Assalamualaikum thank you admin jika sudi siarkan confession aku ni. Aku Aira, dah kahwin dan dah ada anak seorang. Aku ada 3 abang ipar, dan 3 Kakak ipar. Suami aku anak bongsu.
3-3 Kakak ipar dan seorang abang ipar dah berkahwin and diorang duduk rumah sendiri. 2 lagi abang ipar aku single dan duduk dengan mak abah mertua aku. Yang dah kahwin duduk rumah sendiri. Tapi selalu je kami pergi rumah mak dan abah. Salah seorang abang ipar dah pernah kahwin and ada anak. Tapi bercerai after almost 2 years marriage. Reason bercerai? Ex wife dah tak tahan dengan perangai abang ipar tu. kerja tak tetap (he’s a mechanic tapi sometimes ada job sometimes takda) and mostly ex wife tanggung segala keperluan. Dalam takda duit tu, boleh ada banyak perempuan lagi dekat belakang.
Worst part, ex wife yang tanggung abang ipar keluar sana sini dengan perempuan lain. End up, bercerai after dah banyak kali dah bagi peluang untuk berubah tapi masih sama. Mak mertua? Of course lah back up anak dia. Yang peliknya mak mertua sort of mengungkit kata “dulu masa awal2 sebelum kahwin dah bagitau kata yang Si A ni takda kerja tetap, tapi dia (ex wife) nak jugak kahwin. So jangan salah kan Si A” I mean, seriously. Ye la awal2 takda kerja tetap tapi dah kahwin and ada anak, takkan nak stay at the same place where you were??
Aku usually diam bila mak mertua cerita itu ini, nak bagitau perangai sebenar yang anak dia ada perempuan lain belakang isteri dia (dari since awal kahwin sampai dah ada anak) Aku tak sanggup sebab kesian. Tapi kenkadang mak mertua aku back up anak dia tak bertempat. Tapi the rest of the siblings know the story and aku biar diorang je yang expose benda ni kat mak diorang.
Tapi abang ipar ni baik dari segi hormat mak abah, And bila2 orang ada memerlukan pertolongan, dia mesti boleh datang tolong. Tapi, kat rumah, dah tak kerja satu hal, dah tu demand tinggi. Nasi dah sejuk tak nak, nak nasi panas je. Air kena diambikkan, baju dibasuhkan dan dilipatkan dan digosokkan, mak masak kadang terlebih masin ke apa, terus tegur “apa mak masak tak sedap langsung ni” atau mak terlambat masak “lambat sangat lah mak ni masak, tak jadi dah nak makan” . And mind you, he’s already in his early 30s.
Abang ipar lagi sorang yang belum kahwin tu, he’s in mid 30s. Yang ni mak dan abah mertua tak berapa suka dia. Suami dan aku sebenarnya kesian sangat dengan abang ipar yang ni. Dah umur makin lanjut tapi hala tujuan masih takda. Duduk dekat rumah mertua pun macam menumpang. Takda almari baju, towel sidai dalam tandas je, tido kat ruang tamu atas sofa/ lantai. Dia baru dapat kerja tetap few months back as a security guard. Okay la kan dari takda kerja langsung. Cuma duit selalu takda and mak mertua aku selalu complain kat aku pasal abang ipar ni.
Family mertua aku ni biasa2 je duduk kampung, so masak memang cukup2 je la setiap hari. Tapi abang ipar yang ni selalu makan banyak (sampai lauk nak habis) tapi satu sen pun tak hulurkan dekat mak. Aku tak ambik port la bab2 yang tu, cuma aku paling tak boleh terima dia bahasakan diri dia “Aku” bila cakap dengan mak dan abah. Sedih sikit sebab mak mertua pun dah 60+ dan abah mertua pun dah nak dekat 70s. Susah sangat ke nak show a little bit of respect towards them?
Husband aku Alhamdulillah, dah 5 tahun perkenalan, walaupun hanya belajar takat SPM, he’s a hardworking person. Always nak upgrade diri and his job. Kahwin awal (tak la awal mana pun, in his 20s la) made him to become a more responsible person. Dia dan abang sulung and kakak2 dia dah cuba nasihat and cari job yang tetap and lebih elok untuk abang2 ipar dia orang tu tapi dua2 jenis memilih kerja and dah selesa dengan keadaan diri diorang (I have no idea, I mean, don’t you want to have a better life especially to help and senang kan your parents instead of still holding on onto them?) Hmm.
Bak kata boss aku, sebenarnya kelulusan tu tak berapa penting pun. Yang penting is your willingness, keinginan and usaha untuk perbaiki diri sendiri. Husband aku kadang2 cerita kat aku yang staff under dia ada yang lebih berumur dari dia tapi gaji rendah dari dia. Bila dia tengok diorang dia bersyukur on where he is now and he set a higher target for himself to achieve.
Tujuan aku tulis confession ni is because aku kesian dengan I laws aku especially mak mertua aku. She’s old and getting older everyday. She deserves to rest and focus on herself and her husband but instead, kena take care of these two grown up men. Come on guys, please. Tak kisahla if your kelulusan sampai PMR or SPM je, bottom line is if you work hard, you will achieve more, with Allah’s will.
After I have my own daughter I realised that parents work so hard in order to keep their children well fed, has a safe place to live, and give them good education (setakat mana yang termampu) you can never imagine what your parents have sacrificed in order for you to have a good life. So, please, upgrade yourself to become a better person, jadi rajin dan jadi pembersih sikit, help out apa yang patut with the house chores (since you’re living there 24/7) and realise it’s about time you pay back what your parents has sacrificed for you.
Wake up.
– Aira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit