Perancangan Allah yang terbaik

Assalamualaikum smua. salam ramadhan.

hari ini sy nak share cerita kehidupan sy dan bukti bahawa perancangan Allah adalah yg super duper terbaik. sy ada dua situasi utk diceritakan. first, soal jodoh. second, soal rezeki.

1. Jodoh
dulu masa masih student, sy ada becinta bagai nak rak dgn sorg mamat ni. da berjanji sehidup semati. lautan api sanggup kami renangi supaya hubungan kami ni di restui kedua-dua family. sbb kami ni berasal dari dua negeri yg berlainan yg mempunyai adat resam dan budaya yg juga berlainan. walaupun da berjanji gitu gini, dia tinggalkn sy juga without valid reason. masa tu rasa mcm nak mati. rasa mcm terumbang ambing. bila ingat balik, rasa macam how bodoh nya aku dulu. gitu2 la cerita kekeciwaan itu.

masa tu sy fkir, kenapa Allah takdir kan hidup sy mcm ni? kenapa kami tak dapat bersama? dan macam-macam lagi persoalan sy mempersoalkn takdir Allah (Nauzubillah).

selepas lebih kurang setahun, sy berkawan rapat dgn seorang lelaki which is he is my husband now. dia bukan lelaki idaman sy. malah banyak sikap dan sifatnya yg bertentangan dgn wishlist sy. kecuali 2, dia tak merokok dan dia sembahyang 5 waktu. kawan mula2, lepas tu kami tukar hubungan kpd tunang dan kahwin. sebelum tunang dan kahwin, kami bercinta about 3 years.

setelah hidup dengan dia selama bertahun2 ni, baru sy nampak betapa hikmahnya Allah tidak menjadikan hubungan sy dulu dengan lelaki pertama itu hingga ke jinjang pelamin. suami sy ini sangat2 sabar dgn karenah gila sy ni. bukan tu saja, dia juga sangat bersabar dgn karenah keluarga sy yg banyak kali menyusahkan dia. dia sangat memahami. kelakar. nakal. handsome. ahlong sy. hehehe. banyak lagi la yg terbaik pada dia. sy tak rasa, lelaki dulu tu boleh jadi sesabar dia dalam rumah tangga. Jangan-jangan setahun perkahwinan, dia dah ceraikan sy agaknya.

betapa Allah sygkan sy. Dia sediakn sy masa depan yang baik dengan lelaki yang tidak perfect tapi melengkapi kehidupan sy perfectly.

2. Rezeki
setelah habis belajar, sy tidak terus dapat kerja tetap. sy bekerja di mana-mana sahaja asalkan mendapat rezeki yg halal. dan sy juga pernah bekerja di TESCO semata-mata utk menampung keperluan harian. masa tu, orang-orang kampung terutamanya memandang serong pd sy. kata mereka, belajar tinggi. last2 keje kt Tesco. sy abaikan kata-kata org. tapi yang paling sakit hati, bila saudara kandung sendiri menghina, mengkeji sy kerana sy tiada kerja yg tetap, tidak berharta. siap halau sy keluar dari rumah mak sbb katanya sy tak layak duduk dalam rumah tu kerana sy jobless and tidak berkereta. sy menangis sungguh-sungguh. sy betul2 terluka masa tu. Alhamdulillah, Allah ubati hati sy. lepas sebulan kejadian penghinaan itu, sy dapat tawaran kerja kerajaan sbg penolong pengarah (boleh google utk gred seorang penolong pengarah).

kehidupan sy sekarang jauh lebih baik dari orang-orang yang pernah menghina sy dlu. sy da ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada suami yg sangat2 sy sayangi dan yang paling penting, sy dapat sumbangkan sedikit kepada parents sy.

kadang-kadang sy memandu sendiri, menatap langit. sy ingat setiap nikmat yg telah Allah berikan despite perangai sy pada Dia selama ini. betapa perancangan Allah yg terhebat. yang terbaik. yang tercantik. dan sy mula dari itu, sy sentiasa bersangka baik dengan-Nya, yakin dgn perancangan-Nya walaupun adakalanya ada masanya sy terluka, terkecewa, sakit dan sebagainya, sy tetap akan bersangka baik pada Allah.

sebab itu kawan-kawan, apabila terjadi sesuatu pada kalian, jgn terus melatah. muhasabah diri. kenang kembali segala nikmat yg Allah berikan. Allah tidak akan menyusahkan hamba-Nya. Tidak sesekali. tiap apa yg terjadi, pasti tersembunyi nikmat dan hikmah. sabar dan tabah menunggu reward dari Nya.

semoga kita beroleh keberkatan di bulan mulia. Amin.

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

– bawang putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

101 Comments

  1. Sama gak ngan aku..Dulu masuk kelas Pemulihan sebab otak xbrape pick up..mnulis pun merapu meraban..Mak kena pggil ngan cikgu sbb ak malas blajar dan byk main..kena kutuk tu biasa la..Alhamdulillah, skrg dah ade degree..Tapi Rezeki dan Kejayaan tu xdtg ngan sendiri..Ko kena USAHA utk capainya!!!

  2. Ya semua yg jadi ad hikmah .. perjalanan ak maseh jauh .. Allah tarik nikmat sbb ak lupa dan alpa pada die sebagai Pencipta .. Dia dh susun yg terbaik utk diri kita, ad owg pahit dtg dulu sblm manis dan ad owg manis dtg dulu sblm pahit .. redha dengan setiap yg terjadi adalah ubat terbaik untuk ketenangan jiwa .. :’)

  3. Saya ada pertanyaan. Mcm mana kita nak bezakan apa yg terjadi itu takdir atau sesuatu yg perlu diusahakan kerana Allah menuntut hambaNya utk berusaha. Sebagai contoh mudah bila clash patut ke kita usaha balik tgok slh bf kita ke slh kita, perbaiki apa yg patut dan usaha utk hubungan tu atau kalau putus pappppp redho ajo laaaa (kang klu buat gini kang dikatanya kita ni xde effort nak fight utk hbgn tersebut) huhu

    • Jawapan peribadi sy, istikharah la. Kadang2 Allah bagi petunjuk tak semestinya dalam mimpi tapi melalui gerak hati. Bila dah redha tu, healing process tu kadang lama. Tanpa kita sedar, masa kita dah redha biar Allah tentukan bakal pasangan kita, dalam diam dah ade yang duk perhati kita. Mana kita tahu kan. Ntah2 orang tu dulu dah cakap sukakan kita tapi kita reject huahuahua Last2, dia yang masuk meminang. *kadang ayat drama boleh jadi realiti*

  4. :) kisah yg motivate kita Sheila MohamadEja NadhirahNadiah HaronSyahirah IzhanNazmin ZulailiAishah KhamarruzamanSyafiqah Abdul RaniHanim Redzuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *