Aku Yang Banyak Kekurangan IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-kekurangan/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-kekurangan-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-kekurangan-iii/).

Assalamualaikum. Aku Maya. Aku terkejut sebenarnya apabila aku mendapat tahu bahawa luahanku yang kali ketiga diterima. Sebab ianya disiarkan lambat tetapi tetap juga disiarkan. Terima kasih, admin iiumc.

Juga tidak lupa kepada para pembaca yang telah sudi membaca semua luahanku. Terima kasih. Aku ada membaca komen2, nasihat2 dan pendapat2 para pembaca di facebook. Terima kasih semua.

Alhamdulillah. Banyak yang memberikan kata2 yang baik dan positif kepada aku.

Ada yang memberikan sokongan dan semangat. Ada yang mendoakan kebaikan untuk aku. Ada juga yang memberi pendapat dan dorongan agar aku mendapatkan rawatan. Terima kasih semua.

Aku banyak sangat kekurangan pada diri aku. Alhamdulillah, aku belajar untuk menerima segala ketentuan dan takdir Allah S.W.T.. Semua yang aku hadapi, aku hadapi dengan sabar dan kuat.

Walaupun semakin hari aku merasakan bahawa sakit aku semakin teruk, aku kuatkan diri dengan banyak berdoa dan menyerahkan segala2nya kepada Allah S.W.T.. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit.

Aku juga berusaha sedaya kemampuanku. Aku perlahan2 belajar dan sentiasa berusaha untuk mengingatkan diri kepada Allah S.W.T..

Aku mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Kerana Allah S.W.T. lah tuhan yang satu dan yang paling berkuasa di seluruh alam.

Aku setiap hari berdoa agar Allah S.W.T. memberikan aku kesempatan untuk hidup sampailah ke hari kiamat. Kerana aku sangatlah takutkan mati.

Aku mahu bertaubat. Aku mahu mati dalam keadaan yang beriman. Aku mahu menjadi hamba yang diredhaiNya.

Alhamdulillah. Ditahun 2022 ini, aku mula menerima segala kekurangan diriku. Aku mahu memulakan hidup baru.

Aku mahu menjadi seorang manusia yang berguna. Aku mahu membahagiakan kedua orang tuaku. Aku mahukan kehidupan yang normal. Kerana aku sangat sayangkan keluargaku.

Aku berazam untuk mempunyai kerja. Memiliki kerja. Walaupun sangat susah untuk aku mendapatkan sesuatu pekerjaan dikeranakan kekurangan mental dan fizikal, tetapi aku tetap berusaha.

Aku memperbanyakkan doa dan meminta kepada Allah S.W.T. agar aku mendapatkan pekerjaan yang baik yang diredhaiNya serta diredhai oleh kedua orang tuaku.

Kadang aku merasa yang aku tidak layak untuk bekerja kerana mulut aku yang busuk ini. Aku takut mereka menjadi tidak selesa. Tapi aku bukanlah sengaja.

Penyakitku ini tidak dapatku rawat, meskipun demikian aku tetap berusaha. Aku sentiasa berusaha. Patutkah aku meminta maaf diatas penyakitku yang busuk ini yang menyebabkan orang lain tidak selesa?

Ataupun haruskah aku memberitahu yang aku memiliki penyakit yang sedemikian?

Aku tidak tahu harus berbuat apa lagi. Aku hanya mampu diam. Aku tidak mahu rasa tidak bersyukur itu ada pada diriku. Aku redha yang Allah S.W.T. telah menciptakan aku sebegini.

Kerana itulah aku terima diriku seadanya.

Alhamdulillah.  Dengan ini, aku mahu mengakhiri kisah ‘Aku Yang Banyak Kekurangan’ sampai disini sahaja. Aku telah pun meluahkan segala yang ku simpan didalam hatiku disini. Tidak semua, tetapi aku merasa sedikit lega.

Sejujurnya, aku masih mahu meluahkan segala yang terkandung didalam hatiku akan tetapi aku sedar bahawa jika kita mahu meluahkan sesuatu, luahkanlah segalanya pada yang satu iaitu Allah S.W.T.. Dia-lah yang Maha mengetahui dan Maha Mendengar.

“Walaupun nama maya ni bukan nama sebenar, tapi yang bagi maya nasihat yang baik2 dan yang mendoakan maya tu, Terima kasih sangat2.

Bila maya baca komen2 para pembaca, bermacam2 perasaan maya pada ketika itu. Rasa nak menangis tapi tak dapat nak nangis. Rasa terharu. Rasa gembira. Dan macam2 lagi perasaanlah.”

“Alhamdulillah, Maya nak cakap terima kasih dan maya mendoakan agar semua para pembaca diredhai Allah S.W.T, diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan, dan sentiasa menjadi manusia yang beriman kepada-Nya. Aamiin.”

Sekian, Assalamualaikum.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *