Penipu4n Dalam Perkahwinan

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Aku perkenalkan diri aku Melur. Mempunyai dua anak yang masih kecil dan baru sahaja bercerai dengan bekas suami aku yang aku namakan Badigol.

Aku ceritakan sedikit awal perkenalan aku dengan Badigol. Sewaktu aku berkahwin dengan dia dulu, dia merupakan duda anak dua (dia mendapat hak penjagaan anak-anaknya) dan aku seorang anak dara pada waktu tu.

Aku terima dia seadanya dan mak ayah aku sangat baik menerima dia dan anak-anaknya. Namun, ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ribut taufan petir melanda.

Aku ditipu dengan mengatakan punca penceraian perkahwinan kali pertama dia kerana isteri yang lari dari rumah.

Bukan aku tidak usaha untuk menyelidik termasuk menyemak no kad pengenalannya dalam laman web syariah, namun tidak terpapar sebarang kes jenayah syariah yang dilakukannya.

Aku juga pernah cuba bertanya kepada ibu bapanya serta adik beradiknya namun semua dari mereka menyorokkan perkara sebenar.

Sampailah setelah berkahwin baru aku tahu dia bercerai dengan isteri pertama kerana dia kahwin di Thailand dengan seorang perempuan Indonesia. Bekas isterinya pergi keluar dari rumah kerana kecewa dengan perbuatannya.

Hancur luluh hati aku mengetahuinya. Aku mula rasa tidak percaya dan sering kali merasa stress memikirkan aku ditipu seperti itu. Namun, aku cuba pujuk hatiku kerana pada waktu tersebut aku sudah mengandung.

Jadi selama ini Badigol telah menipu aku dan dia mendapat hak penjagaan anak-anaknya kerana die melaporkan kepada mahkamah bahawa isterinya nusyuz. Kasihan pada isteri pertama, dia kurang arif mengenai selok belok hal undang-undang syariah.

Aku sentiasa mengingatkan Badigol bahawa jangan diulang kesilapan lama. Cukuplah aku sampai akhir hayatnya. Tambahan pula sudah melahirkan anak pertamaku. Aku menjaga anak-anak tiriku dan juga anakku. Sampai satu hari, aku mendapat peluang kerjaya di ibu kota.

Ibu bapaku menasihatkan aku agar menerima tawaran tersebut untuk memastikan masa depan aku terjamin. Tambahan lagi, kerja tersebut merupakan impian aku sedari kecil.

Akhirnya aku memutuskan untuk pergi bekerja di ibu kota. Badigol bersama anak-anaknya berada di Selatan Tanah Air. Aku bawa sekali anakku tinggal bersamaku.

Aku menawarkan Badigol untuk membawa anak-anaknya namun Badigol menolak dengan alasan tidak mahu mereka jauh dengan ibu kandungnya. Setiap kali cuti, aku balik ke Selatan Tanah Air bersama anakku yang masih bayi.

Sampai satu masa aku disahkan mengandung anak yang kedua. Semuanya baik-baik saja sampai lah satu hari aku merasakan sesuatu yang lain dengan Badigol.

Aku pulang kerumah kelaminku, aku jumpa seluar dalam perempuan dan Badigol katakana bahawa ia kepunyaan ibunya yang datang kemas rumah.

Walaupun aku tidak percaya, tapi Badigol ni pandai dan licik. Untuk elak aku bertanya lebih lanjut, dia akan naik angina dulu. Sampailah aku pun malas nak gaduh. Oh ya, Badigol panas baran orangnya. Dia suka marah-marah dan sangat perahsia.

Muka Badigol ni memang nampak baik sangat, kalau korang tengok muka dia tak percaya dia kaki perempuan. Sebab muka dia tak berapa nak siap tapi mulut manis. Sampai lah satu hari, abang aku sendiri nampak dia pergi ke rumah janda anak 3.

Rupanya Badigol dah kahwin lain dengan janda anak 3 yang jauh lebih tua dari dia. Badigol ni baru umur 30 an tapi da 4 kali kahwin cerai.

Aku memang kecewa sangat bila aku tahu dia tipu aku juga yang terima dia dengan anak-anak dia. Aku rasa tak dihargai sangat. Jahatnya dia menipu aku hidup-hidup.

Aku semak dalam laman wen Syariah dana de satu file yang aku rujuk pada pejabat agama mengatakan dia telah mendaftar pernikahan di bawah ITHBAT PERNIKAHAN.

Ini bermaksud dia mendaftar perkahwinan bawah kali pertama dan bukan poligami. Badigol tidak mendaftarkan perkahwinan tersebut dibawah ITHBAT POLIGAMI. Bermaksud dia telah menipu mahkamah beserta pejabat agama berkenaan perkahwinannya.

Setelah aku siasat, rupanya dia menggunakan khidmat ULAT dalam Pejabat Agama J***r untuk mendaftarkan perkahwinannya secara salah disisi undang-undang. Hinanya kau Badigol kerana pengecut tidak jujur dalam hidup kau.

Aku pelik macam mana, pejabat agama yang sepatunya menjadi institusi yang telus dalam undang-undang Islam, namun menjadi pusat kepada penipuan-penipuan yang kotor.

Setelah aku siasat rupanya ada pegawai lantikan Exco politik yang telah membantu Badigol untuk mendaftarkan perkahwinan nya dengan cara yang paling Munafik.

Kes Badigol ni terlepas sampai dia tak melalui pun bahagian penguatkuasa Pejabat Agama J***r. Berapa banyak entah dia bayar pegawai tu untuk dapatkan perlepasan. Ingatlah hidup korang yang bersubahat dalam penipuan ni akan mendapat balasan dari Allah.

Mereka ni tak tahu ke kesan perbuatan mereka nil ah yang menyebabkan nasab menjadi caca merba sampai ada adik beradik yang terkahwin sesame sendiri. Dimana letaknya KETELUSAN kalian wahai PEJABAT AGAMA J****R?

Badigol mengatakan bahawa dia telah berniakh dengan janda tu di Thailand, tetapi tiada bukti dia masuk ke Thailand. Tiada cop di dalam pasportnya.

Jadi berkemungkinan besar, Badigol bukan hanya mendaftar perkahwinan secara salah namun dia telah menipu dokumen untuk mendaftakan pernikahan yang dibina atas air mata orang lain. Aku dah melaporkan pada bahagian penguatkuasa.

Namun, aku dapat tahu, ade juga orang-orang dia dalam bahagia penguatkuasa yang sentiasa melaporkan tindak tanduk ku pada Badigol.

Aku harap sangat Badigol dan perempuan tu mendapat tindakan dan hukuman atas penipuan-penipuan mereka. Perempuan tengah mengandung dalam umur 40 an.

Dengar aku tidak menyerang kau tetapi Tuhan akan membalas perbuatan kau atas runtuhnya rumah tangga aku.

Sampai saat ini, tiada maaf untuk kalian yang telah menhancurkan harapan aku dan anak-anak aku. Aku doa, semoga kalian satu hari nanti merasa kekesalan atas perbuatan kalian padaku.

Banyak lagi yang ingin aku ceritakan, namun cukuplah sampai disini. Aku mohon doa kalian untuk mendoakan aku dan anak-anakku.

Wahai pejabat agama, dengarlah suami kami wanita yang seringkali dianiaya dan ditipu seperti ini. Jujurlah kalian dalam melaksanakan tugas kalian di dunia ini. Kerana setiap apa yang kalian lakukan akan dipersoalkan kelak di akhirat nanti.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *