Penyondol Bak Cendawan

Assalamualaikum. Aku Daisy (Nama samaran).

Apa yang aku nak ceritakan hanyalah untuk membuka mata wanita wanita diluar sana. Yang mungkin masih lagi bujang tapi sanggup ambik siapa saja walau pasangan orang lain atau yang mungkin telah ada pasangan tapi tak puas dengan pasangan sendiri.

Aku berusia 30 an. Seorang yang sejuk mata memandang. Lembut. Berkejaya. Romantik. Manja. Ada seorang anak. Walau dah beberapa tahun aku hadap apa aku nak ceritakan ni, keadaan semakin teruk. Orang kata times will heal kan. But not for me. Maybe..

Seketika dulu, aku ada pasangan. Pasangan yang aku kenal dari zaman belajar dulu. Kami berkawan (couple) 8 tahun, baru decide untuk berkahwin. Hubungan kami dari zaman couple memang sangat sweet romantik.

Bila berkahwin, semakin romantik. Senang cerita, orang yang nampak kami tahu kami sangat bahagia. Kami diuji dengan lambat dapat cahaya mata.

3 tahun berkahwin masih belum ada cahaya mata. Tapi kami bahagia sangat. Apa yang korang nampak dekat drama drama melayu tu memang jadi kat kami.

Ujian cahaya mata ni berat. Yang tahu je tahu. Berapa byk air mata yang kami menagis bersama. Semua cara kami dh cuba. Walau diuji dengan cahaya mata tapi, rezeki kami dari tahun ke tahun semakin baik.

Dari menumpang rumah mak mertua, kami pindah ke apartment dan akhirnya pindah ke rumah landed yang ada 5 bilik. Rumah besar besar untuk apa kalau takde anak kan?

Tapi kami perlukan ruang yang besar sebab kami juga meniaga bersama. Masa kami berdua macam orang angau bercinta. Dating, travel dan sebagainya.

Satu hari, suami berubah. Perubahan yang sangat teruk. Dia tak naik tangan or marah marah. Tapi dia ‘takde’. Kami 1 rumah. Tapi berbeza tempat. Alasannya kerja.

Contoh aku dekat ruang tamu, dia akan keluar duduk depan. Aku dalam bilik, dia duduk bawah. Tapi kami tetap tidur bersama.

Hati isteri tahu sesuatu yang tak kena. Dia tak nak sentuh aku berbulan lamanya. Alasannya kurang sihat. Selalu travel sorang dan rezeki kewangan dia semakin teruk. Ni aku cerita secara ringkas je. Ikutkan banyak drama air mata.

Tiba tiba, satu hari tu entah kenapa, aku rasa aku pregnant. Dan, betul apa yang aku rasa tu. Masa tu, rasa sedih, terkilan sebab suami berubah hilang. Sebab aku terlampau bahagia.

Akhirnya Allah bagi aku merasa untuk jadi seorang ibu. Masa aku bagitau suami aku, dia tak happy. Senyum pun tidak. Tapi ada aku kisah? Aku tunggu lebih 3 tahun untuk anak ni.

Aku ingat lagi malam tu, fikiran suami aku terganggu sampai dia terbuang telefon dia. Dia marah marah malam tu. Maki maki diri sendiri. Walhal aku tengah happy sebab aku pregnant.

Sejak awal pregnant, aku dengan suami selalu bergaduh. Kadang tak bercakap beberpa hari. Apa aku teringin dia tak cari. Barang baby semua dia tak cari. Dia marah marah bila aku sakit masa pregnant.

Masa tu, aku dapat rasa dia anggap aku beban. Start aku mengandung, dia tak tidur sama dengan aku. Selalu takde kat rumah. Aku rindukan suami aku. Kami dah lebih 10 tahun bersama. Mesti la aku rindu. Cuma aku tak faham kenapa dia macam tu.

Setiap hari aku tunggu dia masuk bilik, baru aku tidur. Aku akan buat buat tidur dulu. Dia masuk bilik dalam 3 atau 4 pagi. Baru aku boleh tidur.

Hari hari macam tu. Aku sedih. Aku perlukan sangat suami aku ketika tu. Tapi dia dah ‘takde’. Dia cakap aku tak faham dia busy kerja.

Kalau aku cuba buat romantik mcm dulu, dia takkan ada respon.

Untuk pengetahuan korang, semua password media sosial dia aku ada. Password bank semua kami share bersama. Memang aku tak jumpa benda bukan bukan.

Tapi, Allah tu Maha Baik. Masa aku pregnant 5 bulan. Macam biasa, dia masuk bilik pukul 4 pagi. Dia ingat aku dah tidur, sedangkan tiap hari aku tunggu dia.

Lepas dia dah tidur, aku baru nak lelap mata, aku dengar bunyi notification phone dia berulang kali. Macam bunyi orang chat tu.

Lepas tu pukul 4 pagi pulak tu. Aku ambik phone dia. Aku tengok, noti dari satu apps yang aku tak tahu pun kewujudan apps tu. Bunyi msj tu ‘sorry bb. tadi dah tertido. bb okay tak tu’ ”rindu bb jugak”.

Bederau darah aku. Aku keluar bilik mengigil sambil pegang telefon dia. Aku terus react reply msj tu. ‘Siapa ni, tahu tak Ali (bukan nama sebenar) dah berkahwin’.

Silap aku terus reply msj tu. Aku baca semua msj mereka. Ya, mereka dah terlampau jauh. Dah 2 tahun hubungan mereka.

Dan terjawap la semua persoalan aku selama ni. Memang suami aku berubah selepas kenal perempuan ni. Aku letak nama perempuan ni sebagai ika (bukan nama sebenar).

Aku screenshot beberpa msj mereka. Gambar gambar bog** mereka bersama. Video ma** mereka bersama. Sedih aku masa tu, tapi aku tenang. Mungkin sebab aku lega, segala persoalan kenapa suami aku berubah dah terjawap.

Dan ada hikmahnya Allah bagi aku rezeki anak ketika tu. Memang Allah hadirkan anak aku tu pada masa yang sangat tepat. Aku baca dan collect semua data dekat phone dia sampai azan subuh. Kiranya aku tak tidur 1 hari tu.

Lepas subuh, aku kejut suami aku.

‘Abang, bangon. Baby abang pun dah bangon tu, dia kata tadi dia terlepap’.

Suami aku jawap ‘Apa?’ Sambil buat muka annoy dia.

Aku cakap, ‘Tengok la telefon. Ika dah reply tu’.

Dia ambik telefon dan terus turun bawah. Aku cuba untuk tidur, walau sebenarnya aku perlu sangat penjelasan dia. Tak lama tu dia naik semula.

Dia cakap dia tak sayangkan perempuan tu pun. Dia cuma saja saja. Dia merayu sambil menagis nagis untuk maafkan dia. Dia melutut lama dan tak nak bangon selagi aku tak maafkan dia.

Aku bangon dari katil, angkat badan dia. Cakap dekat dia ‘Abang mandi la dulu. Kita sarapan nak?’

Dia tak nak gerak. Aku tarik dia ke bilik air. Dia kaku macam patung. Aku siapkan dia. Mandikan, pakaikan baju. Baru aku pulak siap.

Kami beli sarapan. Sampai rumah dia diam dan kaku. Semua pun aku yang buatkan untuk dia. Sebabkan aku belum tidur seharian, lepas makan, aku baring atas sofa dan nak lelap sekejab.

Dia ikut baring belakang aku dan peluk aku kuat kuat. Korang nak tahu tak? Masa tu, baru pertama kali aku rasa pelukan suami aku balik.

Dia baru ‘ada’.

Lepas aku dah berehat semua. Aku mintak dia ceritakan dari A-Z semua. Mula mula aku sangat tenang. Tapi, bila satu satu kebenaran keluar, aku jadi terlampau sedih.

Apa yang buat aku sedih, dia bagi duit untuk perempuan tu beribu sebulan. Sedangkan untuk aku dengan anak, dia tak bagi sesen pun.

Dia hargai perempuan tu dengan bagi banyak hadiah dan sebagainya. Sedangkan aku yang tengah bawak anak dia, dia tak kisah pun. Dan setiap kali lunch dan breakfast dia akan belikan makanan untuk perempuan tu.

Sedangkan apa yang aku mengidam dia tak cari dan tak pernah kisah makan minum aku masa tu. Masa tu meraung la jugak aku. Aku mintak no perempuan tu untuk dengar cerita dari side dia pulak.

Perempuan ni mengaku tak tahu Ali ni dah berkahwin. Aku mula rasa simpati pada perempuan ni. Dia terlampau sedih. Aku pulak yang tenangkan dia. Pujuk dia.

Sambil offer nak bawak dia travel untuk dia tenangkan diri. Aku pergi jumpa perempuan ni. Bawak dia shopping & tenangkan dia. Ya aku bodoh. Aku tak kenal perangai mereka berdua sebenarnya dan aku mudah rasa simpati.

Selepas kes tu, suami aku mula berubah. Dah start jaga aku semula. Walaupun, sebenarnya dah terlambat untuk kau kisah hal aku dengan anak sebab aku dah sarat. Tapi aku tetap bersyukur. Cuma, aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku slide perempuan tu punya page dari 2020.

Apa yang dia dan suami aku cerita tak tally dengan status status dia up. Dalam sarat tu, tu gigih kumpul bukti dan siasat. Kebetulan perempuan tu dapat kerja kerajaan dekat dengan rumah kami.

Suami aku mula tak hiraukan aku semula. Aku tahu mereka masih bersama. Selepas selidik, aku ugut perempuan tu untuk cerita hal sebenar atau aku akan pastikan career dia yang baru nak start tu terkubur.

Rupanya apa yang si ika ni cerita dekat aku awal awal tu semua skrip dari suami aku. Dia dah tahu Ali ni suami orang dari awal perkenalan.

Mereka masih bersama dan gunakan apps lain untuk berhubung. Dan pilihan negeri dia untuk mengajar pun atas nasihat suami aku.

Cerita ni terlampau panjang. Short story, cerita ni tak habis walau dah 2 tahun kami becerai. Suami aku bukan orang pertama yang perempuan tu rosakkan keluarga dia.

Sebelum jumpa suami aku, dia berkawan dengan suami orang lain. Kalau ada yang nk dengar nanti aku sambung. Doakan aku dengan anak tenang & bahagia.

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *