perasaan orang gemuk

Aku seorang yang berbadan gemuk aku darjah 4. Selera makan aku memang sentiasa membuak-buak. Agak sukar untuk aku kawal nafsu makan aku. Aku dah berjaya turunkan berat awal tahun ni tapi disebabkan aku tak jaga makan aku gemuk balik.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini layanan orang terhadap orang yang badan gemuk ni. Aku ingat lagi waktu tu aku form 2. Kiranya ni waktu hari raya la. Aku duduk diam2 je lepas dapat duit raya. Boleh pulak sepupu aku ni umur dia lebih kurang lewat 20an dia tanya aku pasal berat and siap cakap lagi aku makin gemuk sekarang. Aku sedih sebab dia cakap macam tu depan ramai orang.

Perlu ke nak cakap kuat2 pasal kegemukan aku? Hina sangat ke orang macam aku ni? Adakah manusia gemuk ni melakukan dosa besar? Bila balik kampung time raya aku selalu makan hati jugak sebab tu aku tak berapa suka balik kg. Balik kg mesti ada makcik mulut longkang duk sibuk bandingkan aku dengan kakak aku.

Bait2 ayat yang dorang selalu cakap "kenapa kakak lagi kecik dari adik"? Kadang2 sbb aku tak tahan aku jwb je balik "sbb adik lagi bahagia dr kakak". Aku tak harapkan pujian pun dr org sekeliling aku cukup la jgn hina kegemukan aku. Kau yg berbadan kurus tak fhm bila orang ejek kau.

Pernah tak korang yang hina org gemuk ni tahu betapa susahnya kami org gemuk ni bina self confidence and nak ada high self esteem. Aku bersyukur walaupun aku gemuk ramai yg ckp and bg semangat kat aku "kalau kurus ni mesti cantik". Aku sgt hargai org yg teringin nak tgk aku kurus n bg aku semangat.

Ni salah satu kejadian yang berlaku waktu Kat class. Aku ckp la yg aku teringin nak mkn kat magnum tgh craving. Boleh pulak kawan aku mulut puaka ni cakap mcm ni "aku tak suka mkn magnum selalu nt elok2 bdn aku mcm si bedah ni jd mcm bdn kau". Ckp dpn classmate aku yg lain kuat2 lak tu. Aku mmg da sentap gila waktu tu. Minah ni jugak la duk sibuk bandingkan badan dia dgn aku.

Duk sibuk cter psl workout dia la, diet dia. Pastu bila aku ckp kat dia bdn kau da okay boleh lak dia ckp "aku tak nak jd mcm kau perut buncit". Ye aku tahu aku takde flat belly at least tak perlu kau keluarkan perkataan yg harsh cmtu.

Pesanan aku untuk korg kat luar sana jangan la hina org gemuk tu mmg bila kau dihina dia, dia akan gelak je. Gelak tu menutup kesedihan yg kitaorg rasa. Kau tahu tak betap susahnya org gemuk ni ada keyakinan diri. Nak start conversation pun tak perlu dgn menyindir bdn gemuk. Jgn jadikan badan gemuk ni sebagai bahan gurauan utk korg. Jgn bandingkan org gemuk ni kenapa dia tak cantik mcm kakak dia, sepupu dia, and sapa2 pun la. Kau tak gemuk jd kau tak akan fhm perasaan org gemuk mcm kami.

Lagi satu aku nak ckp, jgn la korg sesedap mulut ckp "ala setakat ejek gemuk pun nak sentap". Aku percaya manusia ni tahap sensitiviti kita berbeza.

Kurus, gemuk, pendek, tinggi, putih, hitam kita semua khalifah Allah. Tak perlu kau terlalu bangga dengan pinjaman Allah yg sementara tu.

– budak gemuk

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *