Aku Per3mpuan Murahan

Aku baru habis belajar. Baru dapat kerja kat luar negeri, tapi nampak gaya aku kena apply kerja baru. Macam susah untuk aku dapat position kat sini.

Setiap hari lepas balik dari kerja aku rasa depression sangat. Kepala aku sakit sangat. Dada aku selalu kena tepuk. Sesak dan banyak lagi lah.

Sebenarnya sakit aku ni dah lama. Dari masih kat universiti.

Tapi apa yang aku nak kongsi ni, bukan tentang kerja aku. Tapi tentang Aku.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang baik. Tapi aku gagal jaga diri aku sendiri. Maruah aku. Aku sejenis yang senang berkawan dengan lelaki & perempuan. Sebab aku pun lasak. Tapi itu dulu.

Sekarang aku banyak diam. Aku tak suka share life aku kat orang lain. Status aku yang dulu penuh, sekarang kosong. Dah tak nampak dah gambar aku kat mana-mana.

Takde sesiapa boleh tahu life aku sekarang, kecuali kalau diorang call atau ws aku. Itu pun kalau diorang ada nombor hp aku yang aku baru tukar lagi ni. haha

Aku ada kisah silam aku yang mana dari situ aku mula takut dengan semua benda. Dan sejak dari tu aku jadi makin teruk.

Dulu aku selalu video call dengan ex. Kami kalau jumpa tak pernah bersentuh. Tapi makin lama hubungan kami, kami terlanjur semasa video call. Bukan sekali. Tapi berkali-kali.

Aku dah lama putus dengan ex. Tapi kalau dia jumpa nombor baru aku, mulalah permintaan pelik-pelik dia. Sebab itulah aku tukar nombor berkali-kali.

Social Media lama aku semua aku deactivate. Aku tak nak ulang. Aku nak cuba berubah.

Alhamdulillah aku jadi semakin baik lepas beberapa bulan. Aku join bermacam-macam aktiviti islamic.

Aku sempat berniqab dua bulan. Dua bulan je? Kenapa kejap je? Sebenarnya aku tak ingat berapa bulan aku pakai tutup aurat sempurna.

Ayah aku pernah marah aku. Aku ni tak baik. Kurang ajar. Tapi pakai macam ni.

Awal-awal memang aku anggap tu cabaran aku pakai macam ni. Memang ramai akan benci. Tapi aku jujur. Aku memang tak baik. Tapi aku cuba jadi lebih baik.

Makin lama makin aku rasa aku tak layak pakai macam ni. Aku jijik. Aku derhaka dengan parents aku.

Aku jadi seseorang yang aku tak pernah kenal selepas tu. Sikit-sikit aurat aku dedah. Tak pakai handsock dah. Takde stokin tak apa.

Sekarang aku kerap free hair. Tak pakai tudung pun tak rasa apa-apa. Seksi pun aku tak kisah. Ikut korang lah nak kata aku apa. Aku pun tak kenal aku dah.

Aku ada berkenalan dengan orang luar negara. Dia baik sangat dengan aku. Tak kedekut, tak pernah naik tangan kat aku, tak baran. Tapi satu je masalah aku.

Lepas dah 2 bulan kenal. Aku buat silap lagi. Dah banyak kali kami tidur sekali. Ye salah aku. Aku tak salahkan dia. Sekarang ni aku risau je kalau tiba-tiba aku pregnant.

Aku pernah ajak dia kahwin. Banyak kali. Tapi dia tak ready physically and mentally. Aku dah pernah bertaubat. Banyak kali. Tapi aku tetap kalah dengan nafsu sendiri.

Cuba bagi pendapat kepada saya. Macam mana saya dan dia nak mudah dapat restu family kami?

Btw masa sekolah dulu abang aku pernah panggil aku PEREMPUAN MURAHAN sebab aku berkawan dengan lelaki. Hahaha cuma berkawan je tau.

Sampai sekarang aku rasa aku murah sampaikan aku betul-betul jadi murah….

Rasa nak bunuh diri je penat asyik buat dosa….

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *