Perangkap Cinta IV – dengan salam terakhir

Hebat permainan wanita ini. Habis semua orang ditipunya – maksud aku dalam part iii bukanlah dia menipu semua orang.tapi itu anggapan aku pada permulaan penceraian kami. Lepas kami bercerai, semua orang tanya pada aku, cakap aku bodoh & rugi lepaskan wanita seperti dia. Waktu itu aku rasa dia dah perbodohkan semua orang. Sebab masa tu aku belum tahu, belum rasa kehilangan dia, belum sedar diri lagi.
……
Mak bagi aku nombor telefon dia. Setiap kalu aku nak text atau call jari aku jadi macam tak ada tulang, lembik-lembik semacam kaki ayam dalam kerabu Siam tu. Aku kuatkan hati call dia. Dengar angkat saja hati aku berdebar-debar aku tergugup, tapi aku cover. Aku beritahu nak jumpa, dia cakap yang ada kerja di gua musang, aku boleh cari dia di sana kalau aku nak. Aku ambil cuti beberapa hari.

Aku sampai di satu bangunan kedai. Di tingkat dua ada tertulis nama hostel. Dia menyewa bilik kat situ. Kerja apa yang dia buat sampai kena travel-travel ni. Hati fikir nak bawa dia balik, letak kat rumah dan jaga dia. Berbunga hati aku lihat bangunan tu. Memikirkan yang dia ada dalam tu, dekat dengan aku. Aura apa ni. Aku putuskan aku nak sembahyang dulu lah di surau depan asrama. Sesudah sembahyang, aku menuju kereta. Ada seorang perempuan, berjubah kembang bawah, dengan selendang warna pink muda.

Suara aku tak terkeluar. Jawab salam pun lekat-lekat pada anak tekak. Aku rasa pipi aku panas. Apa dunia dah terbalik. Dulu dia yang malu dengan aku. Dulu mata dia yang pandang wajah aku tak lepas. Sekarang dia rileks saja tengok aku. Suaranya tenang macam tak ada apa-apa. Bekas isteri aku berdiri di depan aku. Mari saya bawa pergi makan katanya. Dia bawa aku naik hilux putih miliknya. Dia bawa aku pergi makan kat restoran dalam taman. Ada anak sungai mengalir, barang-barang antik misteri tersusun. Banyak dia berceloteh bercerita, satu pun aku tak dapat tangkap. Lidah aku masih kelu keras. Dia cakap apa pun aku tak dengar, ibarat anak kecil jumpa Ultraman idola. Starstruck mungkin.

Aku dapat tahu dia ada satu persatuan. Persatuan yang masuk ke kawasan pedalaman dan memberi ajaran agama kepada orang-orang kampung & orang asli. Anna (bekas isteri, bukan nama betul) bertanggungjawab mendidik golongan anak-anak kecil yang buta huruf, ajar doa lazim dan pemahaman asas agama. Aku tumpang tinggal di rumah kawan satu persatuannya di sini (aku beri nama Ali). Anna kata pada Ali bahawa aku kenalan lamanya. Malam pertama aku di sana, aku banyak berbual dengan Ali. Dari cerita Ali, persatuan ini diasaskan oleh seorang mufti. Dia membuka peluang golongan yang ingin belajar agama datang padanya, diajar dan boleh volunteer di bawah persatuan ini. Ali kata anna aku join sejak dua tahun yang lepas. Anna masih sedang belajar dan kanak-kanak sukakan dia. Dia penyabar dan pandai mengambil hati orang. Sangat lemah lembut dan tak pernah give up dengan pelajarnya. Aku tak senang dengar Ali mengulas sifat Anna macam tu, aku jadi cemburu. Tapi aku dengarkan saja.

Aku call emak, Emak tanya kenapa aku cuti lama sangat. Aku jawab emak, dulu abang lihat dia dia dari viewpoint yang abang sendiri cipta dalam kepala abang. Sekarang abang nak kenal dia dari viewpoint seadanya dia. Emak pun malas nak tanya lebih dah.

Aku berpeluang ikut Anna, Ali dan ahli persatuan ke tempat mereka menjadi sukarela. Aku dikenalkan dengan kak Hanis, wanita yang mengajar Anna mengaji dan solat. Kata Anna, setiap malam selepas Isyak, kak Hanis akan duduk dengar Anna mengaji. Ada pembaris panjang kayu yang akan dia ketuk pada lantai jika salah baca. Comel betul. Kak Hanis tak minta bayaran katanya. Kak Hanis minta Anna ikut mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis jika ada kesempatan menyertai aktiviti persatuan.

Tiga hari aku habis dengan kegiatan persatuan. Pagi kami agihkan barang keperluan pada kampong, sebelah petang, jam 2 bila budak-budak dah pulang dari sekolah, akan bermula kelas tambahan dan kelas agama yang dibuat oleh persatuan. Aku pun turut tolong budak-budak kampong belajar mengeja dan mewarna.
….
Mereka bercuti pada hari Rabu. Tiada sebarang aktivi di jalankan, dan pada hari itulah kenderaan persatuan akan bergerak ke Bandar kuala krai untuk ambil bekalan makanan, alat tulis dan sebagainya untuk diagihkan nanti. Anna ajak aku keluar. Dia jemput aku di rumah Ali. Katanya rasa bersalah tak dapat berbual panjang dengan aku sepanjang aku di sini.

Kami pergi makan. Anna masih seperti dulu, celoteh dia, malu-malunya, lemah lembutnya. Kami berbual panjang mengenai kehidupan kami. Kemudian ada awkward silence. Dia pandang mata aku dan tanya, kenapa sebenarnya tujuan aku ke sini. Aku terdiam sebentar. Mungkin ini masanya. Aku kata padanya aku ingin minta maaf atas semua kesalahan yang aku buat padanya. Ana senyum tenang. Tapi air mata dia dah bergenang. Aku tahu dia menahan tangis. Mata aku pun sama. Ana cakap, dia dah lama maafkan aku, jadi aku tak payah risau. Aku minta dia lupakan apa yang pernah terjadi antara kami. Aku beritahu dia aku nak jadikan suri hati aku sekali lagi. Aku akan didiknya menggantikan kak Hanis. Aku berjanji akan berikan dia kebahagiaan. Aku minta dia balik pada aku. Air mata yang bertakung terus mengalir ke pipi dia, tapi dia masih tenang.

Ana pandang tepat ke mata aku. Dia kata dia dah lama maafkan aku. Tapi dia masih belum dapat lupa hancurnya hati dia. Belum dapat lupa rendahnya maruah dia di depan aku ketika dia mengakui kelemahan dia waktu itu. Tenang dia terangkan pada aku yang dia tak berdendam pada aku. Cuma masih terbayang di minda dia bagaimana dia cuba terangkan pada ibu ayahnya apa yang terjadi antara kami. Dia masih dapat mainkan detik di mana ibu bapanya cuba mendapatkan penjelasan dari aku, tapi aku tak dapat dihubungi. Masih terbayang bagaimana dia tanggalkan cincin-cincin tanda cinta kami, dan angkut beg-beg masuk ke dalam teksi untuk keluar dari rumah yang sepatutnya menjadi tempat kami memulakan keluarga baru. Bagaimana dia merendahkan maruah, pergi jumpa dangan emak dan ayah aku minta mereka pujuk aku terima dia semula. Dulu janji aku padanya sama. Akan aku berikan bahagia, akan terima dia seadanya, akan menjaga dia sampai tua. Hakikatnya aku tinggalkan dia saat dia betul-betul perlukan aku. Teresak-esak ana menangis. Aku buntu nak buat apa, aku hulur napkin untuk dia sapu air matanya.

Dia minta agar aku lupakan dia. Dia tak kisah untuk berkawan dengan aku. Tapi dalam masa terdekat tak mungkin akan dia terima aku semula. Dalam bekas yang aku tinggalkan pada hatinya. Aku tak putus asa. Aku hulurkan pada dia bekas yang mengandungi cincin-cincin yang pernah aku beri padanya dulu. Aku kata padanya. Simpan cincin-cincin ini, fikirkanlah dahulu tentang kita. Jika awak memang betul-betul tak ada ruang untuk saya, awak pulangkanlah semula. Tapi jika sampai satu masa, awak sudi terima saya semula, awak hubungilah saya. Ana pandang wajah aku dalam-dalam, kemudian perlahan-lahan dia tarik kotak itu ke arahnya. Kemudian dia tolak semula kotak itu pada aku. Nah, saya pulangkan pada awak. Lalu dia bangun menuju kaunter dan ke kereta. Aku rasa tertampar sebentar. Macam rayu aku tak ada harga di mata dia. Ini ke rasa dia? Apa aku dah buat pada dia hari tu. Dulu selama sepanjang eiddah dia merayu pada aku, aku pandang muka dia pun tak waktu tu. Ini dia tolak aku dengan baik pun hati aku jadi hancur, apatah lagi dia dengan tindakan aku dulu. Hari tu aku habiskan dengan bermenung je.

Esoknya. Aku dah kena balik KL dah. Tak apalah faizin. Sekurang-kurangnya kau tahu dia puas dan gembira dengan hidupnya sekarang. Dan kau tahu dia dah maafkan kesalahan kau. Kau jugak Allah dah balas balik kaw kaw punya. Dia letakkan kau dalam posisi ana sebelum ni. Tapi aku tekad kali ni. Aku balut kotak cincin dengan surat kabar dan berikan pada Ali sebelum aku bertolak balik. Aku amanahkan padanya untuk berikan pada ana. Lpas aku mula bertolak, aku hantar mesej pada Ana. Aku kata padanya perkara yang sama. Saya beri amanahkan cincin pada Ali untuk panjangkan kat awak. Fikirkanlah dahulu tentang kita. Jika awak memang betul-betul tak ada ruang untuk saya, awak pulangkanlah semula. Tapi jika sampai satu masa, awak sudi terima saya semula, awak hubungilah saya.
Kalau kira, sekarang masuk setahun lebih aku beri cincin tu pada dia hari tu. Dia tak pernah pulangkan atau beri kata putus pada aku. Sampai sekarang aku tunggu jawapan dari dia. Pesan aku pada korang semua. Dalam bercinta, jangan mengharap kesempurnaan. Kelak kita yang akan merana.. padahal cinta tu kan berputik dengan keadaan kita tahu dia pun manusia seperti kita. Patutnya kita dah tahu dia tak sempurna. Aku patutnya tahu tanggungjawab aku, dan betapa besarnya cinta dan harapan dia pada aku dulu. Sampai aku dah hancurkan hati dia macamtu sekali. Sekali kau hancurkan hatinya, cinta dia pada kau dah tak akan seperti dulu. Dengan perempuan, kau jangan sekali-kali biarkan dia tawar hati. Dari dia menyanjung kau setinggi-tinggi, dia boleh move on dari cinta kau lepas dia tawar hati. Ana hatinya lembut, tapi aku dah ibarat dehydrate dan dryblendkan ia.kalau aku cuba cantum pun dia tak akan jadi seperti dulu.padahal dulu dia yang menyayangi aku lebih dari aku menyayangi dia. Sekarang aku insan yang bersyukur kepada Allah bila setiap kali balik kerja, tak ada parcel atau tanda-tanda cincin aku dipulangkan. Aku sia-siakan dia, sekarang aku yang gila, gembira just ada kemungkinan kecil ana akan kembali pada aku. Aku yang tercari-cari cebisan memori perkahwinan kami dulu.

Jika awak membaca, ketahuilah saya tak pernah nak memaksa awak. Saya tahu salah saya pada awak terlalu banyak. Perbuatan saya tak boleh di tarik balik. Buatlah keputusan yang terbaik. Ambil lah sebanyak mana masa yang awak perlukan, saya akan terima dengan hati redha.

Akhir kata, doakanlah yang terbaik buat aku, wahai sahabat-sahabat pena. Maafkan kekhilafan, halalkan masa yang aku ambil buat kalian membaca cerita pedoman aku. Mencintai manusia itu, ialah mencinta kedua-dua kebaikan dan kelemahan dia. Maaf aku mengambil masa yang lama nak habiskan, akibat kekangan kerja. Assalamualaikum.

– Faizin Islam

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

130 Comments

  1. saya doakan ada jodoh saudara dengan bekas isteri. jangan putus asa untuk berdoa. Allah maha mengetahui setiap yang terbaik untuk hambaNYA. in sha ALLAH. amin, amin

  2. Ni smbungan yg die ceraikan isteri die sbb isteri die tak reti solat tu ke? Yg isteri die merayu2 suroh die ajar tpi die ceraikan jgk tu.. huhu lupa smbungan kisah yg mna satu.. harap lelaki ni hargai seandainya ada peluang kedua..

  3. ok ok aku ingat sgt cerita faizin islam ni… ada 3 part sebelum ni… bersyukur betol dpt baca part yg ini…

    ringkasan kisah sebelum ni : sebelum kawen bro ni tgk wife dia tu mcm sempurna, alim, tutup aurat dan wanita yg baik2 la kiranya. bila dah kawen baru wife dia terus terang yg dia tak pandai ngaji, tak pandai solat dan dia nak belajar tu semua. bro ni tak dpt terima situasi tu sbb dia rasa tertipu lantas menceraikan anna tu. lepas bercerai, bro ni mcm gila talak teringat2kan anna. lebih kurang gitu la cerita dia.

    nampak tak betapa gigihnya aku tolong rumuskan cerita2 part sebelum ini?

  4. Gigih aku google bace kesemuanpart ko tulis bro. Conclusion die ko mmg bodo bro. Tp xpe aku doakan ko berjaya bersatu balik dgn ex ko. Doa mohon hajat byk2. Btw,apa nama persatuan tu sbb aku duduk gua musang jgk ni tp xpernah ikut buat keja amal mcm ex ko buat tu. Bagus nya dia.

  5. Kalau ada peluang ke2 hrgai bro..dan tampal kuat2 dlm ingtan ko manusia semua xsempurna..xperfect..dan ko xboleh expect seseorg tu boleh jadi sempurna ikut kehendak ko..sebab tu la manusia dijadikan berpasangan..saling lengkap melengkapi sebb Allah tahu..disebalik kekurangan terdapat satu penutup yg menutup kekurangan kita..dan aku doa bro In Shaa Allah..kalau da tercatat di atur oleh Allah cantik ada la jodoh sampai anak cucu dunia akhirat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *