Perempuan cuma perlu jadi cantik, itu sahaja.

Duduk UIA ni, nampak perempuan cantik tu biasa. Celik je mata, perempuan cantik merata rata. Dah lah cantik, masing masing bergaya pulak tu. Walaupun ramai yg cantik, tak dilupa ada jugak yg kurang cantik (bukan nak judging, ni cuma dari mata kasar manusia), termasuk lah aku.

Aku ada kawan baik yg mana tiap hari aku berjalan dgn dia kat kampus. Kawan baik aku ni mmg cantik lah. Cantik tahap kalau lelaki lalu sebelah, lelaki akn pandang dua kali. Ada jugak yg pandang byk kali. Tapi tu namanya jakun lah.

Personaliti kitorang berbeza. Dia lembut malah sopan tapi tak berapa fun lah sebab perempuan cantik jarang reti bergurau. Aku pulak sedikit kasar, pastu mudah terhibur.

Bila ada brother yg rapat dgn kitorang (kawan kitorang), paling menyampah bila brother tu guna saya/awak atau I/U dengan bff aku tu tapi dengan aku guna aku/kau. Woi prejudis. Touching gak lah tapi aku rilek jelah sebab aku kan sedo diri.

Pastu bila ada kawan lelaki ajak kitorang berdua keluar, aku ni sekadar pengganti syaitan. Kiranya mamat tu cuma nak date dengan kawan aku. Aku ni sekadar batu loncatan ha entah lah aku nak panggil diri sendiri ni sebagai apa. Bila keluar, diorang akan berjalan berdua pastu aku bersendirian di belakang mengenang nasib diri.

Tapi cukup lah pasal diri aku, aku nak cakap pasal kawan baik aku tu pulak. Mmg lelaki ramai minat pastu ngorat dia. Tapi tak lama pun lelaki tu nak ambil hati dia. Aku rasa paling lama pun adalah dalam sebulan camtu. Selalunya lelaki datang dan pergi je dalam hidup dia. Apsal korang buat kawan aku macam tu woi!

Kawan aku ni pun sebab dah selalu kecewa dengan lelaki, dia pun suka main wechat. Kau main wechat nak buat apa. Kalau aku cantik, aku tak main lah wechat. Ni dalam pada tak cantik pun, aku tak main.

Aku tak tahu lah lelaki nak apa sebenarnya. Perempuan kurang cantik diorang layan buruk buruk. Perempuan cantik diorang tackle sampai dapat lepastu buang. Aku rasa sebaiknya, perempuan tak payah mudah sangat melayan kot. Bak kata orang, senang dapat senang lah lepas. Kalau baik caranya, baik juga lah ending nya. Okay tu je, wassalam.