Hi pembaca IIUM Confession. Tadi aku terfikir sekejap kenapa kehidupan kita sebagai wanita banyak sangat duri? Kenapa kita sering kali menjadi mangsa?
Jadi aku terasa nak menulis sesuatu yang terbuku dalam otak kepala aku dengan harapan pendapat atau tulisan aku dikritik secara rasional dan bijaksana.
Wanita. Satu elemen dunia yang sangat indah dan rumit.
Dilahirkan sebagai seorang bayi, membesar menjadi gadis, bekerjaya sebagai wanita berjaya dan menua sebagai seorang warga emas akhirnya dikebumikan sebagai allahyarhamah.
Kita semua tahu wanita ini adalah hiasan dunia. Ramai faham dengan penyata ni dengan kefahaman wanita ni cantik.
Tapi bagi aku wanita ni bukan setakat cantik sahaja tapi dia mempercantikkan segalanya.
Meskipun wanita ada kuasa mempercantikkan segalanya, tapi wanita ini sangat lemah. Sangattttt lemah.
Percayalah hatta dia seorang tomboi hardcore pun, lemah dia sebagai seorang wanita sentiasa wujud.
Lemah wanita ni kat satu tempat saja. Iaitu lelaki. Berbeza dengna lelaki, lelaki ni semua dia lemah cuma dia hanya ada fizikal. Wanita sangat lemah, dan lelaki mengambil kesempatan.
Berapa ramai wanita termakan kata manis lelaki, berapa ramai wanita derhaka kepada ibu bapa kerana lelaki dan berapa ramai wanita tergadai maruah kerana menjamu nafsu lelaki.
Lelaki tetap mengambil kesempatan.
Berapa ramai lelaki hanya menjadikan isteri sebagai teman sekatil teman pemainan kerana halal untuk melepaskan syahwatnya.
Diberi nafkah zahir dan batin yang cukup tapi tiada mawaddah kerna sibuk mengambil berat tentang wanita lain.
Aku tak cakap penyondol ke apa.. dah memang nature seorang wanita dia akan cair dengan mana2 lelaki yang mengambil berat tentang hatta satu mesej “salam, apa khabar”
Cukup bagi wanita itu merasa diri dia ibarat pari-pari. Takat pati-pari saja. Sebab isteri tu bidadari, haha.
Hanyut wanita dalam tutur kata manis lelaki. Tenggelam wanita dalam kesantunan lelaki. Kesian wanita. Hebat mana pun tetap lemah.
Jiwa wanita sentiasa meronta meminta secebik belas kasihan. Jiwa wanita sentiasa menjerit meminta perhatian. Wanita mahu dirinya disayangi bukan ditoreh. Tapi akhirnya wanita disakiti.
Wahai suami, kau jangan mempermainkan isteri kau. Kau jangan buat isteri kau rasa diri dia hanya sebagai taman permainan sahaja. Kau jaga dia bela dia belai dia.
Kau tak suka? Cakap depan- depan jangan curang. Kau bosan dengan dia? Percaya lah dia dah lama bosan dengan kau dan hanya mempertahankn hubungan kerana anak sahaja.
Kau jangan lah nak bersayang2 dengan rakan sekerja walaupun sekadar bergurau sebab isteri kau tak pandai gurau bab2 macam ni. Kau punca senyuman isteri kau berkurang.
Bila senyuman isteri kurang. Berkuranglah rahmat. Dan pandai2lah kau handle. Wassalam..
– Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit