing. Sekali sekala tu boleh lah. Tahun depan saya plan untuk ambil anak angkat dan saya nak susukan. Tak lama lagi saya akan ada anak sendiri. Walaupun dia tak lahir dari rahim saya, cukuplah dia membesar dengan susu saya. Saya tanya ummi, 'antara tiga perkara yang takkan terputus bila kita dah meninggal dunia adalah doa anak yg soleh kan? Klw anak tu cuma anak susuan, sampai tak doanya.'
Ummi kata inshaAllah sampai..Allah kan Maha pengasih lagi maha pemurah.
Pesanan saya, mungkin dekat luar sana ada yang senasib dengan saya, jangan sedih. Jadilah seorang perempuan yang kuat, yang rasional dan matang. Kita boleh menangis untuk lepaskan rasa hati kita, tapi jangan kita menangis untuk dapatkan simpati sesiapa. Teruskan hidup macam biasa. Terlalu banyak lagi perkara yang mampu buat kita bahagia dalam dunia ni. Buka mata.
– Anak Orang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nur Maisarah sedih baca cite akak ni. Hang tau dak Marfan syndrome?
Semoga dgn berbakti pd ibubapa kluarga mnjadi asbab akak ni masuk syurga.
Aku x tauuu. Nanti aku google.
Allah, autosomal dominant weh. Semoga Allah permudahkan urusan akak :)
May Allah grant you strength and He preserve you always.
Good confession igtkn ending mkn ati
YaAllah, tabahnya akak ni. Semoga saya juga diberikan kekuatan walau ujian tak sama.
Sedihnya kuatkan semangat ye inshaAllah Allah with u
Bertabahlah sis..:'(
Tak pe. Lebih baik hidup sendiri daripada bersuami tapi asyik menjeruk rasa. Be strong!
✔️
Pesanan kpd sahabat yg lain. Hidup adalah utk memberi. Tak salah berkongsi kasih. Jgn diikut rasa hati. Tak semestinya anak yg bukan dari rahim tp dari rahim madu tidak dpt berkongsi kasih sayang ibu anak. Berkahwinlah, berkongsilah, ada hikmah Allah beri ujian begini. Namun jgn lari dari fitrah wanita. Carilah syurga dari bimbingan seorang suami.
Isu berkongsi tu satu.
Tapi sebenarnya ada isu yang lebih berat, menjeruk rasa dan mengancam emosi wanita ini.
Usia perkahwinan baru setahun jagung dan wanita ini berdepan dengan dugaan yang sangat hebat, kehilangan anak yang dikasihi. Si suami pula tidak betah bersabar dan bersusah dengan isteri, sudah memandang wanita lain. Betapa sikap dan tiada empati dalam diri suami lah yang menjadi punca utama penceraian tersebut.
Ini isu yang sebenar nya.
Kalau dah kawin 5 tahun, 7 tahun dan si wanita masih tidak mampu bagi zuriat, mana-mana wanita beriman akan benarkan malah menawarkan si suami kahwin lain.
Dia tau dia xkuat… lbh,baik melepaskan dr dia berdosa sbb xredha @ mengungkit.. hati,perempuan lembut tp tabah…jgn mudah menilai apa sbb dia mengalah sbb dia lbh tau apa yg dia rasa….
Tak semestinya ke syurga hanya dengan bimbingan suami.
Cikgu Eya Bukan dia cakap yang doktor kata dia tak boleh mengandung ke?
Syarifah Dayana Betul.. berapa ramai isteri yang dihumban kedalam neraka kerana layanan terhadap suami..
Amboi… kalo bab manjatuhkan hukuman siapa yg lbh ramai di neraka esok, semua jd ilmiah… semua jd tahu, ye en. Muhammad Wafi Bin Kamarudin?
Ye, perempuan lebih ramai di neraka esok… ustaz2 pun bnyk yg kata dlm ceramah2 mereka… kami sedar perkara tu… tp jgn la terasa hebat menjadi lelaki… kalau salah bimbingan pd perempuan, kami mampu seret kamu sekali… nilaikan sesuatu tu dr pelbagai sudut… jgn mudah menghukum hanya dgn satu hujah…
Muhammad Wafi Bin Kamarudin
Sebab tubuhnya lemah dan ada masalah kesihatan. Bezanya dengan orang yang mencintai, kita usaha pelbagai cara dan support pasangan kita. Bukannya pandang yg lain masa pasangan tengah miserable macam tu. Tiada apa yang mustahil dengan usaha dan doa.
Sentap sangat kalau pasangan terus menyerah dengan alasan kemudian cari lain.
Setuju dia lepaskan suami dia. Tetapi dia perlu juga kelak menjadi isteri dan bermadu supaya dapat hidup dlm sebuah keluarga. Islam membenarkan poligami antara tujuan lain ialah utk menyelesaikan masalah spt ini. Mungkin dia belum berjumpa suami yg sesuai tp utk kekal berseorangan sebaiknya dielakkan.
Nah,she can survive.my mother survived years without a husband by her side,it’s just us. ? tak ada pulak yang datang offer umi saya berkahwin,sedangkan dia ibu tunggal.tak ada weh.realiti poligami tak seindah tu.
Perempuan tak ada suami,boleh hidup.tak ada anak2?rasa hilang nyawa.itu beza lelaki dan perempuan.?
Ibu tunggal dgn wanita tunggal jauh beza. Jika ada jodoh poligami lebih baik terima.
Ibu saya pun ibu tunggal. Saya ambil iktibar kpd apa yg berlaku dlm kehidupan kita semua.
Bersama dlm keluarga saya ahli baru iaitu kawan kepada ibu saya yg menumpang kasih keluarga kami setelah disisihkan keluarganya. Dia disisihkan kerana tidak berkahwin dan tiada anak2 walau ada rumah sendiri dan pencen. Disisihkan oleh anak2 saudara yg menumpang rumahnya.
Saya kira jika dia ada suami atau ada anak2 tiri mungkin hal spt ini tidak berlaku
Nikmat yg paling indah adalah kebahagian..:)..kbahgiaan dtg bukan hanya mlalui bahtera perkahwinan kan?..:)..
Sedihnyer. Semoga Allah kuatkan dan permudahkan perjalanan hidup puan. Majority lelaki mcm tu. Bini sakit, cari lain. Kite plak laki sakit, tetap setia susah senang.. Ada lelaki yg setia, yg jg isteri sakit. Tp nisbah sgt kecil. Begitu jg isteri, ada yg tinggalkan suami. Tp majority sanggup bersusah bersama suami. Inshaa Allah, akan dtg kebahagiaan buat puan.
Boleh berikan sebarang sumber rujukan bagi kenyataan puan? Ada data2 yang dapat penyokong atau sekadar pendapat? Kalau pendapat sy pun boleh kongsi pendapat sy.. brp ramai isteri yg sanggup tinggal suami dan anak2 demi mengejar cinta membabi buta.. sedikit isteri yang sanggup bertahan mengahadapi susah senang bersama suami.. ini sekadar pendapat.. x semestinya betul.. sama macam yg puan cakap..
Sumber realiti hidup
Hahaha same je laki n pmpn… Allah tu adil,xde allah cipta perempuan zaman tu semua baik berbanding lelaki atau sebaliknya. Rule dia senang je laki baik utk perempuan yg baik sama juga dgn perempuan.jika lelaki/perempuan yg baik jumpa pasangan yg xbaik. Itu la dugaan allah,sebab mcm mana pasangan tu kenal pasangan dia,allah lebih tahu pasal tu.so jgn buruk sangka terhadap pasangan/gender yg lain. Bende tu semua berkait.
sumber dari pemerhatian masyarakat.
Pergi kat mana2 hospital,encik,tengok kat wad,berapa ramai suami jaga isteri.berapa ramai isteri jaga suami.hehe ?
Jaga diri. Jgn lupa pergi follow up
Sis sgt kuat. Semoga Allah sentiasa bersama sis. Inilah bukti wanita kuat dan hamba Allah yg mampu utk memikul ujian yg Dia tetapkan. Ini baru tanya psl bila nak kawen pun nak kasi jwpn sentap2 smpi makcik2 yg bertanya tu lgsg takkan tanya lg thn2 akan dtg sbb dah meluat dan tak amik kisah lg. Maaf off topik. Kebetulan skrg tgh hot topik tu.
Pesan saya untuk semua org2 dilanda masalah diluar sana. La takhaf wala tahzan. Innallaha ma’ana (Jangan gusar dan jangan sedih. Sesungguhnya Allah bersama kita). Saya doakan semoga kita semua baik2 saja dan dilapangkan urusan walau berat mana masalah kita.
kak, baca kisah wani ardy – penyajak, pemuisi. Dia tak boleh mengandung, tapi ada suami menerima dia seadanya.
Wany ardy suaminya terima seadanya. Suami kakak ni tak.
so hopefully later on kakak ni will find someone yang terima dia seadanya. Be strong kak.
Harap kali ni dia jujur bagi tau awal.. jgn mcm sebelum ni iaitu dengan merahsiakan penyakit dia..
Sebaik baik perancangan adalah dr Tuhan :)
Arif Noh hrap awk tak mcm nie
Bila baca balik. Pmpuan ni yg tak sanggup nk bermadu. Bukan laki tu yg mintak cerai ? lgpun mungkin laki tu taknak pmpuan tu risikokan diri klau mngandung jgk. Mungkin sebab laki tu still sygkan pmpuan tu ? apa salahnya klau dia brmadu. Bukan laki tu nk tinggal dia pun. Crita pmpuan ni nampak mcm laki tu jahat ja. Tak semua laki nk tngok pmpuan yg dia sayang menderita. ? btw sbb tu kite suruh awk jge diri. Jgn asyik mkn meggi jem Takut jadi benda mcm ni. Nanti awk salahkan sy pulak.
Wao.
Apa slhnye bmadu? Waa senangnye awk ckp semudah kate2 awk.. org laki takkan penah fhm sbb dia takkan rase diduakan mcm tu.. sape je yg sgup bkongsi.. awk sgup bkongsi isteri? Org laki tu pkir prmpuam tu takleh mgandung sbb tu dia kawin laen.. kejam kot.. sbb takleh mgandung pastu buat gitu.. cube awk kalau awk mandul then isteri awk nk cr org laen ape perasaan awk? Mane cinta setia yg diucap selama nie.. Ade je org trdekat ngn sy yg sy jumpe takleh mgandung tp suami dia setia smpai tua.. tak kawin laen pun sebab dia betol2 sayangkan isteri dia.. dia rela ambik anak angkat je pd kawin laen.. bahagia je sampai sekarang tak kawin laen pn.. pikir2 kan la awk jenis lelaki macam mane Arif Noh..
Just an opion from a man. Dont mad. Kita bincang ?
Akak. Kesiannya. Semoga akak tabah ye
Ezaty ZakaRia
Sedihnya…kesian diaa
Semoga Allah sentiasa menjaga awak. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak.
Semoga Allah sentiasa berikan kebahagiaan dalam hidup awak.
La Tahzan. Allah kan ada? :)
Siti Nur Atiqah
Ham Zak ni yg first.
Fadzil Marzuki kita baca ni haa.
akak sabar k akak hmmmmm….. sy doakan akak sntiasa dbwh lndungan Allah
Faiz Yusoff
Kena syg ore lebih la?
AnDa seorg yg sgt tabah…bertgungjawab anak yg baik.tapi anda diuji sebegitu rupa.Alangkah beruntungnya ibubapa anda.saya doakan suatu saat nanti anda akan beroleh bahagia kerana anda layak utk mendapatnya..semoga Allah merahmati hidup anda .
Semoga Allah berikan ketenangan Dan segala kemudahan .Amin
Tabahnya hati mu kak..semoga bahagia dunia dab akhirat..Aamin.
Sedihnya. Kalau kita tahu dan boleh baca hati lelaki ni kan senang sebelom kahwin dh terus terang, supaya dia dpt lepaskan kita sebelom kahwin lagi. Hmmmm
Sazaieka Putri Sallahuddin dh bca yg ni?
Belum lg.Suka cara dia confess so positive
Itula. Memula igt lelaki. Rupanya perempuan. Teringin nk tgk finding dia
Ada someone deanne kenal ,bestfriend dia ada marfan’s tp takde complication mcmni just physical finding je ..boleh blajar kan ..
Shara Rahim
sdihnyaaa?
Tuulaa…tp dy kuat smangat..
Kak confessor,sy harap sgt akak blh pm sy. Klu tk kberatan,thank you. Sy pun marfan syndrome.
saya doakan puan dirahmati dan dilimpah kasih sayang Allah swt hingga ke jaannah.. benarlah kasih sayang manusia ni hanya sementara
Amans Bevvy
Kisah ni mmg inspirational sebab confessor seorang yg cekal dan tabah. Drpd hidup ada suami tapi asik sedih, sedih, sedih, lebih baik move on. Sy puji dia pikir pasal keluarga dia, sebab keluarga sendiri kalau kita buruk, sakit, miskin pon masih terima kita. Suami yg terus naik taraf jadi org yg harus ditaati tu, at the 1st sign of low point terus let her down n cari org lain. Saya doakan anak angkat yg diambilnya menjadi seorang anak yg soleh/solehah, pandai, bertanggungjawab dan berbudi pekerti.
My dear.. Setiap org dugaan berbeza.. Tiap dugaan dtg hadapi dgn sbr, ikhlas, n penuh ibadah..hidup ni tujuan dia redha Allah sis..yg lain hanya imbuhan..bahagia nanti disana.. Sy faham kadang bkn sekadar xsnggup bkongsi kasih tp sebab hati sakit seperti dikhianati saat dibuang kerana kekurangan.. If sis nk pm pn boleh..kdg xsggup inform mak ayah xnk mereka sedih but kita sesama Islam..xslh bg smgat.. Moga sis jumpa seratus kali lbih baik dri suami sebelum ni..Amin
Hazira Hishamuddin please google this syndrom
aku tau marfan syndrome
Alhamdulillah awak kuat
Boleh kak.boleh ambil anak angkat dan disusukan dengan susu kita.but i warn you – secara legal,proses dia payah.tambah lagi status kita ‘ibu tunggal’.boleh,tapi payah.kalau boleh baby baru lahir.ada cara untuk badan kita hasilkan susu sendiri,but the process itself is tough – akak lebih kurang sama hadapi benda ibu2 dalam pantang hadapi.malahan lagi payah.boleh contact mana2 lactation counselor kat kawasan akak.google je.☺
But for a tough woman like you?ayy gurl im sure that will be a piece of cake.i salute you!
Mengandung 5 minggu dh boleh ad susu ke?
Tak ada,biasa dalam 20 minggu ke atas baru ada,puan.tapi boleh untuk kita ambil anak angkat dan disusukan dengan susu kita.namun seperti saya cakap – agak sukar,namun boleh dilakukan.doktor akan preskripsikan kita dengan ubatan yang menghasilkan susu,namun seterusnya adalah usaha kita sendiri.perlu ajar baby latch in,perlu galakkan baby sentiasa suckle – jadi seterusnya penghasilan susu akan bertambah.
Sebab itu seeloknya jika confessor mahu ambil anak angkat dan disusukan,anak itu seeloknya bayi baru lahir.
Okay. Paham. Terima kasih untuk info. Hehe
Eduan Sabeli
malas nak baca
Ya Allah..
Ika Hadi
Anggap je la itu kifarah awak sebab rahsiakan pasal sakit awak sebelum kawen.
Sakit awak tu penyakit genetic yg boleh diwariskan pada anak tau. Jadi… (Sorry la kalau saya cakap kasar tapi i just have to say this) sepatutnya awak yang fikir sendiri sanggup ke awak, kalau masa tu ex awak yang sakit, tapi dia rahsiakan, dan akhirnya awak dapat anak, dan anak pun sakit yang sama? In a way, awak pun dah permainkan hidup ex awak dulu. Jadi anggap la fair and square dah sekarang. Sorry.