Perkahwinan – 11:03 PM

Perkahwinan

Assalamualaikum admin. Saya saje nak share ape yg mak saya bagitahu saya cuti sem ni. Actually saya pon tak tahu kenapa mak saya kerap sentuh pasal kahwin cuti sem ni. So kalo admin rasa ianya sesuai untuk dikongsikan, admin share lah ☺

Perkahwinan ni bukan sahaja perlukan cinta semata², bukan hanya aku suka kau, kau suka aku.
Perkahwinan ini lebih kepada memerlukan. Saling memerlukan, saling melengkapi. Yang seorang garang, yang seorang lembut. Yang seorang boros, yang seorang penjimat. Mungkin cara berbeza, keserasian berbeza tapi kita tetap saling melengkapi satu sama lain. Saling memerlukan. Susah sama², senang sama².

Mak risau tengok anak muda sekarang ni. Baru 2 ke 3 tahun kahwin sudah bercerai berai. Kadang² dengan perkara kecil boleh jadi besar. Kami orang² dulu cukup takut untuk bercerai. Cuba perbaiki hubungan. Bukan dibuang terus. Hargai satu sama lain. Biasalah rumahtangga mana ade yg elok sentiasa, tp baiki. Sabar,sabar. Pikir jangka masa panjang. Anak² tu penting.

Tanggungjawab itu paling penting,lebih² lagi bila sudah beranak pinak. Kalau dengan rasa sayang tidak cukup kalau tidak ada tanggungjawab. Jika suami isteri bekerja, balik rumah suami tolonglah isteri sikit². Rumahtangga tanggungjawab bersama. Isteri boleh tolong suami carik nafkah, kenapa suami tidak boleh tolong isteri buat kerja rumah.

Pengorbanan. Kite orang perempuan ni paling banyak perlu berkorban. Diri, dari cantik hingga kembang sana sini. Masa, tak cukup tidur melayan kerenah anak dan suami tapi ganjaran dia sangat besar, jangan merungut. Kena kuat,kite perempuan sebenarnya kuat. Pengorbanan memang perlukan kesabaran yg tinggi, jadi belajar bersabar.

Kesempurnaan. Tidak ada manusia kat muka bumi ni sempurna. Kadang² kite rasa kekurangan kite, kite tengok orang lain bahagia, kite sebenarnya tak tahu apa yg dia alami apa yg berlaku di belakang kite. Jadi bersyukurlah dengan ape yg Allah dah beri pada kite ni.

Duit. Duit ada menyimpan. Simpan jangan boros. Jangan tengok orang bergaya nak ikut bergaya. Anak orang kaya tak apa, kite ni biasa² saje.Mak risau kalau anak² mak tak reti nak menyimpan. Kite tak tahu masa depan kite, ape² hal yang jadi kite ade bekalan. Nanti dah ada anak susu,pampers,baju semua tu sampai kadang² mak ayah ni sanggup tak tukar baju bertahun² demi anak².

Agama. Dalam rumahtangga agama paling penting. Solat 5 waktu jaga. Kenal tahu faham halal haram. Didik anak² dengan agama. Jangan belajar pandai, agama tak tahu. Adab pon kena jaga. Ajar anak reti beradab. Anak muda sekarang kadang² mak tengok pandai tapi tah tahu beradab bila jumpa orang² tua.

Redha. Terima pasangan seadanya. Jangan rasa rendah diri. Saling terima kekurangan masing².

Kepercayaan. Kena percaya pada pasangan. Jangan cemburu buta. Kalau tidak hancur rumahtangga. Tapi jangan terlalu percaya 100%. Takut ditipu pula. Kite tak minta benda bukan² tapi jangan la percaya 100%. Contohnya duit simpanan kau tu tak perlu share same. Blaja ape yg terjadi di sekeliling. Jiran sebelah makcik *** duit simpanan habis semua kasi pada suami, tak disangka suami ada perempuan lain. Lepas bercerai terkontang kanting kehidupan. Tapi benda² begini minta Allah jauhkan, hanya persediaan kite tak tahu hari mendatang.

Persediaan mental. Nak kahwin semua orang nak kahwin tapi tengok dah sedia ke belum. Bukan nak halalkan hubungan lelaki perempuan saja tp persediaan mental tu penting. Sedia untuk galas tanggungjawab, sedia tak cukup tidur penat semua. Sedia bersusah nak shopping sangat tak boleh. Sedia..so kahwin bila sedia bukan sebab usia.

Mak doakan anak mak jumpe jodoh yg soleh, yg baik². Hehe.. itu je nak share. Mungkin mak saya saje nak share sebab usia saya dah layak untuk kahwin, dah cukup matang untuk memahami apa itu sebenar perkahwinan tapi saya masih tak beri tanda² nak berkahwin, masih menikmati hidup bujang. Perkara yg saya slalu cakap, masih belum puas nak manja² dengan mak ayah, masih belum cukup untuk berbakti pada mak ayah. Jadi adik² yg terasa nak berkahwin muda itu, fikir dahulu adakah benar² sedia? Bukan hendak menghalang atau menakutkan cuma hendak kalian fikir definisi sebenar perkahwinan, ianya bukan seperti dalam drama tv yg indah sentiasa. Peace!

– naz

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *