Penuhi Hasrat Suami Tapi Tak Sangka Lain Yang Jadi

Aku sekadar ingin kongsikan pengalaman aku berkahwin untuk tempoh 4 tahun.

Aku sekadar nak kongsikan untuk kesedaran bukan dengan niat aku nak menakut-nakutkan.

Ini adalah perkahwinan pertama aku dan aku isteri ketiga kepada suami aku. Suami aku nikah dan cerai hidup. Aku tidak berpoligami.

Dalam tempoh perkahwinan kami tiada cahaya mata. Tiada rezeki.

Awal perkahwinan indah belaka. Apa yang aku minta dapat, nafkah cukup. Kasih sayang dan perhatian cukup. Dari segi perwatakan suami aku baik layanan pada aku.

Cuma, setelah setahun kahwin, suami aku kerap request yang bukan-bukan.

Antara yang aku ingat, dia sentiasa minta gambar aku tanpa seurat benang padahal dia di tempat kerja. Aku di rumah. Aku turutkan juga la sesekali, ada masa aku tak layan dengan alasan sibuk.

Pernah juga bila berhubungan suami isteri, dia cuba untuk rekod video. Aku beberapa kali tolak. Alasannya sekadar suka-suka. Tapi suamiku tetap tak mengendahkan.

Ada juga aku jumpa beberapa video aku, gambar aku yang tidak senonoh. Aku syak suami aku terlibat dengan video lucah. Tapi ternyata sangkaan aku meleset. Tiada apa-apa apps yang disyaki.

Akhirnya aku rela setiap kali berhubungan suami isteri, suami akan rekod aksi kami. Aku tak pernah bantah kerana bagi aku, dia hanya simpan untuk dirinya.

Dipendekkan cerita, aku bergaduh besar dengan suami dan mohon cerai dan kami bercerai.

Soalannya bagaimana dengan video2 bersama sebagai suami isteri tu?

Aku ada juga simpan dalam masa yang sama aku tak rasa ex suami aku akan delete. Cuma setakat hari ini tiada apa-apa ugutan dari ex suami.

Korang ada tak pengalaman begini? Apa tindakan korang. Ada juga chat dia, dia kata dia dah delete tapi aku rasa tak percaya.

– Lela (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *