Perempuan Keji Untuk Lelaki Keji

Assalamualaikum,
Aku cuba summarized kan perangai kakak aku dan laki dia.
Serta consequence yang aku perhatikan dari awal perkahwinan dorang sampai laa ni.

KAKAK:
1. Playgirl
Selalu je tukar laki. Layan laki sana, layan laki sini. End up dengan ditinggalkan beramai-ramai oleh lelaki-lelaki itu. Kesian.

2. Pendendam
Dia ni pantang kena sikit, akan benci orang tu sampai mati.

3. Pemalas
Kat rumah memang adik-adik yang buat semua a sampai z. Datang perangai cipanzi dia, dia tidur bangun nak zohor nanti. Terperap kat bilik. Bilik bau busuk kepam beb.

4. Layan mak aku macam hamba
Dulu kat family dia sorang ada kereta. So apa-apa kalau nak pergi mana-mana dia sorang lah harapan mak aku. Tambah pulak kakak aku sorang lagi tu tengah study kat u. Mak aku nak gi supermarket, mak aku turun sorang-sorang, tolak troly sorang-sorang. Ingat mak aku tu hamba kau! Beras tu kau makan jugak kan!

5. Kaki Joli
Dia ni kerja kemain banyak tempat, tapi duit satu sen pun tak nampak. Berjoli je kerja dengan jantan pilihan hati dia. Ops..

6. Geng Kereta
Ni macam puak-puak baru dapat kereta. Biasalah… Kalau join group2 kereta ni, balik mesti lewat malam. Menyampah! Mengada-ngada!

7. Tak bertanggungjawab
Aku rasa satu hal kat rumah ni pun dia tak ambik tau. Kerja menghabiskan masa dengan jantan je. Kena tipu dengan jantan sana sini. Pantang dipujuk rayu! Come on lah maruah mana maruah?

8. Panas baran
Dia ni kalau gaduh dengan jantan-jantan dia tu, maki hamun dia tak lekang. Ish ish ish. Habis satu rumah ni akan jadi mangsa dia

LAKI DIA:
1. Perokok tegar
Lepas majlis makan beradab pun, rokok kat tangan. Mana adab kau ha? Biasanya.. orang tua-tua nampak dah boleh judge jenis laki ni macam mana. Majlis kau kot. Respect sikit.!

2. Pemalas
Hari 1st kat sini, aku dah boleh nampak dia ni pemalas sebab tak reti basuh pinggan.. Eh hello ! adik aku yang lelaki tu pun bapak aku ajar basuh pinggan sendiri tau ! Kau ingat kau anak raja ? Sampaikan rumah sewa pun, adik ipar kau ni yang dok sental.. Sebab kami semua diajar kot dari kecik untuk basuh semua sendiri, tu yang macam tak boleh terima bila pendatang buat perangai .

3. Pengotor
Rumah sewa dia banyak baju kotor gantung-gantung .. YaAllah geli aku tengok, kadang-kadang kesian tengok akak aku tu dok lintang pukang buat kerja sendiri.

4. Tak tau mengaji
Patut la time akad nikah, kedengaran AlFatihah yang dia baca tu pelik semacam. Lepas kawin, akak aku dok nangis kat mak aku yang laki kesayangan dia tu rupanya tak reti mengaji.

5. Belagak kaya
YaAllah dia boleh buat loan semata-mata nak beli handphone.. Lepastu loan dia tu pulak atas nama kakak aku.

6. Panas baran
One day, kakak aku keluar makan dengan dia.. N kakak aku tersendawa, dia boleh marah macam kakak aku buat silap besar dekat restoran tu konon-kononnya dia malu sebab girlfriend dia sendawa.. ish ish ish

7. Acah hensem
Sejujurnya cakap muka dia ala-ala abang remy ishak versi bangla la, tpi dia punya acah hensem tu macam hape.. Eh wake up la dari acah hensem kau tu !

Consequences selepas kahwin :
1. Start tak keluar-keluar, n duduk terperap dekat rumah.. Padahal sebelum kawin kemain galak depa dating balik malam-malam.. Sepatutnya after kawin la time nak dating dengan isteri kan?

2. Kakak aku always kena masak ikut selera tekak laki dia. Ya memang betul yang isteri kena masak apa yang laki suka, tapi kalai terlampau memilih payah juga kan ? Pernah one day, akak aku masak ikan bakar ikut recipe mak aku. Tapi malangnya laki dia langsung tak usik masakan dia tu.. Sedih aku dengar.

3. Kakak aku terpaksa naik kereta laki dia without roadtax sebab tak mampu nak bayar roadtax. YaAllah mana hati perasaan laki dia? Tak fikir ke kalau akak aku kena tahan dengan polis tepi jalan ?

4. Kakak aku tertekan dengan laki dia sampai badan dia susut n cengkung gila. Padahal before kawin dia cantik je.. Dia mengadu dengan mak aku yang dia stress dengan laki dia yang terlampau memilih.

5. One day, ada majlis dekat rumah aku. Laki dia suruh akak aku masak benda lain and dia langsung tak sentuh masakan mak aku tu.. Bila depa balik, mak aku rupanya sangat kecik hati dengan perangai dia.Kau bayangkan akak aku terpaksa masak benda lain semata-mata nak layan laki dia tu.

6. Diorang try hard untuk post sweet-sweet dekat media social, tapi aku rasa fake semua tu.

7. End up, sekarang aku tau yang akak tu sebenarnya ada rasa penyesalan dalam diri dia .

** Nota kaki **
1. Berbuat baiklah dengan parents . Sebab what you give, you will get back.
2. Pilih lah lelaki seperti yang Rasulullah pesan dan bukan atas dasar tangkap muat.
3. Jangan sesekali lengahkan solat, sebab solat memang everything. Sebelum kawin, kalau boleh jangan tinggal solat istikharah.
4. Restu mak ayah tu memang important. Kalau mak ayah tak setuju dengan pilihan hati korang, jangan sesekali memberontak n try ambik dari segi positif.

~ Surah Annur ayat 26 :

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).”

** Jadi kalau nak suami yang soleh, kita as perempuan ni pun kena ubah sedaya upaya untuk jadi solehah **
SEKIAN :)

– Detective Bukan Conan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit