Perbincangan Dilema Masyarakat

Hairan dengan orang tua yang mengadu keburukan anak yang satu ke anak yang lain,

Tapi dalam masa yang sama mengharapkan anaknya saling rukun dan menyayangi antara satu sama lain dan tidak saling membenci.

Padahal beliaulah akar penyebab anak-anaknya tak boleh nak sebulu sebagai layaknya adik-beradik.

Sikap suka mengadu keburukan seorang anak ke anak yang lain adalah penyebab utama anak-anak jadi tak suka antara satu sama lain.

Motifnya adalah utk meraih simpati atau jika ada kepentingan diri sendiri yang diperlukan daripada salah seorang anak.

Ditambahkan lagi dengan sikap berat sebelah dan tidak adil yang diamalkan dari anak2 masih kecil sampailah ke dewasa.

Kesan di alam dewasa, anak2 dah tak rapat. Kalau berkumpul satu keluarga, mesti ada drama pergaduhan hingga ada yang tidak bertegur selama bertahun-tahun dek kerana sikap orang tua.

Ada anak yang dah berkahwin, menantu2 yang disalahkan atau sering dijadikan kambing hitam dituduh menjadi punca perpecahan keluarga.

Padahal dalam situasi ini menantu hanya berpihak kepada pasangan masing-masing utk mengelakkan pergaduhan tersebut dibawa masuk ke dlm rumahtangga masing-masing.

Orang tua pula, tidak mahu disalahkan, tidak merasa bersalah, play victim, salahkan orang sekeliling, salahkan segala jin, ataupun segala makhluk hidup yang ada di muka bumi.

Statusnya sebagai orang tua seringkali dijadikan alasan utk menutup kesalahan jika ketahuan menjadi punca pergaduhan keluarga.

Mohon insaf dan banyakkan ibadah.

– Orang Luar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. knn…nie la yg sbnrnya…kita org luar tetap d salahkan…blum lg ipar biras yg suka bw mulut…ipar ppuan kita sedia maklum la mcmne…nie dgn biras llki yg rsa terpaling bgs…ingt la..kita bt pd fmly org…1 msa fmly sndiri yg terkena msa tue baru trfkir …jln yg terbaik bw diri sndiri….

  2. Sebenarnya itu jg yg sdg berlaku dlm family sy. Selalunya sy layankan je apa yg mak ckp cuma ada masa sy bangkang jgk kalau x setuju dgn apa yg mak cerita tu..tak taulah sbg anak kdg² serba salah jgk.Sy tak sukalah bergaduh dgn adik-beradik dan ipar duai sbb sy suka kehidupan yg gembira dan aman damai👌🏻😊

  3. Hidup dlm kluarga ni mmg bnyak ‘kerenah’ dan dugaan nya.. kdg2 ibu itu bercerita kpd ank kerans ingin ‘curhat’ dan release ‘tension’ dia sendiri, tp pihak yg mendengar perlu pandai menenangkn dia semula, tanpa mnyokong mne2 pihak.., tp jika sampai ank2 ‘bermasam muka’ antara mrk pula, ibu harus berperanan ‘adil’ dan menghentikn bercerita yg membawa kesan yg negatif.. di sebalik itu bnyakkn usaha dan berdoa agar ank2 akn ‘bersatu hati’ dan mahu bercskap & berbincang secara sihat n santai.. perkara2 yg lepas jgn diungkit, n klaw bole rendahkn diri n minta maaf semula.. klaw nk ‘eratkn’ ikatan kluarga, slalu lah berjumpa, mngkin juga bole buat ‘hari kluarga’ dan bertukar2 hadiah antara satu dgn yg lain.. ank2 atau cucu2 jgn dilibatkn, jika ada konflik kluarga, sbb mrk ni akn jd ‘penerus’ kpd generasi kluarga, klaw mrk ni dari awal dah diajar utk ‘berpecah’ & bermusuh, keadaan ini akn berterusan sehingga lah kpd keturunan yg akn dtg.. wallahu a’lam bissawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *