Salam semua dan selamat hari raya.
Saya suka baca confessions yang pelbagai kat page ni, macam-macam nasihat baik yang dapat diperolehi berbanding pege yang lain. Oleh itu, saya beranikan diri untuk buat confession berkenaan masalah yang saya hadapi kat page ni, harap admin siarkan confession saya ni .
Saya seorang perempuan yang bakal berkahwin pada tahun hadapan dengan tunang yang saya cintai. Untuk berkahwin, semestinya kita perlukan duit yang cukup kan? Jadinya, saya dan tunang saya sekarang ni masing-masing tengah kumpul duit untuk kahwin. Family saya ni lain sikit, kalau nak kahwin yang perempuan pun kena tolong sama kumpul duit supaya memudahkan urusan kedua-belah pihak. Walaupun tunang saya berkemampuan untuk membiayai majlis sebelah saya, tetapi ayah saya ni tegas nak ajar saya erti susah payah lelaki kumpul duit untuk kahwin. Jadinya, ayah suruh saya belajar kumpul duit dan duit tu kalau tak nak guna untuk kahwin boleh guna lepas kahwin nanti.
Masalahnya di sini, saya ni ada penyakit shopping yang teruk jugalah. Tunang saya sendiri mengaku yang saya ni susah nak kumpul duit disebabkan penyakit shopping saya ni. Penyakit shopping ni bermula sejak saya putus cinta buat kali pertama di IPT. Selalu orang putus cinta dia legakan perasaan dengan makan banyak kan? Saya pula pi shopping sana-sini. Bila shopping beli baju, kasut semua tu saya jadi lega dan happy! Stres saya hilang dan benda ni lama-lama jadi kebiasaan.
Penyakit shopping saya macam ni. Bila saya dah ada duit, saya selalu buat bajet. Bajet shopping sekian-sekian, makan sekian-sekian. Kononnya nak pi mall harini beli baju satu je, kasut satu. Saya siap tulis atas kertas genggam kertas tu time shopping supaya saya beringat. Pastu tulis kat phone juga konon supaya lebih berdisiplin. Tapi, bila saya pi mall nampak baju kasut sume, saya dah lupa tujuan asal saya! Saya jadi tak keruan. Mula-mula beli baju je satu, pastu nampak lagi baju lain yang cantik kemudian dah terbeli dua tiga baju. Pastu bila lalu bahagian kasut, mesti waktu tu pulalah kedai tu buat promosi beli satu percuma satu. Tak pun diskaun macam-macam. Kepala otak saya cakap tidak, tapi kaki dah masuk dalam kedai, tangan dah pegang kasut. Akhirnya terbeli jugak. Pastu selalu beli mesti bukan satu tapi dua pasang terus. Kemudian dah beli kasut dan baju, mesti terfikir nak cari handbag lah. Konon bagi lengkaplah. Ikut match warna bagai. Akhirnya, selepas shopping tu baru saya perasan saya kena rujuk kertas saya genggam tu. Tapi kertas tu dah hilang entah ke mana.
Setiap kali shopping macam tulah gaya saya. Memang nampak normal, tapi saya ni kadang keluar tiap minggu padahal nak teman kawan makan je. Tapi balik rumah dah banyak pula beg di tangan ni haa~ Saya pernah berperang dengan beberapa orang perempuan sewaktu shopping. Bila shopping dengan tunang saya, dia selalu stres juga melayan saya. Kadang sepanjang kedai dia bercerita saya ya ya je padahal mata tengok baju lah sale lah. Pernah sekali tu, saya dah pilih baju yang saya nak, saya tak jumpa dompet saya. Lahh rupanya tunang dah bawa lari menyorok pi kedai lain supaya saya tak beli. Mula-mula marah jugak kat dia tapi bersyukur sebab baju tu bukannya nak sangat pun. Saya cuma terasa baju tu panggil-panggil kat saya suruh beli.
Memandangkan saya dah nak kahwin, saya cuba bermacam-macam usaha untuk lawan perasaan ni. Saya tak keluar pi mall, tapi bila buka facebook, insta, dah jadi online shopping pula. Bila saya unfollow segala mak nenek instashop dan fb, kawan-kawan pula tag saya macam-macam baju ntah pape. Buat pengetahuan anda, duit shopping ni kebanyakannya guna duit saya sendiri. Tunang saya jarang nak belanja sangat sebab katanya nak didik saya simpan duit. Segala baju, kasut dan handbags yang saya beli bukannya saya pakai sangat pun. Kasut saya sangat banyak sampai boleh buka kedai kot ( saya ni gila kasut ). Kadang-kadang saya bagi kat akak ngan adik dan kawan-kawan. Tunang saya selalu nasihat, "kaki ada dua, tapi kasut-kasut awak ni macam awak ni ada seratus kaki kalah semut." " Nak kahwin dengan saya ke, nak kahwin dengan kasut? ke handbag?" Sejak dia buat sindiran tu, saya berjaya juga berubah sikit-sikit untuk kumpul duit. Oklah kan?
Jadinya, saya nak tanya ada tak tips yang korang boleh bagi untuk saya supaya TERUS BERDISIPLIN simpan duit memandangkan saya dah berjaya sikit-sikit lawan perasaan shopping ni? Huhu.
– MISS SHOPAHOLIC
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Guna lah formula
1. ‘keperluan’ ke ‘kehendak’? Kalau kehendak, xyah layan sgt perasaan tu even ada sale/discount. Unless memerlukan sangat2.
2. barang/benda sblm ni masih boleh guna tak? Kalau masih elok…cut. Xyah beli.
3. Check balik tujuan nk beli tu. Penting ke? Ke sbb nak puas kan nafsu shopping? Atau nk tunjuk/bergaya sahaja?
4. Fikir balik…duit bukan senang nk cari. Lepas kahwin laaaagi byk duit nk pakai.
=)
Tipsnya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Bnykkan istighfar…
Tips dia jangan singgah shopping complex langsung. Beli barang dapur kat pasar ngn kedai runcit je.
tiap kali ad urge nk beli.. ckp dgn diri ‘xpe, next time’ kau tangguhlah niat nk beli tu smpi benda tu sold out. kalau shopping apps pun.. kau just tgk je.. like tapi ckp.. ‘nnt lah….’
bukak 1 acc, bg tunang/parents (yg lebih dipercayai) pegang segala kad ke buku ke apa2 lah asalkan xleh withdraw or any online transaction.. everytime ada duit, buat bajet, selebihnya terus masuk dlm acc tu.. kalau beria buat bajet kekonon la shopping 200, tp dlm tgn or bank ada 1000, nescaya 1000 tu lah bajet shopping anda.. kalau x pun tabung pun xpe.. asalkan yg duit boleh masuk je, keluar xleh..
1. Cakap dkt diri, “perlu ke benda ni?, gerenti ke aku pakai lepas beli ? Nak beli baju ni, untuk event ape? Nak pakai time bila ?” . n so on haha.
2. Serah segala duit kt org yg kita percaya. Suruh tlg jagakan. Contoh parents. Ckp utk duit kahwin. Kita just amek 5-10% utk duit mkn je. Acc dlm bank pun buat cmtu. Serah ke parents. Nak elak online shopping. Kalau da kawen nnt, suruh husband jagakan duit tu. Terpulang.
3. Hadkan pembelian. Contoh sebulan 2 helai baju, 2 helaiseluar etc. DALAM SEBULAN je tau. Nnt lagi byk lambakan baju. Buat semak je
4. Duit yg byk tu, baik simpan emas. Untuk kegunaan masa depan sbb kalis inflasi.
5. Sale2 yg ada tu, kdg2 marketing strategy je. Contoh kasut buy 1 free 1. Harga yg tertera pulak rm69.90. So sebenarnya tiap pasang tu rm30 something je. Sengaja nk suruh awk beli 2 sekaligus. Tak payah laa. Membazir je. hehehe. Kasut nnt kalau tak pakai, lama2 mkn diri tau.
6. Buat mcn safiey ilyas. Sebelum dia beli brg (contoh berharga rm300), dia akakn sedekah ke org rm300 dulu, baru dia beli benda tu. So dlm tgn dia, kena ada rm600 sblm beli apa2 brg. Kira mcm susah sikit la nk spend sbb kita kena sedekah dulu, barubdpt apa yg kita nak. Ni boleh tahan diri kita dari berbrlanja lebih. At the same time, dpt pahala sbb sedekah
Dulu saya ada masalah yg sama jugak. Asal stress je beli baju, kasut, accessories etc…tapi, bila saya gembira, mood nak shopping tu hilang. Saya dah try buat list barang, disiplinkan diri tapi nafsu shopping jugak yg menang. Lama jugak ambil masa nak pulihkan masalah shoppaholic ni. Apa yg saya buat adalah; kurangkan ke mall, online shopping – browse barang, baca review, masuk barang dlm order cart, baca review lagi tapi saya tak terus bayar barang dlm order cart tu. Bila dah penat browse barang, end up saya dah taknak dah barang tu sebab lepas masuk dlm order cart, saya nampak banyak lagi barang lain yg best dari website lain…satu lagi cara, awak analyse balik barang tu mmg keperluan ke atau kehendak? Kalau tak ada tu ada effect teruk ke? Atau, awak dah ada barang yg lebih kurang sama jer. Dan, saya jenis susah hati kalau duit dalam akaun kurang. Letak target sebelum dpt gaji seterusnya, duit dlm akaun mesti ada RMxxx sebagai backup (utk kes emergency – kereta rosak, accident, demam etc). Bila gaji dah masuk, duit lebihan gaji sebelum ni boleh simpan dlm bank utk kahwin…atau mcm kes saya utk yuran belajar. Good luck dear!
Salah satu tips yg saya tgok dlm tv bila beli satu brg baru kena lepaskn/jual balik brg lama
1. Cari ilmu kewangan
2. Ada matlamat kewangan
3. Boleh try follow sifu2 kewangan kt bawah ni.. Insya Allah membantu..
Harith Faisal
Amir Syahir
Abang Ensem
Azizul Azli Ahmad
Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Zaidi Ismail
Terima kasih , masalah ini kena jumpa doktor psikologi , bukan perancang kewangan kerana tuan punya diri ada masalah dalaman (hati & perasaan) , kena jumpa doktor buat terapi.
Macam macam masalah pelik muncul skrg ni.
tak dapek den nak nolong kalo kalah ngan nafsu…. uhuiiiiiiii pi tgk fesbuk raja shamri – thirdforce bagaimana dorang nolong org yg susah.. tgk video dr syriacare mcm mana org kat sana mkn rumput ja.. akhir kata tepuk iman, kalahkan nafsu…
Hahaha maaflaa rasa gelak je hehehe
Escapism. Gunakan shopping utk fix your mood( sbb mula addicted start dr clash) . Cuba tahan nafsu pd worst day nk membli. Once blh kawal, then hari2 lain yg less teruk, nnt blh kawal. Jgn lari dr masalah sbnr. Face your problem dan buat tindakan
Haha kadang2 layan Becky Bloomwood pun best juga
Haha…sama la, saya pon start jadi kaki shopping ni lepas putus cinta.tp saya lain sikit, saya bukan jenis akan masuk kedai tgk2 walaupon xde tujuan.saya akan ada benda dulu nk beli baru g cari.the problem is saya suka barang branded2.haha…sekali shopping bole melayang tujuh lapan ratus.tapi item yg dibeli 2-3 je rasanya sbb bila putus cinta, kita nk upgrade diri sket supaya rasa better dr ex…huhu
Atyqah Rose. HAHAHAHAHAHAHAHA HG KE NI?
Tahla dik. Akak senang je. Rasa2 dtg nafsu nk ngabiskan duit tu, duduk dlm rumah jangan pergi mana2. Duduk la diam2 dalam rumah tgk TV and baca buku and distract diri sendiri. Yg penting jgn keluar rumah.
Irdina Rosli hahahahah. Susah kot nak kawal
Bace ni teringat movie “confession of a shopaholic”…mcm same je hehe