Aku linda, bukan nama sebenar, masih bujang. Umur aku 27 tahun ni dan dah bekerja. Dulu aku excited sangat nak kawin, sangat excited, sampaikan tak kisah siapa bakal suami aku, pada aku, asalkan dia terima aku, itu dah cukup.
Tapi sekarang, pendapat aku berubah 360°, aku tak percaya lelaki, aku benci perkahwinan, sebab ayah aku…
Aku anak sulung, aku yang menjadi saksi kekejaman ayah dekat mak, ayah tak mampu tapi tetap nak kawin lain sebab nak anak. Anak kandung. Aku anak angkat.
Ayah kawin masa aku umur 17, menangis mak aku masa dapat tau, itupun sebab mak terbaca sms dari kawan ayah yang ucap tahniah dapat anak lelaki. Lagi 3 hari nak raya. Dan sungguh suram raya kami tahun tu.
Mujur mak kerja, ada duit sendiri, sebab gaji ayah memang tak cukup, lepas aku habis belajar, ayah berhenti bagi mak nafkah, sebabnya mak tiri aku yang pegang duit dia.
Mak banyak kali minta ayah ceraikan dia, tapi ayah taknak, mak tanya kenapa, sayang mak ke? Tapi jawapan ayah buat hati aku hancur, apatah lagi mak, kan?
Ayah cakap sebab tanggungjawab, mak sedih ayah tak hargai pengorbanan mak, bukan mak minta banyak, ayah cakap sayang pun mak dah happy.
Mak sayang ayah, aku suruh mak minta fasakh pun mak taknak, aku sakit hati tengok ayah gunakan mak. Nafkah tak bagi malah mintak lagi kat mak.
Aku ni bukanlah kaya, sederhana je, harta takda, rupa biasa, aku hidup berdikari, tak bergantung pada sesiapa. Alhamdulillah. Aku takut nanti, bila aku kawin, suami ambil kesempatan pada aku, sekarang ni aku tengok lelaki yang berkualiti makin pupus.
Ada pendidikan tapi malas usaha, tahu makan tidur, kerja memilih, bila ada sijil, taknak kerja kuli, nak kerja ofis, bila tak puas hati, senang je berhenti kerja. Tak bertanggungjawab, tak fikir keluarga, sangat pentingkan diri.
Aku tak tahu penyakit apa tapi aku takut, aku dah penat hidup susah, sekarang aku boleh beli apa aku nak, aku takut bila dah kawin aku dapat suami yang tidak bertanggungjawab, aku tak minta kesenangan dunia, tapi biarlah yang menyenangkan hati.
Apalah sangat kudrat seorang perempuan, lepas tu dapat gaji kena ganti tempat suami, suami tak ambil tahu hal nafkah. Aku takut. Aku tak kuat macam mak. Aku sanggup tak kawin. Aku bukan materialistik, aku taknak di ambil kesempatan.
Wujud lagi ke lelaki yang berhempas pulas, membanting tulang empat kerat untuk sara keluarga? Wujud ke? Atau hanya ada lelaki yang tahu mengayat, mengenyit mata dan ada hati nak kawin empat?
– food lover
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
cerita awk dah nak same mcm saya .. =(
Maaf kami lelaki
Ada je, tak yah negatif sgt. Ni la realiti kehidupan. Belajar dari pengalaman. Not all men same.
Wujud. Jenis macam ni tak heran dengan kau. Depa buat bodoh. Yang jenis pandang-pandang kau tu jenis mengayat.
Oo ptutla…kaki ngayatt klo cmtu
Hang budak uia kan? Pernah kena nasihat “jaga aurat, jaga pergaulan, jaga solat” ngan laki? Tu bukan ikhlas sangat. Nak ngayat je tu. Depa tak cakap macam tu pun dengan kawan laki depa. Ngan perempuan, jadi pencetus ummah.
Hahahahaha
Kannn…
ade je yang ok. tp mana ada orang pandang sangat XD
Wujud. Bukan semua lelaki sama. Tapi….berdoalah agar dipertemukan dengan yg baik2 sifatnya insyaAllah
Wujud.iaitu bapak aku.(ayah). :)
Give me 5! I feel you.. But here I want to stress out: jangan risaukan kita punya masa depan. Kita bukan ahli nujum. Apa ug penting, kahwin itu sunnah.klau takut, bagitawla Allah. Relax suda. Jalani sisa2 hidup ini dengan penuh relax. Heu
Kan..ayah aku baik ..tapi nak cari orang yang baik mcm dia tu punyalah payah -_-
Hampir2 sama ngan kisah kuarga sy..
jangan menilai sesuatu itu dengan menhukum keseluruhan..kalau sorang lelaki jahat..adakah semua lelaki jahat..dak..setiap sesuatu tu berbeza..
Wa, suda matang ya dikman…haha…kbye
haha..baru mimpi..
Ko setiap minggu cmtu..haha
haha…malas nak bersastera sebenarnya…skrg nak feeling lu..berangan..cinta..haha
Kau tanya wujud ke tak kan lelaki berhempas pulas bagai untuk sara family? Ada, ayah aku.
Win comment ko
Dik, takkan ko nak suruh ayah ko kawen dgn akak ni. Hehe. Jgn marahhh.
Nk mak tiri la ni..huhu
Taknak lah. Pernah gaduh dgn janda tua. Tobattttt. Hahaha.
Allah tu kan jadikan lelaki perempuan berpasangan. Takyah fikir kan nak kahwin ke apa, nnti ada ler tu jodohnya yang melengkapi kita. Tak semestinya dah kahwin, betul itu jodoh kita sampai syurga. Kadang2 ada cerai tgh jalan. Tu sbb kena selalu doa, jodoh ni berkekalan hingga syurga. :) Bukan sampai anak cucu jerr.
1) Berkahwin tu satu sunnah , Nabi menyuruh umatnya berkahwin , dengan harapan bertambahlah keturunan dan umat Islam.
2) Sis mungkin trauma dan fobia dengan lelaki atas apa yang terjadi pada ibu sis , tak percaya pada lelaki dan sebagainya , tetapi percayalah kat luar sana ada ramai lagi lelaki yang baik-baik belako , jangan percaya mulut orang atau ikut fikiran sendiri kata lelaki berkualiti dah pupus , buang pemikiran ni jauh-jauh , ramai lagi yang baik InshaAllah. Buat solat istikharah dan doa kepada Allah agar dapat jodoh yang baik-baik.
3) Allah kata Dia ciptakan setiap makhluknya berpasang-pasangan (rujuk Al-Quran) , banyak manfaat yang sis dapat apabila mendirikan rumah tangga , InshaAllah banyak.
4) Berkahwinlah , jangan kerana peristiwa ibu bapa sis tu , sis taknak kahwin , jangan disebabkan itu sahaja. Kita ada Allah , minta pada dia , takkan sis taknak ada anak dan teman ? Sanggup hidup sorang-sorang sampai ke tua ?
5) Ni tulis panjang-panjang ni harap-harap sis bacalah , Hahaha. Selamat hari raya , maaf zahir batin.
Wujud. Tp sgt rare. Last lelaki yg aku kenal adalah ayah aku. Yg keje keras siang mlm utk sara family. Yg x pernah mengeluh. Yg x kisah ke dapur tlg mama masak. He is the best man in the world!! Semoga aku dpt suami bertanggungjwb mcm ayah
alhamdulillah..
Sume laki xsama
wujud.. masih wujud. :) tp mcmana2 pn kita memang tak boleh bergantung harap pada sesiapa pun kecuali Allah. saya rasa, semuanya orang diuji supaya mereka belajar bagaimana untuk bergantung harap sepenuhnya kepada Allah. bulatkan hati hanya untuk Allah.
just sharing my thoughts :)
Abah…..
Masih wujud sis, bkn semua lelaki sama. Peace ✌
Kene bnyk brtawakal dan serahkan segalanya pd Allah.siapalah kite utk menidakkan jodoh yg dh trtulis.but still we can put effort dgn brdoa bnyk2 n jage diri.Allah maha adil.bersangak baiklah dgn Allah.
Nur FatihatulHusna Nur Munirah
Wujud, tapi dah hampir2 pupus. Majoriti tak berkualiti. Kalau dpt yg berkualiti di zaman skrg ni mmg bertuah sgt tu
Ada jodoh yg baik kawenlh x de it’s ok…doa spya diberi kekuatan
Sy da.jmpa depan.mata…. Lelaki xpuas hati je berhenti kerja…. Alasan nk keja biar hati sng…. Pdhal keje da bgs…. Padahal byk hutang kene langsai….Bile da berhenti menjajau cri kerja y baik, merungut, n pnjm duit sana sini…. Bile nasihat tahan sikit…. Sabar…. Then kita dgrlah alasan…. Ko xrasa apa yg aku rasa…. Cehhhhh….
Wujud,tapi susah nak jumpe,coz bila dah jumpe suri hidup mereka, mereka akan abadikan diri utk suri hidup mereka ni. Dan jalankan tanggungjwn mereka sebaik mungkin. Jadi of coz la mereka takde masa nak mengayat or pancing ppuan lain, sebab yg berkualiti mmg sush nak jumpe,means bkn takde tapi dah jadi kepunyaan org.
masih wujud lelaki yg baik tp boleh kire dgn jari sbb spesis tu dh hampir pupus :)
Wujud.. Tapi tapi tapi… 60% dh jd ayah/atuk org, 20% dh jd suami org, 15% bujang yg still commit xnak kawin lg atas faktor2 t’tntu, 10% masi ‘training’ utk prepare jd lelaki yg b’tanggungjawab, 5% lg masi ‘otw’ utk next generation punya stock.. Huhuhuu
Uih..da ade statistik da
Mathematician ni. ??
Setuju..ayah dah perfect 10! Tp impossible nk cari mcm ayah. Adik2 pun xikot jejak ayah lol.. #dilemaperempuanzamansekarang
300% agree.. I’ve been thought the same experience sis… Makin pupus? Yes.. But xsemua lelaki mcm tu.. Moga sis bertemu jodoh dgn insan yg benar-benar bercita2 membawa hawanya ke syurga.. N sama2 niat bernikah kerana Allah.. Always doa n trust in Allah…
Wujud. Diawal ambang perkahwinan biasalah baru nak hidup x senang mana…tapi dah senang bkn pula tiket utk kawin no 2! Setiap anak yg lahir itu Allah swt akan kurniakan rezeki…sbb tu bila anak dah masuk tiga gaji makin naik..ada je sumber halal pendapatan…..
Ini pengalaman aku…niat hati mmg lah kawin dua tiga syok…syok kejap..pp enat tu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Muhammad Hafizuddin
Abdul Qahar Muzakkar Mamesah bace nie
sya kerja xde la kuat tapi boley tngok separuh badan sya tebako dek matahari tuk mncari sesuap nasik…
wujud , tp jodoh tak datang bergolek kena ada usaha buat masa sekarnag kalau dah rasa sempurna bahagia hidup sendiri.teruskan je la.bahagiakan mak awak dengan kesenangan titik peluh awak.at least dia x de suami , dia ada anak yg sayangkan dia
Tak wujud. Dah pupus. Kalau ada pon, very limited. 1 dalam seribu mungkin.
Lelaki mcm nie wujud…
Selalu nye lelaki nie x menonjol kan diri nye…
Dari kalangan org biase2 jee…
Tpi prmpuan skrg lebih memilih…
Nak yg ad paras rupa…nak yg berharta…semua la…jnis nak hdup bsmae trus basuh kaki jer…sbb nie dri pngalaman aku sndri…
Tak pyh kawin la. Mereput la sorg2. Don’t judge men same. Ubah la mentaliti tu. Usahakan diri cik kak tu ke arah kebaikan. Jadi baik dulu insyaAllah baru ada yg baik dan sepadan dgn diri tu. Hmmm apa punya mentaliti la. Jgn kecik hati ye.
360° tu blik tengok depan.
Wujud… doa byk byk supsya ditemukan jodoh yg baik.. doa dgn gigih..insyaAllah Allah bagi.. Dia suka bila hambaNya meminta minta..
In shaa Allah..masih wujud lagi lelaki yg bertanggungjawab..tp sukar nak jumpa..
Wujud lg lelaki yg sanggup berkorban utk family. Cuma mungkin belum rezeki kau nak jumpa. Its okay. Doa byk2..
Ada sy knl sepasang suami isteri ni,dah berumur, Org kayaa org senang. Tp isteri dia tak boleh mengandung. Tkde zuriat. Ape suami dye buat…suami n istri dia sama2 menyibukkan diri dalam kerja amal dan bdn2 ngo. Bantu palestin..bntu gerakkan dakwah2. Tu lah komitmen kedua terpenting mereka. Hebatnya depa…
Feel you sis. Same thought :(
mcmana. pon,niat nikah tu hnya kerana Allah..dulu pk,pas kawen nk dpt ank je..pastu pe nk jd,jd r..aku leh tggung ank2 aku..knl ngn suami 8bln je..kerja pon dia ckp sapu sampah,ade aku kisah ko sapu sampah??now dh 6thn and 2 princess.alhamdulillah.masih bergelar isteri..hihi..ssh bt cara ssh,bila sng kite berpada2..so jgn takut nk kawen..doa byk2 k..
Sis, aku fhm kau trauma. Tapi xsemua lelaki jahat, xbertanggungjwb. Masih byk yg baik, bkerja keras demi keluarga. Ayah dan abg aku bkerja keras cari duit. Sampai lewat malam balik rumah hanya sebab nak sara kami sekeluarga. Pandai2 la cari suami. Jgn tgk muka atau tgk penampilan terus beranggapan lelaki ni baik and vice versa. Kbai
Rase macam aku tapi bukan bab flmy dy tp bab yg x nk kawen tu Nur Syahira
takot sebab laki tak blh tggung kite..kite yg kne tggung dia.
Ada je lelaki berkualiti. Mungkin kau dh friendzoned diorang kut
InsyaAllah wujud. Berdoalah sungguh2
Inshaallah ada sis. Ko doa n solat banyak2x. Kwn ak ada gak ala2x kisah mcm ko. Alhamdulillah dah kawen anak 1. Hepi sbb suami dia bertanggung jwb
Cuba baca doa syifa pembuka apa sahaja yg tertutup.. Supaya terbuka semula pintu hati utk seorg lelaki yg baik²..
Ujian pada setiap manusia berbeza