Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya Melati, nak menjawab confessions Orked yang bertajuk ‘Hina sangat ke pelat ?’ (https://iiumc.com/hina-sangat-ke-pelat-ni/).
Saya tak assume Orked ada tongue tie. Cuma saya nak pamerkan tongue tie juga salah satu punca pelat.
Permulaannya bila mana saya melahirkan anak, dan mulalah drama menyusukan anak. Saya fikirkan mudah, hanya buka dan sua. Tapi tidak bagi anak yang mempunyai masalah tongue tie.
Tongue tie ni bukanlah satu penyakit atau cacat ke. Bukan, dia mungkin dari keturunan atau memang Allah nak beri.
Tongue tie tu ada macam tali/ tisu bawah lidah. Ia menyebabkan seakan lidah takboleh lentur dengan baik.
Tongue tie ni ada tahap, tahap 1-4. Tahap 1-2 takperlukan pembedahan, manakala tahap 3-4 perlukan pembedahan yang dipanggil fretonomy.
Masa saya mula menyusukan anak, anak susah betul nak lekap kepada aerola. Sampai nurse pun tarik aerola hala ke anak supaya anak dapat lekap dengan betul. Tapi sekejap jelah, lepastu terlepas balik.
Masa tu baru jadi mak kan manala tahu kenapa jadi mcm tu, anak pulak takhenti nangis sebab lapar.
Balik dari hospital terus sumbat susu fm dalam botol, anak minum habis lencun baju. Tumpah-tumpah anak minum. Saya pun tak fikir apa mungkin macam tu bayi minum.
Setiap kali menyusukan anak rasa perit sakit sangat. Mengadu dekat mak, mak kata alah biasalah tu.
Nak dijadikan cerita, chat dengan kawan, kawan kata mungkin anak kau tongue tie kut. Cuba tengok bawah lidah. Saya pun cek bila anak nangis saya perhatikan bawah lidah anak.
Saya pun book appointment dengan lactation center di HBM center, Sek 13 Shah Alam.
Mula je sesi Kak Dy terus terjah bawah lidah anak. Terus Kak Dy cakap “Mommy, anak mommy ni ada tongue tie mungkin tahap 3/4. Minta refer pakar ya”
Kami pun pergi ke Klinik Gradivities untuk release tongue tie. Doktor nasihatkan untuk buat fretonomy.
Antara sebab bila anak ada tongue tie, anak susah nak menyusu dengan betul, bila anak masuk 6 bulan susah nak telan solid food, susah nak bercakap, pelat dan sebagainya.
Tak semestinya anak ada masalah tongue tie dalam penyusuan tapi bila masuk bab makan anak takboleh telan jadi terpaksa juga buat fretonomy.
Sebelum buat fretonomy doktor akan buat assesment sekiranya tahap 3/4 memang kene buat. Doktor juga nasihatkan buat fretonomy bawah 6 bulan.
Tak semua klinik atau hospital menerima patients bawah 6bulan. Biasanya mereka menerima patients atas setahun.
Lepas sahaja anak selesai buat fretonomy, anak minum susu melalui botol tak lagi tumpah meleleh lencun baju. Alhamdulillah anak dah boleh menelan dengan baik.
Apa yang saya perasan bila anak ada tongue tie macam saya, memang ada kalanya pelat, sukar nak bercakap, susah nak menyebut sesuai perkataan. Rasa lidah tu takboleh lentur dengan baik.
Nasihat saya pada Orked, jumpa dengan pakar dahulu sekiranya betul ada tongue tie boleh buat fretonomy.
Keputusan ditangan Orked, kalau nak boleh carik mana-mana klinik yang menawarkan fretonomy.
Kalau masa bayi buat fretonomy, takdelah teruk sangat. Bila makin besar, kemungkinan darah akan banyak bila buat fretonomy.
Apa-apa pun jangan bersedih bila orang gelakkan ke apa, anggap saja itu satu kelebihan pada diri awak.
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit