Penyondolkah Aku?

Salam semua. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.

Aku Amal, bukan nama sebenar. This is gonna be short & straight to the point. Aku memerlukan nasihat & pendapat yang bernas daripada semua.

Sedikit intro pasal diri aku, aku merupakan seorang yang manja, tak pernah ada boyfriend sebab tak berminat dan rasa takde keperluan (straight, tapi tak senang suka lelaki) dan baru je masuk kerja beberapa bulan yang lalu.

Yang dimaksudkan dengan payah suka lelaki ialah aku tak rasa ada keperluan nak berboyfriend sebab aku dah dimanjakan dengan ayah, mak dan adik-beradik (anak bongsu). 

Aku sejenis yang hanya akan suka (dibaca: secara romantik) seseorang kalau mereka layan aku dengan baik, dan memiliki personaliti yang menepati kriteria aku,

Sebab mata aku tak berfungsi untuk mengenal pasti orang kacak atau tidak. Kalau mereka baik mereka auto kacak di mata aku.

Aku jenis yang mencari personaliti instead of kebendaan atau rupa paras. Aku juga jenis yang tak berkira, dan lebih mementingkan kebahagiaan orang yang aku sayang lebih dari diri aku sendiri. 

Aku introvert, dan tidak pernah bergaul bebas. (ISFJ-T). Aku perempuan yang tidak dominan & lemah, suka mengikut dan mendengar kata, suka kena lead dan suka jadi follower.

I enjoy doing my work, dan bahagia di tempat kerja.

Masalah dan resah aku bermula bila aku secara tiba-tiba tersuka dengan seseorang di tempat kerja hanya disebabkan personalitinya. Usia kami beza 11 tahun.

Mula-mula aku fall in love dengan personaliti dia, lama-kelamaan aku fall in love dengan dirinya sedangkan aku tahu dia laki orang dari awal aku kenal dia.

Dia la insan paling sempurna di mata aku, bapa dan suami yang penyayang, tak pernah sekalipun dia burukkan bini dia. 

Personaliti dia terlalu match dengan personaliti aku, apa yang dia suka makan, apa yang dia suka buat, humble, sempoi, relax, tak pernah mengutuk orang, kelakar, selalu bagi nasihat & tunjuk ajar, a very good leader.

Dan dia memang jenis baik dengan semua orang, bukan aku saja. Cuma dia suka mengusik dan minta tolong aku memandangkan aku jenis yang tidak membantah.

Disclaimer: Aku je yang suka dia. Dia tak bersalah langsung. Dia tidak sukakan aku dalam cara yang begitu.

Makin aku spend time dengan dia, makin aku suka dia, makin aku suka dia, makin aku rasa derita.

Tiap kali dia bercerita pasal isteri dia, tiap kali tu lah aku tak mampu nak mendengar. Walaupun sekarang dia dah kurang bercerita pasal isteri dia.

Aku rasa bahagia dapat spend time dengan dia, aku tak minta lebih, cukup lah kalau dia tegur, dan bersembang dengan aku.

Lama-kelamaan aku rasa makin derita sebab aku dah tak mampu nak tengok lelaki lain, mata aku hanya nampak dia. Dan aku juga tanak kahwin, kalau aku tak dapat lelaki yang ada personaliti seperti dia.

Aku suka sangat dengan dia sebab aku rasa dia sama macam abang aku. Wavelength kami sama. Aku tak tahu nak buat macam mana.

Tiap hari aku rasa sedih memikirkan benda sia-sia ni. Berdosakah aku sebab suka laki orang?

Tapi aku tak pernah goda dia dengan cara yang pelik-pelik. Aku hanya mencintai dia dalam diam.

Dan aku terlalu malu bila berdepan dengan dia, sehinggakan aku selalu senyum tiap kali aku bertentang mata dengan dia, lebih parah lagi bila dia pun perasan dan tegur kenapa aku selalu senyum-senyum.

Masalah ni mungkin remeh pada korang, tapi membelenggu aku sampai tahap aku sedih di tempat kerja, walhal aku enjoy bekerja dan suka rakan sekerja yang lain.

Apa yang patut aku lakukan? 

Terima kasih atas nasihat yang bakal kalian berikan. (Aku hati tisu dan lembik, harap tolong kurangkan kecaman).

– Amal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Mainan syaitan tu dik… istighfar banyak2.
    Jangan jadi penyondol dan pemusnah kebahagiaan wanita lain. Bayangkan kalau ayah awak disondol perempuan lain. Keluarga awak akan bahagia?

    • betul tu jangan di layan sangat perasaan tu. Sepatutnya bila awk dah sedar awk sukakan laki org kna cepat2 berusaha buang perasan tu.. bukan melayan sngt perasaan tu

  2. Salam amal….anggap lah ini ujian untuk awak…saya harap awak tak pentingkan diri sendiri…cuba la move on…klu awak tak bole lupakan dia tu,cuba la buat aktivity yang awak suka supaya awak boleh lupakan dia….ingat hidup ni macam roda…..tahu tak nak bina satu masjid tu bukan senang,…kadang2 benda2 mcm ni la bole meruntuhkan masjid yang kukuh……!!

  3. Tolong lah move on. Dia tuh suami orang dan dia dah ada kebahagian dia sendiri, Jangan hancurkan rumah tangga orang dik. Kifarah itu wujud. Move on!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *