Pergantungan

Terima kasih admin approvekan. Aku just nak share cerita, mungkin aku rindu kot. Hmm, moga Tuhan selalu berkati rohnya.

Aku masih ingat saat ni, saat aku terpisah dengan insan yang paling aku sayang; yang menjaga aku seusai aku lahir ke dunia. Arwah nenek banyak jaga aku, ajar aku tentang hidup. Insan yang selalu ada masa susah senang aku, yang beriya-iya semangat temankan aku study, yang marah aku bila aku buat silap, yang takkan pujuk aku bila aku merajuk. Haha. Yang selalu membebel-bebel bila ada benda tak kena. Kalau dulu, suara dia aku rasa bising sangat dalam hari-hari aku, biasalah, darah muda. Haha.

Sebelum dia pergi tuk selamanya, masa aku form4, Hari Jumaat, arwah nenek nak sedekah, (arwah nenek mmg tiap hari Jumaat akan sedekah,) aku taktahu cemana dia boleh jatuh masa tu , mungkin itu sebab dia jatuh sakit. Tulang pinggul dia retak, sejak dari tu, dia dah jatuh sakit, aku ulang alik hospital utk jaga dia,ada ketika aku terlewat pergi sekolah,sbb balik dari hospital pagi tu, siap-siap pergi sekolah. Ntah,aku takboleh tengok dia sakit, aku menangis, kadang-kadang, aku rasa aku nak ganti tempat dia, tapi, aku tahu, aku tak mampu. Aku selalu berdoa kat Dia, supaya beri dia kekuatan&kesembuhan, dunia aku hanya ada dia, dia lah kawan, dia lah teman aku, dia bahgia, aku bahgia, dia berduka, aku turut merasai benda yang sama.

Sepanjang aku bersama dia, aku tak pernah dengar dia mengeluh dgn ujian yg Dia beri, dia redha, kalau apa-apa mesti "takpa, Allah sayang nenek, Allah nak hapuskan dosa nenek" dia takpernah putus zikir dari bibir dia, selalu solat awal waktu (kalau aku taksolat lagi, tgk TV, dia membebel-bebel lah, haha. Siapa kan nak tolong kita dekat sana nanti, kalau bukan solat kita?) even dia sakit pun, dia masih lagi sedekah, arwah dulu tak reti sangat baca AlQuran, tapi boleh lah, walaupun macam tu, dia masih cuba utk baca. Kadang-kadang, dia suruh aku bacakan utk dia,katanya suka dgr aku baca. aku bahgia punya org mcm dia,dia sangat positif. Pergantungan dia dengan Tuhan sangat tinggi. byk aku belajar tentang hidup dari dia.

Masa hari pengakhiran hidup dia, sebelum nafas terakhir dia, dia mengucap. Aku nampak segalanya mudah; mungkin sbb masa dia hidup, banyak benda tersirat lagi antara dia dengan Tuhan yg aku tktahu. Masa nak mandikan jenazah, itulah kali pertama aku mandikan jenazah, atas permintaan dia sebelum meninggal,dia nak aku mandikan. ;) waktu tu, aku terbayang diri aku yang kaku, sejuk, dimandikan org lain. Aku takut. Masa solatkan jenazah, ramai sangat yang solatkan dia, masa proses pengebumian pun, sangat mudah. Semuanya mudah. Benarlah, bila kita buat baik ketika hayat didunia, bila kita mati juga, dibalas baik juga. Kan? Allah Adil. ?

Tapi sekarang, dah 2 tahun, Tuhan ambil dia semula dari aku, suara itulah yang aku rindu, suara, pelukan dia lah yang aku perlukan bila aku down, bila aku perlukan kekuatan. Iya,aku rindu dia. Baru sekarang, aku sedar sayangnya dia dekat aku, banyak benda yg dia ajar aku sebelum dia pergi jauh. Sekarang, bila fikir balik, semua benda yang dia bebelkan, semua benda yg dia tegur, semua utk kebaikan diri aku sendiri. Jadi, hargai lah org yg masih ada utk kita harini, yang masih tegur kita, yg masih membebel-bebel utk kita, kelak, itulah suara yg paling kita rindu, kalau kita rasa rimas, bersabarlah, suara itu hanya utk seketika. ?

Sekarang aku belajar, pergantungan dengan Tuhan tu sangat tak mengecewakan. Kalau selamanya kita bergantung dengan manusia, kita yg sakit. Sbb org tu dah takda utk selamanya, aku hanya mampu sedekahkan alfatihah buat dia,. Terima kasih utk semua semangat yg pernah ditiupkan, moga bahgia disisiNya. insan yg merinduimu,selalu. ?

Aku masih dalam proses ; pergantungan dengan Dia. Doakan aku kuat utk hadap semua ujian dunia. ?

Dialah bagaikan mak, dia jugalah bagaikan abah aku. Alfatihah. ;')

– MencariDia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *