Untuk part I, (https://iiumc.com/penyondol-bak-cendawan/).
Hi korang. Aku Daisy. Terima kasih yang mendoakan aku dan anak. Aku jawap secara ringkas persoalan korang ya.
Ya, Ika itu cikgu. Bekerja di Shah Alam. Tapi dia bukan janda. Umur dia muda lagi. 20 an. Tapi mungkin pengalaman dia dengan lelaki lebih baik dari aku. Aku boleh cakap dia ‘murah’.
Kenapa ‘murah’? Apa yang aku tahu (beserta bukti) dia memang share gambar gambar naked dia dekat mana mana lelaki yang dia rapat.
Even buat ‘servis’ dalam kereta. Ika dengan aku dua orang yang sangat berbeza. Dia lebih pendek dari aku, lebih gelap, terlampau kurus atau sekeping. Aku rasa taste suami aku semakin bukan bukan sekarang.
Sebelum keputusan becerai dibuat, aku dah cuba yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga aku. Termasuk slowtalk dengan keluarga si ika ni. Melalui kakak dia. Tapi tak jalan apa. Mungkin pada kakak dia, aku dah nasihat. Selebihnya bergantung pada adik dia.
Sambung part bercerai, aku dengan suami becerai secara baik. Sangat baik. Sampai, dekat court ramai yang tegur ‘betul ke nak cerai’. Aku sebenarnya penat. Sebab apa yang aku rasa bukan sebulan dua. Bertahun lama.
Aku pujuk untuk becerai. Suami aku ketika itu konon tunjuk menyesal dan ikutkan apa aku nak. Sebenarnya dia dah gatal sebab scandal dia dah nak duduk dekat dengan kami. Sebab tu dia mudahkan semua urusan penceraian.
Masa lafaz tu, dia menangis teresak esak keluar hingus. Aku? berdiri tegak diam. Dalam hati aku, mesti orang fikir aku yang kuat dan dia yang terlampau sedih. Sedangkan, itu semua lakonan.
Habis becerai, dia berjanji yang akan betulkan balik. ‘Abang akan dapatkan sayang balik, macam zaman kita bercinta dulu. Kita mula semula dari awal’. Itu janji dia.
Sebelum aku sambung, korang kena fahamkan kalau korang duduk dalam hidup aku. Aku, pernah jadi gf, tunang, isteri dia yang setia. Lebih 13 tahun. Dan aku baru lepas deliver baby.
Hormon aku dari pregnant, selepas bersalin terganggu dengan masalah masalah ni. Untuk seorang ibu baru. Aku pun ada fikirkan nasib anak aku yang tersangat la kecik lagi time tu. Jadi aku take serius untuk ayat yang dia janjikan.
Aku ceritakan pulak kenapa 2 tahun pun cerita dia ni tak habis.
Hari berganti bulan. Jangan kata mesej, call pun tidak. Duit nafkah anak semua aku settle. Hampir tiap malam aku meraung menangis. Saksi aku ketika tu, kawan baik aku.
Dia teman aku dari hari pertama aku becerai. Pukul 2, 3 pagi aku menjerit menangis. Terasa rindu, rindu tak terucap. Menagis kenapa jadi macam ni. Apa kurangnya kehidupan kita. Kesiannya baby aku. Mental breakdown.
Korang ingat kan yang aku cakap kiteorang ada semua password masing masing. 1 malam, aku saja cuba bukak media sosial dia. In case dia belum tukar password. Dang! Boleh bukak.
Berbulan lama dia diam, rupanya tengah bahagia bak orang baru berkahwin. Sedih nya aku.
Sedih sebab dia lupa janji dia. Sedih sebab dia tak kisah segala tentang anak dan tentunya sedih tengok dia bahagia. Jadi aku bangkit.
Sebelum ni aku tunggu dia. Sekarang aku cari dia untuk dia lunaskan nafkah anak. Alasan dia takde duit. Tapi berdating ada pulak duit kan?
Jadi aku mintak family dia. Ni pun atas nasihat keluarga aku. Pastu aku kena hentam ‘gila talak’ dengan mak dia. Start tu aku tak meminta dah. Enough.
My mom cakap ‘Daisy, kau kawan la dengan sesiapa. Berkawan je. Untuk kau alih perhatian sikit dari sedih tu’ Kebetulan, kawan lama aku datang. Dia cakap yang lama dia tunggu aku.
Dia masih single. Kiteorang berkawan. Cerita ni sampai ke telinga Ali. Dia jadi tak keruan. Baru tahu erti datang rumah, pujuk, merayu. Dia cakap dengan kawan baik aku ‘Ye, memang Ali gila talak’.
Dia ke rumah mama ayah aku dan merayu menagis dengan mereka. macam aku cakap, aku masih fikirkan apa yang terbaik untuk anak aku.
Aku maafkan dia, dengan syarat buktikan perubahan dia.
Hari hari dia spend masa dengan anak & aku. Nickname kami pun dh bertukar macam sebelum becerai. Dia cuba yang terbaik untuk ambik hati aku. Tapi, instint perempuan, kenapa aku rasa dia masih ‘takde’. Bab anak dah cantik dah.
Tapi bab diri aku, dia tak kisah pun. 4 bulan after, baru aku pegang semula phone dia. Dan kantoi semula dia masih dengan perempuan tu.
Dia cakap dengan ika tu dia buat semua ni demi anak.(Berbaik dengan aku) Aku mengamuk dalam kereta. Kenapa? Kenapa tak habis lagi? 1 je ayat dia buat aku tergamam and sedar dari lamunan ‘Kita bukan ada apa apa relation pun!!’
Start tu, aku tak pandang belakang. Aku fikir anak dengan aku je. Tapi dia, suka suka dtg rumah, keluar masuk. Masih tunjuk konon dia care dengan kami. Tolong bisnes aku. Tolong aku setel hal anak.
Aku tengok profile si ika tu tengah bergaduh dengan si Ali ni. Kantoi si Ika ni ada lelaki lain yang dia buat servis tu. Dalam hati aku, patot la baik dengan aku. Dengan Ali ni aku kena berbaik macam ni utk dia bayar nafkah anak.
Jadi ikutkan je apa dia buat. 6 bulan dia berbaik macam ni, aku cuba bukak hati aku. Aku tanya dia ‘Awak nak apa dari saya?’ Dia cakap ‘ Nak sayang sayangkan abang balik, nak kita jadi keluarga balik’.
Aku tak letak 100%. Aku percaya, ada lagi drama lain. 1 hari, dia balik dari outstation. Aku baru nak mandikan anak. Dia cakap, takpe biar dia mandikan. Jadi aku sambung kerja aku. Bawak keluar masuk barang nak pos esok dalam kereta.
Kereta dia park sebelah aku. Hati aku kuat sangat cakap ‘Bukak laptop dia. Bukak. Bukak.’ Aku bukak, terus ter pop out conversation dia dengan perempuan tu dekat apps yang lama. Tapi nama dah berubah. macam biasa, aku ambik dulu semua bukti.
Tapi kali ni lagi teruk. Diaorang ketawakan aku. Cakap janda buruk etc. Diaorang kutuk kutuk aku terlampau teruk. Siap compare aset badan aku dengan dia. Macam macam la. Aku naik atas, tanya dia terus, ni apa? Dia cakap tak tahu. Itu bukan dia.
Aku campak laptop dia. Berkali kali sampai bekecai. Aku suruh dia balik bawak anak sekali.
Aku tak menagis. Aku diam. Aku cakap dalam hati ‘Sabarnya aku. Apa aku buat ni. Asyik tunggu dan berharap keadaan jadi macam dulu’
Aku buang semua tentang dia. Kenangan kenangan kita, gambar, video. Aku cari rumah baru. Proceed pindah rumah lebih kecil, lagipun aku berdua je dengan anak.
Few days tu aku busy. Busy view rumah. Busy cari buyer barang rumah. Rumah lama aku fully furnish.
Aku nak masuk rumah baru yang lagi kecik, jadi kena jual banyak barang. Aku mulakan hidup baru aku dengan anak. Aku behenti kerja office. Focus pada bisnes aku. Sebab aku nak start baru semua benda.
BTW, ika tu kemain update pasal aku konon aku tak faham masalah si Ali ni. Siap cakap aku narcisis. Ika, kau belum duduk serumah dengan dia.
Kau belum kenal dia lebih 3 tahun pun. Perkenalan korang sebelum ni pun sembunyi sembunyi. Reply and call bila available. Bukan kau nampak dia depan mata. Kau tak layak nak cakap aku faham ke tak masalah Ali tu. Siapa yang sebenarnya narc?
Bila pindah, macam biasa, Ali meroyan lagi. Merayu rayu nak tahu mana aku pindah. Katanya demi anak. Demi anak atau kau nak buat macam sebelum ni? Keluar masuk macam rumah sendiri?
Sekarang dah 2 tahun becerai, si Ali masih menabur nabur ayat manis.
Masih konon konon ada. Dan Ika? Terpaling tersakiti. Rasa nak mati. Siap buat blog. Tersangat tersakiti.
Aku? Orang luar cakap ‘Kuatnya Daisy’. Hanya Allah yang tahu aku kuat ke tak. Dekat luaran aku tunjuk aku kuat.
Tak pernah nangis etc. Baru je 2 hari lepas, aku menagis sebelum tidur, aku tertanya ‘Apa hikmahnya ya Allah. Aku masih rasa sakit dan sedih’.
Aku tak rasa tenang dan aman sebab masih diganggu bekas suami yang nak ‘ikat’ aku supaya tak ke orang lain. Aku tak boleh fully hilang dari dia sebab aku ada anak bersama.
Semoga 1 hari nanti, ada seseorang yang menarik aku, protect aku dari lelaki macam tu. Aku nak kan ketenangan. Aku penat.
Aku mintak maaf kalau korang rasa aku berlembut. Memang gene aku macam tu kot. Korang doakan aku dimurahkan rezeki & diberi ketenangan dunia akhirat.
– Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit