Aku linda, bukan nama sebenar, masih bujang. Umur aku 27 tahun ni dan dah bekerja. Dulu aku excited sangat nak kawin, sangat excited, sampaikan tak kisah siapa bakal suami aku, pada aku, asalkan dia terima aku, itu dah cukup.
Tapi sekarang, pendapat aku berubah 360°, aku tak percaya lelaki, aku benci perkahwinan, sebab ayah aku…
Aku anak sulung, aku yang menjadi saksi kekejaman ayah dekat mak, ayah tak mampu tapi tetap nak kawin lain sebab nak anak. Anak kandung. Aku anak angkat.
Ayah kawin masa aku umur 17, menangis mak aku masa dapat tau, itupun sebab mak terbaca sms dari kawan ayah yang ucap tahniah dapat anak lelaki. Lagi 3 hari nak raya. Dan sungguh suram raya kami tahun tu.
Mujur mak kerja, ada duit sendiri, sebab gaji ayah memang tak cukup, lepas aku habis belajar, ayah berhenti bagi mak nafkah, sebabnya mak tiri aku yang pegang duit dia.
Mak banyak kali minta ayah ceraikan dia, tapi ayah taknak, mak tanya kenapa, sayang mak ke? Tapi jawapan ayah buat hati aku hancur, apatah lagi mak, kan?
Ayah cakap sebab tanggungjawab, mak sedih ayah tak hargai pengorbanan mak, bukan mak minta banyak, ayah cakap sayang pun mak dah happy.
Mak sayang ayah, aku suruh mak minta fasakh pun mak taknak, aku sakit hati tengok ayah gunakan mak. Nafkah tak bagi malah mintak lagi kat mak.
Aku ni bukanlah kaya, sederhana je, harta takda, rupa biasa, aku hidup berdikari, tak bergantung pada sesiapa. Alhamdulillah. Aku takut nanti, bila aku kawin, suami ambil kesempatan pada aku, sekarang ni aku tengok lelaki yang berkualiti makin pupus.
Ada pendidikan tapi malas usaha, tahu makan tidur, kerja memilih, bila ada sijil, taknak kerja kuli, nak kerja ofis, bila tak puas hati, senang je berhenti kerja. Tak bertanggungjawab, tak fikir keluarga, sangat pentingkan diri.
Aku tak tahu penyakit apa tapi aku takut, aku dah penat hidup susah, sekarang aku boleh beli apa aku nak, aku takut bila dah kawin aku dapat suami yang tidak bertanggungjawab, aku tak minta kesenangan dunia, tapi biarlah yang menyenangkan hati.
Apalah sangat kudrat seorang perempuan, lepas tu dapat gaji kena ganti tempat suami, suami tak ambil tahu hal nafkah. Aku takut. Aku tak kuat macam mak. Aku sanggup tak kawin. Aku bukan materialistik, aku taknak di ambil kesempatan.
Wujud lagi ke lelaki yang berhempas pulas, membanting tulang empat kerat untuk sara keluarga? Wujud ke? Atau hanya ada lelaki yang tahu mengayat, mengenyit mata dan ada hati nak kawin empat?
– food lover
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Masih ada lagi lelaki yang baik2. Nasihat saya , klu nak mncari suami , Biar miskin harta benda , tapi kaya dengan ilmu agama .
Tu pndapat bg org yg xde iman..smua kputusan mgikut hati,perasaaan n hasutan syaitan..tidak smua laki2 mcm tu..
Masih wujud sis..masih ada lelaki yg mcm tu..jgn bhenti mencari dan berdoa..jgn trlalu fkir negatif, fkir yg baik2 dlu..sy pun brasal dr kluarga yg mcm sis, sama je..mak kena tgal sbb ayah nk kawen pmpuan lg muda, bkerjaya..mak sy x kerja masa kna tgal dgn abah,mak kna tgung 5 anak, adik bongsu sy bru umur stahun dan kakak sy sdang amik stpm msa tu, mak bsarkan kami dgn berniaga goreng pisang tepi jalan.. alhamdulillah smua ank2 mak berjaya masuk universiti..lah tahzan sis, jgn bersedih..Allah xkan plih kita lalui takdir ini klu kita x kuat..smua apa yg jadi ada hikmahnya..percayalah..kami adik beradik masih smngat nk kawen walau ada trauma masa kcik alhamdulillah sy juga dah jmpa lelaki yg sgup bhmpas pulas mcari rezeki..siang kje pejabat, mlm buat kje online spaya kami anak branak hdup slesa, dia xda baju raya tkpa asalkan ank dan isterinya ada bju raya, bsar pngorbanan suamiku..sis jgn takut utk bkhwin ya..x semua lelaki jahat..sbb lelaki mcm tu masih wujud..
Banyakkan doa banyakkan sedekah in sya Allah dapat jodoh yang baik.
Tertanya2 soalan yg sama gak.. i feel u sis. Sbb kalau dilihat, memg realitinya skrg, susah nak cari lelaki yg benar2 tahu tanggungjawab seorg lelaki. Kalau lihat sekeliling, byk dah kes yg xbg nafkah, yg ambil duit isteri pun byk . Nauzubillahiminzalik
InsyaAllah wujud
Bnyak lagi lelaki yg baik dlm dunia ni.. insyaAllah.. semoga rezeki awak jumpa lelaki yg baik2..
Kahwin jelah…jangan cari yang bukan Islam syorkan..kalau dah nama kapel memang harapan lah
Masih wujud,hari2 berdoa ketika solat dan kualiti kan diri selayaknya utk mendapat lelaki yg jujur dan soleh… Insha Allah.. perancangan Allah adalah sgt tepat… bila n tika waktunya…
Masih wujud. Percaya lah. Doa yg baik2 agar dipertemukan dgn org yg baik2. Minta di jauhkn drpd org yg xbaik. Perbaikilah diri menjadi yg terbaik agar dipertemukan dgn yg baik juga. InsyaAllah. Jangan takut
Mak tiri awak(perempuan) berkualiti ke sampai ‘pegang’ duit ayah? Makin lama makin meluat pulak perempuan bajet bagus nak cakap lelaki kualiti makin pupus. -.-