Perangkap Cinta v – Berita gembira buat aku dan kalian

Salam sayang sahabat pena yang tercinta. Cancel balik lah salam terakhir yang aku tulis pada part iv. Sebab aku ada berita baik untuk aku sampaikan. Mungkin berkat aku berkongsi nasihat di page ini, mungkin aku dah memberi pedoman kepada sesiapa, maka dengan itu Allah permudahkan jalan buat aku. Dia nak ucapkan selamat berpuasa. Dia cakap pada aku, dia dah boleh baca Al-quran dengan sempurna. Sekarang dia nak menghafal pula. Dia dah tak join kerja-kerja volunteer yang memerlukan dia travel jauh. Sekarang dia tinggal dengan ibu bapanya. aku dengar celoteh dia tanpa bosan. Rindunya aku pada suara itu.

Lepas beberapa minit kami berbual, kami tiba-tiba hilang topik. Anna terdiam, aku pun terdiam. Anna kata dia terbaca kisah yang aku postkan di FB. aku naik segan, aku cakap balik mana awak tahu itu saya. kot-kot orang lain. Dia pun cakap, saya tahu, sebab Faizin Islam ialah nama yang kita nak letak kat anak lelaki kita dulu. Aku bahagia dengar tawanya. Aku kata, rupanya awak masih ingat walaupun dah bertahun-tahun. ayat aku tu trigger satu awkward silence. not again. Aku terdiam, anna pun terdiam.

"awak" katanya.. aku mula pasrah mendengar nada suaranya.
"saya dah pulangkan cincin awak pada emak tadi."
"Saya minta maaf kalau saya buat awak tertunggu-tunggu atau berharap."

tak semena-mena air mata aku mengalir tapi aku cuba maintain suara. entah kenapa aku dah dapat agak benda ni.

Alhamdulillah Allah permudahkan jalan aku. Hati aku pedih tapi sekurang-kurangnya aku dengar berita darinya. Maafkan abang, anna.. hancur hati kamu dibuatnya. sekarang turn abang pula. terima kasih anna, berikan abang jawapan, walaupun kamu tak pernah janjikan abang apa-apa. abang doakan yang terbaik buat kamu, wahai sekeping hati yang suci. Kejarlah apa yang kau nak kejar di depan, jangan pandang belakang lagi. Kau insan yang indah, jangan biarkan diri kau dipersia lagi.

Untuk itu, salam sayang dari aku buat seluruh umat yang mendoakan. Salam Ramadhan, jangan lupa sembahyang tarawikh malam ini ya. Assalamualaikum :)

– Faizin Islam

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

45 Comments

  1. Dari hari tu follow cta ni..umm..mang gurl ssh nak buka pintu hati dia bila dah berkecai rentak seribu..so kpd laki kat luar tu jga la hati prempuan.. tabah bro..mungkin setiap pertemuan n perpisahan itu mungkin ad seribu makna yg indah..bila setiap kali manusia itu berusaha perbaiki kesilapan nya..Allah swt akan membalas sama ad cpt atau lmbt.. kita sebgai manusia x patut menghukum..sepatutnya membimbing..slga ni ujian bro..dunia medan peperiksaan terbesar di dunia..sabar n terus berdoa..

  2. Sy baca semua part..dan pada sy tiada ending yg pasti utk cerita ni..apa yg akan jadi pada masa depan kita pun tak tahu..hati kita ni milik Allah..boleh berbolak balik..knp Allah uji semacam ini..mesti ada hikmah nya..

  3. Bertabahlah encik faizin islam….banyakkan berdoa di bulan yg mulia ni…mana taw, Allah makbulkan doa awk…kerana kesungguhan awk…dan dibukakan hati Anna utk terima awk kembali…sesungguhnya Allah yg mbolak balikkan hati manusia….wallahua’lam….

  4. Air mata saya bergenang bila baca pengakhiran kisah encik..takpe la..anna sedang berusaha mendekatkan diri pd Allah..itu cinta dia sekarang. mungkin encik juga patut buat benda yg sama..dan..hati manusia ni Allah yang pegang..Kalau dah tertulis jodoh kalian berdua kuat, cepat atau lambat akan bersama jugak..saya doakan Allah permudahkan jodoh kalian (jika ada) bila dah tiba masanya..

  5. Anna please terima Faizin balik…dia cuma seorang lelaki yg terkhilaf…ada perkara or seseorang kita perlu keras hati…tapi bukan kali ni huhuhuhu..Annnaaaaaaaaaaaa

  6. Ramadan Kareem, Tuan/Encik Faizin Islam! Tak kisah lah ni kisah benar ke tak tapi selamat bersahur, berpuasa, berbuka, bertarawih & selamat mencari Lailatul Qadar. #teamAnna ☺️

  7. Minta maaf, tapi saya setuju dengan keputusan Anna. Encik carilah perempuan sempurna yg lain ye, encik. And, for Anna, she deserves a better man who is willing to guide her to jannah from zero, bukan setelah dia sempurna di mata encik. Minta maaf banyak2, encik jika kedengaran kasar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *