Kisah perempuan FAKE
Aku ni seorang yang agak gile-gila boleh kawan dengan sape je. Jahat ke baik boleh sahaja. Kisah dia bermula bile aku mule masuk belajar di U. Aku ade kenal seorang perempuan FAKE ni. Rupa memang manis, lawa , Ayu, lemah lembut kalu korang tengok pasti korang akan cakap sempurna la. Part 1 dia dan aku macam belangkas kire pergi mana je mesti berdua. Lagi-lagi die ni sebilik dengan aku. Aku memula tak kisah la nak buat apa je yang die suruh sebab aku ni jenis sayang kawan aku. Tapi die ni pelik gile. Bila dalam bilik die ni fake sangat2. Dengan menjerit-jerit siap dengan maki hamun tapi depan orang terutamanya lelaki pijak semut pun tak mati wei. Dengan cara dia yang lemah gemali suare die pandangan die gerak gaya macam puteri gunung ledang. Aku ni memang kasar.
Okey ini part bile aku mule bengang. Die mintak tolong aku ajar buat work, time tu pulak die main hpn. Aku tak kisah sangat sebab aku ni tak pandai nk mengajar. Aku pon buat la home work die sampai siap. Paling aku begang die suka suruh aku masak meggi malam2. Tumpang katil aku nak tidur. Ajak aku ponteng Kelas. Die boleh pinjam duet aku rm200 lepas tu bagi lelaki pinjam. Aku tahu pun lepas budak lelaki tu mengadu kt aku si Fake ni baik bagi die pinjam duit. Kalu ko nak tahu tu duet aku wei. Aku bukan ape, ye la aku ni tak lawa jadi orang selalu tengok aku mcm si cantik dengan si hodoh. Korang cuba duduk sebilik dengan perempuan ni. Mesti korang rase macam neraka jahanam. Kiteorang duduk sebilik empat orang yang lagi dua memang tak ambik tahu sangat. Bile dorang nampak aku mcm kene buli dorang la yang bagi aku semangat suruh melawan. Lepas tu die selalu buget pandai sangat. Komen essy aku itu ini salah. Lepas tu bohong result die B untuk BI time spm sebenanye sama je mcm aku bodoh. Tu pun roomet aku yang lain yang kantoikan. Tapi die ni mcm ade satu kuase aku tak boleh nk marah. Tapi hati aku macam nak meletup je korang tahu tak. Aku ni nak kata memang seorang panas baran. Tapi dengan kawan aku kalah sebab aku tak sampai hati.
Satu mase aku lega sebab aku dapat duduk bilik asing dengan die. Aku dapat kawan baru yang mulut macam puaka tapi hati baik gile. Wei aku sayang gile kat ko SAHABAT. Semenjak tu aku jd takot nak berkawan dengan orang selain kawan baik aku tu. Yang malangnya aku tak tahu macam mane die boleh nak duduk serumah dengan kawan baik aku sem akhir. Aku mati-mati tak nak sebab nanti die mesti kene duduk dengan aku gak. Kami sewa rumah akhir sem. Kawan baik aku cakap tak ape la sabar la. Bia je la. Aku cakap dengan kawan baik aku. Jangan percaya sesiape pun termasok aku. Jangan baik sangat. Mungkin aku boleh ngorat pakwe ko mungkin die. Kawan aku terpinga-pinga. Akhirnya ape yang aku rase jadi kenyataan. Meletop la perang antara kawan baik aku dengan perempuan fake tu.
Bile aku sambung belaja kawan baik aku tak nak sambung. Macam nak nangis aku rase. Sape nak jadi kawan aku nanti. Sebenanya macam-macam yang terjadi bila aku sambung study sebab kiteorang satu class. Aku bukan nak gelakkan kawan aku si A tu. Si A ni antara kawan aku gak tapi Si fake tu jadikan die mangsa terbaru die. Dulu die nk sangat kawan dengan si Fake tu. Tak sampai 2 sem kawan tu lari cari aku dan mengadu bende yang sama. Gelak besar la ape lagi. Aku cakap kat Si A macam tu la aku rase dulu. Setahu aku la kawan die bertukar ganti tak ade yang tetap. Sekarang aku dah convo Alhamdulillah.
Masalahnya mcm ni. Aku selalu mimpi pompn fake ni. Die masuk dalam mimpi aku mcm hantu. Aku macam trauma gile. Senang cerita aku di hantui. Makin aku benci makin selalu mimpi die. Aku mintak jauhkan kawan macam die. Lawa tapi fake. Macam mane aku nk elak dari mimpi die. Aku penah terpikir nak jumpe dia nak mintak maaf kat die. Tapi ape salah aku. Aku nak bebaskan perasaan benci aku kat die. Macam membatu dan jadi hitam hati aku rase.
-Miss Ketakutan
– miss ketakutan