Untuk part I, (https://iiumc.com/peribadi-berubah-jadi-teruk-kerana-sakit/).
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang sudi luangkan masa untuk komen di confession saya yang sebelum ni.. sama ada komen yang negatif mahupun positif.
Tangan saya mengigil semasa menaip confession kedua ni.. dada sakit sangat-sangat rasa sesak nafas sekejap baca komen-komen tu. Tak semua saya baca, sebab sebaris ayat tu pun dah buat saya triggered sangat dan dada saya jadi semakin sakit.
Hanya komen-komen yang memberi guide buka fikiran kearah cara nak selesaikan masalah saya sahaja saya baca sampai habis. Terima kasih pada tuan punya komen yang membantu tu. InshaAllah saya cuba selesaikan masalah saya ni satu persatu.
Ada ramai yang tak faham atau cuba buat-buat tak faham dan terus menghukum saya. Dan ada juga memihak kepada ibubapa dan adik beradik saya sehingga menyuruh saya pulang ke pangkuan mereka (sedangkan di akhir penulisan saya ada mention supaya jangan suruh saya balik).
Disebabkan respon-respon dari orang sebegitu lah yang membuatkan saya rasa saya ni teruk tak layak hidup, semua yang jadi salah saya, keluarga tak ada buat salah, yang salah hanya saya sorang, mesti ada benda yang saya buat sebab tu keluarga buat saya macam tu, blablabla..
Sakitnya terima kata-kata macam tu (saya harap kalau kalian ada anak, anak-anak kalian tak rasa apa yang saya lalui).
Saya jauhkan diri dari mereka bukan sebab saya suka-suka. Jadi kenapa saya perlu balik ke pangkuan mereka?
Apa yang mereka boleh buat untuk saya? Nak herdik saya lagi? Nak tengking saya lagi? Nak ungkit semua pemberian yang pernah mereka berikan masa saya bayi hingga usia remaja dulu lagi?
Nak mintak duit bil elektrik dan bil air dekat saya lagi? Nak suruh saya jadi bibik 24/7 lagi sampai saya tak ada masa untuk study? Apa lagi? hmm rasa tak jadi saya nak luah kat orang, sebab memang dah tahu apa respon orang yang mendengar/ membaca.
Saya tak salahkan orang yang komen negatif tu seratus peratus juga la.. Mungkin saya kena cerita lebih detail. Kalau saya cerita detail, nanti confession ni jadi part 10, part 20, part 30 pulak.
Em takpelah.. Tapi yang pasti, saya pernah pergi darusshifa beberapa kali sebab saya selalu jatuh sakit. Alhamdulillah tak ada kena mengena dengan jin ke apa pun.
Kepada tuan punya komen yang cakap saya ni jin, saya harap suatu hari nanti Allah buka mata awak untuk rasa apa yang saya lalui selama ni, mungkin dengan cara tu awak akan faham. Sebab dengan penulisan awak tak boleh faham.
Sama macam tajuk confession. DULU saya bukan manusia yang macam ni. DULU saya sangat menjaga diri, adab, maruah, pertuturan, sampaikan nak bercakap dengan lelaki pun malu-malu..
Tapi selepas dah berkali-kali saya disakiti oleh keluarga sendiri dan jantan-jantan tak berguna tu, SEKARANG saya jadi manusia yang macam ni.
Sebab dalam fikiran saya kata untuk apa saya jadi baik? Tetap juga orang-orang buat jahat dekat saya. Untuk apa saya jaga maruah saya lagi? Dah kotor pun. Untuk apa saya jaga adab dan sebagainya?
Keluarga sendiri pun tak suka aku, apatah lagi orang luar. Dan banyakkk lagi fikiran-fikiran sebegitu bermain dalam kepala saya dan akhirnya membawa perubahan pada diri saya untuk jadi seperti ini.
Soal panas baran tu, demi Allah DULU saya susah sangat nak marah orang. Tapi tak tahu kenapa SEKARANG saya jadi orang panas baran, mudah marah-marah. Kadang-kadang saya rasa macam ada sikit sikap ayah saya pada perubahan diri saya yang SEKARANG ni.
(maaf lah kena higlightkan perkataan “dulu” dan “sekarang”, sebab nanti ada yang kata saya jin, ada yang tak percaya betul ke saya ni pendiam baik, blablabla).
Soal lelaki yang selalu membantu dan menjaga saya kat sini. Ye, kami dalam perancangan nak kahwin. Tapi saya masih takut-takut dan trauma.
Saya takut saya terkena lagi macam dulu. Saya takut lepas kahwin nanti perangai dia macam ayah saya (saya selalu baca orang kata sebelum kahwin semua nampak baik).
Saya takut kalau saya jadi ibubapa, nanti anak-anak saya lalui apa yang saya pernah lalui (doakan saya supaya saya tak jadi macam ibu saya. Dan doakan supaya lelaki yang bakal kahwin dengan saya tu tak jadi macam ayah saya. Aamiin).
Saya takut dengan apa yang saya pernah lalui waktu dulu, saya risau, dan saya tak nak benda tu terjadi lagi pada diri saya.
Saya dah penat. (mohon doakan kami dapat kahwin dalam masa yang terdekat ni, sebab saya pun taknak dia tolong saya hari-hari macam ni tanpa ada ikatan apa-apa..
Mohon doakan kami ye.. sebab family saya agak susah nak terima orang yang tak ada pendidikan dan kerja biasa-biasa, diorang malu nak perkenalkan orang sebegini dekat sedara mara dan orang-orang luar, dan tak akan mengaku keluarga).
Satu lagi, masa saya menaip confession yang pertama tu, saya dapat rasa akan ada lelaki-lelaki yang akan cakap saya ambil kesempatan dekat lelaki yang menjaga saya sekarang.
Maaf, dekat bahagian mana saya ambil kesempatan ye? Saya pernah tanya kawan lelaki saya ni, kalau saya tak dapat bayar/ balas balik dan ditakdirkan kita bukan jodoh macam mana.
Dia cakap dia halalkan dan dia cakap apa yang dia buat tu sebenarnya nak tolong, sebab dia tahu saya tengah susah.
Tapi dia sentiasa berdoa agar kami sebenarnya jodoh, sebab dia nak jaga saya, dia cakap tak nak saya hidup susah lagi sebab dah bertahun-tahun saya hidup dalam kesusahan, dia nak saya rasa senang dah lepas kahwin dengan dia,
Dan dia nak saya masuk dalam keluarga dia supaya saya dapat rasa kasih sayang dari mak ayah dan rasa macam mana kebahagiaan hidup dalam keluarga yang tak pernah saya rasa selama ni.
(Dia tahu masalah yang saya lalui, dan dia tahu kisah silam saya dipergunakan jantan-jantan tak guna tu). Dia mula suka saya pun selepas dia tahu masalah-masalah yang saya lalui tu semua. Bukan selepas dia suka saya baru dia tahu semua tu.
Lagi satu, saya ada duit simpanan sikit-sikit (sebab saya jenis suka menabung sejak kecil), saya bayar sikit-sikit dekat dia mana yang saya mampu bayar.
Tapi dia selalu menolak, dia suruh saya simpan, dia cakap nanti kalau ada benda saya nak guna duit saya boleh pakai duit tu. Dan satu lagi dia cakap kalau tetiba dia tak ada duit nak tolong saya nanti atleast saya masih ada duit saya sendiri.
Ada juga komen yang sudi bagi saya menumpang dalam keluarganya. Saya ucap terima kasih banyak-banyak. Maaf saya tak dapat terima, sebab saya risau kalau nanti saya kena tikam belakang. Sebab DULU saya pernah ada kawan rapat, dia tahu semua pasal saya.
End up, dia buat cerita macam-macam dan tak betul dekat family saya, sampaikan family saya tuduh saya buat benda tak elok belakang family.
Dan saya pernah menyewa di salah sebuah bilik sewa, owner tu tanya saya macam-macam soalan korek sampai lubang cacing (mungkin dia pelik saya masih muda tak ada kerja tapi nak menyewa).
Saya tak pandai nak menipu, jadinya saya jawab je semua soalan dia. End up, dia bagitahu family saya kat mana saya berada.
Cukup la kot sampai sini saya perjelaskan. Selebihnya kalau masih ada yang menghukum dan menganggap saya ada buat ‘sesuatu’ yang menyebabkan keluarga saya buat perangai macam tu dekat saya,
Saya harap suatu hari nanti Allah tunjuk dan buka mata kalian bahawasanya wujud jenis keluarga & ibubapa yang benci darah daging dan anak sendiri tanpa sebab.
(Doakan saya dapat kerja cepat lepas tamat pengajian ni dan dapat kekuatan semangat untuk terus hidup tanpa pedulikan kata-kata buruk dari orang-orang dan dapat lupakan kepahitan di masa lalu yang saya lalui tu semua.
Dan doakan kawan saya yang sentiasa menolong bagi nasi dekat saya hari-hari tu dimurahkan rezeki dan dapat pekerjaan yang lagi bagus, sebab dia pun tengah cari kerja juga sekarang. Dan doakan kami berjodohan ye.. Aamiin)
Sekian…
– Aris (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit