Baru-baru ni, aku ade belajar beberapa teknik untuk meningkatkan keupayaan naluri diri supaya ia jadi satu unsur yang dominan dalam diri. Tak sangka semenjak aku praktis aku perati banyak perkara yang tersingkap dalam mata aku. Orang kata aku kasyaf, entahh aku pun tak berapa paham sangat kasyaf tu macam mana.
Tapi yang aku belajar ni mudah je korang kene berlatih dan ada bacaan dia sampai naluri diri tu selari dengan mata zahir. Barulah korang akan paham yang naluri korang sebenarnya tak pernah menipu korang tapi mata zahir koranglah yang terhijab. Contohnya time aku bangun tidur aku selalu teka waktu tu pukul berapa. Sampailah tekaan aku tu tepat. Percaya atau tak, setakat ni dah lebih sebulan aku teka dan semuanya betul. Kadang-kadang aku tengok langit sambil teka pukul berapa. Biar naluri diri sentiasa tajam. Sebenarnya seme orang boleh dapat kemampuan ni Cuma tinggal lagi kene asah. Pernah jugak aku berlatih teka sapa yang call aku sebelum aku tengok henfon.
Bila naluri diri korang dah jadi suatu yang dominan barulah korang dapat rasa sesuatu perkara dalam hidup. Kadang-kadang korang dapat rasa ada benda buruk yang akan terjadi kat kawan-kawan, family atau kat mana-mana. Dan mostly memang itu yang aku rasa dan ia memang terjadi.
Kadang-kadang naluri korang mampu rasa kehadiran makhluk halus, jin dan sebagainya. Contohnya time korang mandi malam-malam kat tandas. Naluri korang rasa tak sedap dan ada benda yang memerhati tapi bila tengok sekeliling takde pape. Sebenarnya dia memang ada sebab naluri kita tak pernah menipu tapi mata zahir kita yang terlindung. Jangan takut, relaks dan berlatih. Sampai satu tahap korang bukan lagi dapat merasa tapi dapat melihat kewujudannya yang nyata. Dia hidup macam kita dan dia juga buat apa yang manusia buat.
– Idham
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit