Salam. Saya cuma nak kongsikan masalah saya dan pada masa yg sama minta nasihat. Mmg tak boleh nak cerita kat org personally sbb malu. Nak pendekkan cerita, saya ni perempuan, ada seorang saudara (sebenarnya anak angkat but whatever) perempuan juga. Saya mmg rapat dengan dia tetapi ada perangai dia yg buatkan saya tak puas hati.
Sedara saya ni suka usik2 saya. Dia suka tepuk2/tampar punggung saya. (Maaf lah kalau bunyi mcm pelik but tu realitinya). Di kalangan2 org2 perempuan benda ni kadang2 normal, sbg guraun. Tetapi, sedara saya ni kerap sgt buat. Asal saya lalu je mesti tangan dia ikut sekali. Sampai kadang2 tu saya terpaksa berjalan ke depan sambil menghala belakang, mcm reverse walking lah, sbb taknak dia sentuh. And bila dia buat tu, dia akan buat bunyi, err, tak tahu nak ckp cm mana (mcm bunyi geram gitu). geli lah. Dan sambil buat tu dia suka sebut "nicki minaj" (sebab nicki minaj kan terkenal dgn benda tu). Saya pun kadang2 marah jugak, tp dia ketawakan. Dia igt saya main2.
Ni masalahnya, kalau dia tu lelaki mmg senang je nak respond, sbb mmg ada batasan pun, batasan yg tak boleh dipertikaikan. Tapi sbb dia perempuan, boundary tu mcm tak clear sgt. Nanti marah gila2 mula lah tak bercakap, pastu jadi awkward. Honestly, aku mmg benci bila dia buat mcm tu. Bagi aku, ada unsur gangguan seksual. Bukannya nak overreact tp sbb sedara aku tu dulu mmg suka pornography. Aku tak tahu dia tu lesbian ke tak. Aku tak mahu tahu pun. Yang aku tahu bila dia ada, aku akan pakai baju tutup habis, longgar lagi! Even dgn abg2 aku pun aku pakai mcm biasa. Sbb aku perasan kadang2 mata dia berkeliaran. Aku tak sure lah if dia tgh "melayan" or "mengjudge", tapi sbb 'minat' dia tu, aku yakin yg mana satu.
Walaupun perempuan ngn perempuan, still kene ada batas pergaulan. Aku nak dia ni stop ngn perangai jijik ni tp dlm masa sama tak nak keruhkan hubungan. Aku nak cerita kat kawan aku pasal benda ni pun malu :'(
– Notlesbian