Tidak Layakkah Aku Merasa Bahagia

Assalammualaikum semua, Hari ini saya disini terpanggil untuk share kisah diri saya.

Saya baru berkahwin, perkenalan saya dan suami tidak lah seindah seperti pasangan yang lain.

Kami tak bercinta.. Hanya kenal menerusi satu aplikasi, dari situ kami bertukar nombor telefon dan mula kenal antara satu sama lain menerusi whatapp.

Kami kenal dalam setahun itu pun kami jarang berhubung, sebulan ada la 5-8 kali sahaja bertelefon dan berwhatapp..

Sembang perkara biasa-biasa saja. Takde langsung bercakap mengenai hubungan serius, kahwin atau bercakap lebih jauh tentang hubungan kami..

Sampai satu hari tu penghujung pkp terakhir saya cuma merancang untuk berjumpa dan cuba kenal secara dekat,

Tapi dia buat keputusan untuk berjumpa terus dengan orang tua saya dan selepas tamat pkp kami terus bertunang dan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh yang singkat, kenduri dibuat secara kecil kecilan..

Allah permudahkan segala urusan perkahwinan kami dari nikah hingga ke majlis kami semuanya baik2 sahaja..

Alhamdulillah kini usia perkahwinan kami Setahun lebih.. belum direzekikan lagi zuriat.. Doakan saya ye semua para pembaca..

Apa yang saya mahu kongsi adalah selepas berkahwin saya selalu tahu yang suami saya berhubung dengan seseorang, berucuk ber B..

Masih main aplikasi tinder/lilmatch, dimana aplikasi yang menghubung seseorang dengan orang lain dan ianya tidak sepatutnya berlaku pada suami saya,

Bila dia buat keputusan untuk berkahwin dengan saya kenapa isu macam ni masih berlaku.

Secara jujur pertama kali kantoi, memang saya menangis kecewa. Saya kerap salahkan diri mungkin kekurangan diri saya buat suami saya berminat dengan orang lain dan seolah2 masih mencari..

Kali pertama kantoi dia mintak maaf dan sebagainya.. Saya percaya dan maafkan. Kantoi lagi kedua dan ketiga dan seterusnya saya sampai dah tak rasa apa..

Bila nampak massage balasan dari lilmatch/tinder yang naik ke notifikasi telefon suami.. Saya sampai takde rasa apa, saya tengok dan berlalu pergi sahaja..

Kenapa susah untuk bahagia.. Adakah perempuan memang mangsa deraan emosi sang suami ke?

Cuba kawan2 bayangkan jika kita sebagai perempuan buat yang sama apa yang dia buat, tidakkah kita yang akan diceraikan secara meluru tanpa belas ehsan..

Jujur saya sayangkan suami saya, saya sayangkan perkahwinan saya..

Tapi… andai satu hari nanti ianya melampaui batas sempadan sabar saya.. dan dia mula pilih orang lain daripada saya sebagai isteri.. Saya sendiri akan berundur..

Bukan sebab kalah tapi sebab saya sayang diri saya..

Saya tolak poligami.. Ya Allah ampunkan ku.. Kau berilah kebahagiaan untuk ku..

Saya doakan kawan2 peroleh bahagia dunia akhirat.. Doakan juga saya ye..

– Sang Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *