Perempuan melamar lelaki

Apa pendapat korang kalau saya nak melamar seorang lelaki yang bagi saya agak sempurna. Tahun depan usia dia mungkin cecah 33 tahun dan apa yang saya tahu dia masih bujang. Kadang terfikir kenapalah dia masih membujang sampai sekarang. Secara zahirnya nampak dah sempurna dengan rupa yang tenang, berkerjaya, agama elok, pendidikan tinggi. Serba serbi sempurna pada mata saya. Biarpun beza umur kami sangat jauh lebih sepuluh tahun beza, tapi saya sanggup terima dia seikhlas hati. Ikutkan hati nak je saya luahkan perasaan ni tapi masih fikirkan adat kita wanita harus menjaga adab. Kalau saya lambat takut dikebas orang pulak. Bukan senang nak jumpa lelaki baik sekarang ni. Walaupun saya ada sekeping ijazah, saya sanggup sekiranya dia minta saya jadi suri rumah sepenuh masa fokuskan jaga suami dan anak2. En.B saya tahu en akan baca luahan ni sebab saya pernah nampak en. like and comment something. Dalam hati ada niat kalau en.B sudi jadi suami saya, saya nak cakap dgn mak, hantaran al-quran sudah cukup. Tidak perlu bersanding. Cukup nikah dan bahagia ke akhirnya. Doakan saya doa saya diperkenankan itupun kalau en.B masih belum berpunya. Tak sanggup rampas hak orang biarpun saya benar2 ikhlas. Doa saya agar en.B sentiasa dalam lindungan Allah.

– Ranina

CREATE A POST